Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, 9 July 2018

Ultimate Tips ke TCE Baby Expo, MidValley Megamall (part 1)

Setiap future parents pasti teruja untuk membeli kelengkapan barang-barang untuk anak anda. Salah satu tempat yang dinanti oleh kebanyakan future parents dan juga parents adalah TCE Baby Expo. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui mengenai TCE Baby Expo, TCE Baby Expo merupakan baby ekspo yang terbesar di Malaysia dan pelbagai jenama barangan baby turut menyertai baby ekspo ini antaranya termasuklah Tommee Tippee, Avent, dan lain-lain. TCE Baby Expo akan diadakan di Convention Center Mid Valley Megamall setiap 3 kali setahun ( March/April, Mei/Jun/Julai, September/Oktober ) selama 2 hari (Sabtu & Ahad). Pelbagai aktiviti juga turut diadakan antaranya Happy Hour (2pm-3pm & 9pm-10pm), cabutan bertuah secara online dan tebusan baucar. 


Berbaloi ke pergi TCE Baby Expo ni? 
- Berbaloi sangat-sangat jika tahu cara yang betul. 


Tak suka kawasan padat dan kena berebut dengan orang ramai.
- Jika anda merupakan antara parents yang sebegini, jangan risau. Lepas anda mengikut tips ni, Faa yakin anda akan terasa addicted dan tertunggu-tunggu untuk event yang seterusnya. 


Kenapa Faa galakkan pergi TCE Baby Expo?
- Terdapat barang-barang yang ditawarkan dengan harga promosi lebih daripada 50%. Tawaran seperti ini tidak akan kita dapat walaupun membeli barangan yang sama di negara luar. (Selalunya paling murah boleh dapat hanya 20-30% daripada harga yang ditawarkan di Malaysia). 
- All-in-one baby shop center. Cakap je anda teringin apa, semuanya ada di sana.
- Kebanyakkan booth juga menawarkan pelbagai jenis Free Gift (bergantung pada availability stok)


Tips ke TCE Baby Expo
  1. Datang awal. Faa sarankan pukul 8 pagi dah ada di sana, lagi awal lagi baik. Ini kerana, tepat pada pukul 9 pagi pintu akan dibuka dan pihak Rela akan melakukan sekatan untuk setiap 100-200 orang per entry. Manakala bermula pada pukul 10 pagi pula, pihak Rela akan membiarkan semua masuk ke dalam baby ekspo mengikut barisan beratur. (Pengalaman Faa, pukul 8.30 pagi, barisan sudah mulai panjang hampir mencapai McDonalds. Anda sangat beruntung bila anda antara barisan di hadapan kerana tidak perlu bersesak dengan orang ramai sebab pihak Rela masih meletakkan sekatan per entry).
  2. Senaraikan barang yang hendak dibeli berserta dengan jenama untuk memudakan pencarian. Anda boleh melihat senarai barang yang ditawarkan di Instagram TCE Baby Expo.
  3. Dapatkan buku senarai booth daripada staf TCE Baby Expo dan rancanglah perjalanan anda mengikut senarai yang hendak anda beli.
  4. Pastikan anda pergi terlebih dahulu ke booth yang menjadi tumpuan utama (bertanda bintang) dan yang booth yang berkongsi pelbagai jenama antaranya booth Tommee Tippee. 
  5. Jika anda seorang ibu mengandung dan mempunyai senarai barang yang panjang, pastikan anda membawa seseorang yang boleh membawa barang-barang tersebut. Tips tambahan: Bawa luggage besar untuk mengisi kesemua barang-barang yang dibeli. 
  6. Sebaiknya anda membawa beg galas yang berisi air dan snek untuk mengelakkan hidrasi dan memberi tenaga.
  7. Pastikan anda sudah bersarapan untuk memberi tenaga.
  8. Lakukan perbandingan harga terlebih dahulu di kedai-kedai lain sebelum memilih untuk membeli di baby ekspo.
  9. Tinggalkanlah anak-anak kecil dirumah. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan bersama anak-anak kecil, tetapi biarlah anak kita berehat secukupnya dan tidak bersesak dengan pelbagai jenis orang. Ini dapat mengelakkan anak kita cranky (silap-silap mak pun boleh cranky sama) dan elakkan anak kita terdedah dengan virus. Lainlah kalau anda telah dipilih menjadi #momfluencer, terpaksalah kita bawa anak kita sebab kita memang datang bertujuan bersama dengan anak. 
  10. Anda sejenis cepat panas? Bawa sekali power bank dan kipas USB. Nikmat tak terkata. Yelah, orang mengandung ni panas dia lain macam sikit kan. 


Barang yang berbaloi-baloi untuk dibeli
  1. Set Tommee Tippee / Avent (jimat sehingga 61%)
  2. Mix brands carsit (jimat sehingga 76%)
  3. Mix brands stroller (jimat sehingga 72%)
  4. Mix brands baby carrier (jimat sehingga 69%)
  5. Safety playmat tebal (jimat sehingga 73%)
  6. Baby Carrier Ergo Baby (jimat sehingga 38%) 
  7. Medela Breast Pump (jimat sehingga 41%)
  8. Avent Food processor (jimat sehingga 40%)
  9. Mustela pre and post body care (jimat sehingga 51%)
  10. Set berpantang Nona Roguy (jimat sehingga 26%)
  11. Set berpantang Tanamera (jimat sehingga 23%)
  12. Storage milk bag (jimat sehingga 33%)
  13. Mix brands maternity bra & panties (jimat sehingga 23%)
  14. Offspring pampers (jimat sehingga 42%)

Barang yang harga hampir sama dengan kedai
  1. Pampers
  2. Susu formula
  3. Wet wipes
  4. Baby foods
  5. Grooming tools
  6. Stroller / Carseat / Carrier (bergantung pada brands)

Antara barang-barang yang Faa beli di TCE Baby Expo. Ada beberapa barang yang dah selamat digunakan dah pun. Haha
Sesak dan padat dengan orang. Inilah keadaan yang akan anda tempuh kalau anda terlewat. Gambar ni diambil lebih kurang pada pukul 11 pagi, Sabtu.

Instagram TCE Baby Expo. Gambar beserta dengan harga promosi dan barang-barang yang ditawarkan.


Thursday, 5 October 2017

Tips: Cara Pujuk Suami yang Tak Reti dan Tak Suka Masak, Masak Untuk Kita


Kebanyakkan laki mesti awal-awal kahwin dulu dah cakap "I tak reti masak. Jangan suruh I masak tau. I tak nak". Laki Faa pun sama je awak. Tapi, sekarang ni kalau Faa tak larat ke emergency tiba-tiba tetamu datang ke, dia boleh la siapkan 1 set meal. Kira dah bagus sangat la kan..? Nak tau tips? Meh Faa cerita.


Macam biasa, awal-awal dulu Faa la masak. Panggil laki sekali tolong. Biasakan dulu pegang pisau. Kalau jenis laki zaman dulu yang "Masak kerja perempuan. I laki". Kau gunakan kuasa ultraman kau. Buat ayat goda-goda manja. "I ajak u sebab i nak tengok muka u. Its ok. u just standing here. U tak payah buat apa-apa. Tapi u borak-borak la dengan i". Mau tak cair laki kau tu. Lepas dia pun dah jadi rutin borak-borak dengan kau masa masak, kau minta la dia tolong potong-potong bawang, kupas-kupas kulit bawang tu. Lepas tu kau upgrade sikit suruh potong-potong sayur, ayam, siang ayam. Bila dah sampai peringkat ni, sebenarnya laki kau dah ready nak masuk dapur. Tapi mungkin self confidence rendah. Tak apa. Proceed next step pulak.

Scramble egg sandwich with apple slice
Basic done. Now part masak pulak. Start la dengan masak nasi. Lepas tu kau guna ayat macam ni pulak. "Sayang, u dah rasa air tangan I. I teriiiiiingggiiinn rasa air tangan u. Boleh tak u masakkan untuk I telur. Tak kisah la telur mata ke dadar ke apa. Mesti sedap. Kalau u tak tau, i guide u ok?. U nak i diri sebelah ke nak I buat air?". Kenapa kena tanya nak diri sebelah atau nak buat air? Supaya dia tak rasa macam kena monitor dengan boss. Situasi yang akan laki kau rasa sama macam kau tengah exam lepas tu ada cikgu subjek exam tu diri sebelah perhati jawapan kau nak tulis tu. Gila tak selesa. Rasa nak terkencing pun ada.


Ok. Part nak pujuk masak dah setel. Now part ketika memasak pula. Part ni, kau layan kan je apa dia buat. Kalau laa laki kau tercubit garam 1 senduk, kau jangan melenting pulak. Kau kena treat dia macam budak kecil. Kena cakap dengan dia elok-elok but don't give too much advice. Dia akan jadi rimas. Kau biarkan je dia buat cara die sendiri. Mungkin cara laki kau pukul telur macam puting beliung. Biarkan je. Kalau la telur tu tepelanting kau buat buat tak nampak. Tapi sebenarnya tu learning process dia. Lepas tu mesti dia faham pukul telur kena slow sikit. Memang la diakui kadang-kadang isteri ni macam nak mengamuk tengok dia uruskan dapur. Biarkan je. Sebab dia seperti budak tengah seronok belajar benda baru. Bersepah? It's ok. Lepas masak kena kemas =).

Sup Cendawan
Its taste time!. Masa tengah hidang tu, terus kau puji "Sedapnya bauuuu. Tak sabar nak makan. Tenkiuu". Kau datang la tengok makanan. Pasang 'kipas' kuat sikit. "Pandainya sayang masak!. Nampak sedap laa". Laki kau mungkin akan jawab macam ni. "Ala, tak sedap la. Sori tau". Ayat ni sebenarnya dia nak kau puji lagi. Tak apa. Kau puji je. Sedap tak sedap belakang kira. "Yeke tak sedap. Bau dah sedap. Tengok pun dah lapar!". Fuhh kalau la kau tau perasaan laki kau time tu, hati dia tengah meloncat-loncat macam bunga api. Muka dia tu kalau kau tengok, bersinar-sinar macam bintang. Senyum dia tuu, kalaaau la boleh senyum sampai belakang kepala memang dah terbelah dah kepala tu. Haha.


Kau belek makanan, rentung la pula. Tak apa. Kau steady je. Kau telan je. Makan kasi pelahap sikit macam orang tengah lapar. Kau buat-buat tak nampak pun cacat tu. Terlebih masin pun sama.  Kau telan je walaupun susah. Dekat sini kau memang kena anggap macam kau masuk Fear Factor final round. Haha. Kau cover la sikit makan nasi tu lebih sambil puji. "Sayang, tengok ni. Banyak tau nasi I ambik. Sedap sangat!". Kalau kurang rasa, kau tambah kicap. Puji lagi. "Tambah kicap dah rasa macam chef masak". Kau sambung pula ayat penutup. "Lepas ni sayang masak lagi tau. Kurang/tambah garam (anything yang perlu diperbaiki - hanya untuk 1 perkara je) sikit".  Kau jangan condemned masakan laki kau. Cakap apa yang penting je.

Nasi Lauk Simple
Kau bayangkan la, kau selalu puji laki kau macam ni. Orang yang tak pernah masuk dapur pun boleh berubah suka masuk dapur selalu. Yelah macam kita la perempuan. Orang dok puji-puji kita cantik hari-hari pun kita akan rasa kita ni memang cantik. Laki pun sama. Poyo lah kalau laki cakap tak suka puji. Nak suruh kita puji banyak-banyak lagi la tuu.

Macam tu la tips aku. Daripada tak pandai, sekarang dah kemaruk buat set makan. Seronok tau. Buat satu rutin keluarga. 1 hari dalam seminggu laki mesti masak untuk kita satu keluarga. Contoh, kita pilih hari ahad breakfast untuk suami masakkan untuk kita satu keluarga. Hubungan dengan isteri dan anak-anak jadi makin rapat. Betul. Bukan semua dia akan pandai masak. It's ok. Suami kita bukan chef. Tapi sebab passion macam ni, anak-anak memang akan jadikan dia role model. Seronok kan? I've learned and watched this routine through my friend's family. Now, i want this picture into our family life. Mana yang baik kita follow la kan.

Ayam panggang ala Kenny Rogers


So there goes. All photos showed  here are his cooked food, alone. Impressive kan? Paling advanced is ayam panggang Kenny Rogers tu. Dia gigih scroll resepi lepas tu buat sendiri. Pictures may not instagram/blog's worth. But for me, these worth million of hearts!. Rasa? Dulu tak berapa nak sedap. Now, memang sedap!. Kalau tetamu datang mesti tak sangka laki yang masak. Sedap la tu kan? Yes, ada juga kadang-kadang tu rasa tak menjadi. Biasa la tu. Kita perempuan pun kadang-kadang rasa tak mencapai tahap. Normal.


( To my beloved husband, thank you for being supportive, very helpful and sensitive. This post is my way of gratitude for having u in my life and a way for u to see how u have developed your skills into this beauty of art. Love u. )


Dah. Korang pergi try tips ni dekat suami masing-masing. Nanti cerita la feedback. Faa suka dengar korang berceloteh juga!


Till next time, toodles~

Wednesday, 9 March 2016

TIPS: Apa yang Perlu [[ PERSIAPAN MERISIK ]]

Merisik / Menengok merupakan peringkat pertama fasa sebelum berkahwin dalam adat Melayu. Ibubapa lelaki akan 'Menengok' anak dara yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak lelaki mereka. Bagaimana pun, zaman sekarang merisik adalah sebagai tanda ikatan bahawa kt officially 'cop' [secara gentleman acknowledge both parents] before kt proceed to Bertunang. 


If this is your first time handling The Merisik and not know where and how should it began, then read below. I've share u everything i know and my experienced of doing on my own Merisik event. I am the eldest, which this is our family first time nak handle bab kawen2 ni. Masa my parents merisik pun, everything was arranged by their parents, which that means i have no one to ask macam mana nk buat. Tengok internet pulak, mcm xada pun apa yg perlu ms merisik, mostly sumenye pasal kahwin! and..pihak lelaki pulak, well, i think their culture is different. Kt merisik ada cincin kan? They dont!. Just datang, bgtau nk merisik, and that was it! Macam xde bukti kan? Ahahaha.. (And ya, surprisingly, my husband and i xbecinta. He just a friend of my ms zmn Uuu dulu kala, and then tejumpa and both of us decide nk kawen 1 week later. Sooo, yaa..this is MY first time jumpa parents and family die..haha DEBAR!!)


Tips:

1- PRA-BINCANG
Before merisik, bincang berdua. *Remember, ni majlis korg b2. Bincang apa yg korg nk, apa yg xnk*

Perkara yg perlu bincang:

a) Adakah Merisik + Tunang kemudian Nikah       OR    
    Adakah Merisik, kemudian Tunang + Nikah      OR
    Adakah Merisik kemudian Tunang kemudian Nikah?

b) Nak dulang hantaran ms merisik atau tidak? 
    ** Dulang hantaran masa merisik berbentuk manisan **

c) Berapa orang datang belah pihak lelaki. 
   * utk pihak perempuan prepare makanan yg perlu dihidangkan selepas majlis merisik *

d) Pilih design cincin merisik

e) Tarikh & Tempat Merisik

f) Homestay *jika perlu*

g) 'Tukang Cakap' utk 2 belah pihak
    * Sebagai wakil keluarga utk >> "kami datang ada hajat, utk merisik sekian sekian"

h) Doorgift
   * Just a small gift (from pihak perepmpuan to pihak lelaki) to show appreciation to them and bring even just a little smile after a long way ride. Hey, semua org suka kan, datang2 dapat hadiah. Betul? * 

Dah bincang yg atas, bincang pulak yg bawah ni. Bincang siap2. Walaupun terasa mcm masih lambat lg..percaya lah..SETAHUN ITU SINGKAT!!



Majlis Bertunang

a) Tarikh & Tempat Bertunang

b) Tema

c) Dulang hantaran

d) Berapa bilangan tetamu

e) Homestay *jika perlu*

f) Doorgift


Majlis Nikah
    
a) Tarikh & Tempat Nikah

b) Tema

c) Wang Hantaran & Cara Deliver Wang Hantaran
    * Cash / Transfer / Cek

d) Dulang hantaran

e) Homestay *jika perlu*


Majlis Resepsi

a) Tarikh & Tempat Resepsi

b) Tema

c) 1 Majlis / 2 Majlis


** Ada benda yg kt sendiri xtau nk decide. Contoh: Tarikh Nikah. Xtau specific tarikh, tapi cuma tahu nak ikat dlm masa setahun je or 6 bulan je. Tulis je, bulan 6, 2016. Nanti dah confirm, update baru.


2- PRINT

Dah berbincang b2 and dah decide, tulis details. Buat proper. Sebab kt xtau family die belah sana jenis macam mana. Or maybe parents ok tapi sedara mara pulak cerewet. Kt xtahu. So, buat se-proper yg boleh. Tulis, print dan tampal paper dlm buku besar yg murah2 (at least size yg bila org tua baca pun senang), sediakan pen/pensel.  OR  buat lah macam mana pun, tp bila dorg dtang, and tgk kt pny senarai yg kt 2 dah bincangkan tu, dorg jd sejuk hati terasa mcm kt 2 mmg betul2 nak kawen! Rs mcm dialu-alukan sgt kedatangan dorg. Biarlah dorg ckp terasa mcm org tgh bermeting ala-ala presiden siap bg plan majlis, yg penting kesungguhan itu nampak!  **antara tips pikat bakal mertua tauuu **

[[ nanti kt share gmbr kt buat dulu mcm mne tau ]]

3- BAJET

Make sure bincang dengan bajet. Lelaki kena tanggung perjalanan 1 family ke belah perempuan plus the ring. Meanwhile, perempuan kena tanggung makanan utk tetamu yg datang also that simple doorgift. If nak bajet, boleh kurangkan atau buang dulang hantaran dalam list. 


4- KEMAS

Hello, hello. Tetamu nk datang berbincang. Maka, kemas2 kan lah rumah kasik lapang. Letak wangi2 sikit, Bila datang, rasa sedap je. Aman, tenang. Seronok kan kt datang beraya rumah bersih, wangi? dan tnjuk2 la rjin sikit,,buat air, tuang air.. *Again, tips pikat mertua! *


There u have it. Hope it does help u to prepare everything u need. Anyway, advance congratulations to u dan semoga dipermudahkan segala urusan. If there is anything u would like to add on this post or perhaps want to ask anything, do comment in down below. Thank you!


Wednesday, 24 February 2016

FULL Tips Ole-Ole Seafood Sabah



Ole-ole seafood Sabah ni dah jadi benda paling wajib kalau datang Sabah. Murah beb! Serius murah. Besaq bak hang seafood die tp harga alahaii..rs nak beli 1 kapal je! Tp kena beringat sebab balik naik flight ye.. =P

So, kat mana tempat best shopping? ada banyak suggestions tuk beli seafood and kuasa memilih & membeli tu hak masing2. There's 2 types. 1) Dried Frozen Seafood or 2)Fresh Seafood. Beza antara 2 ni, dried seafood tu dah siap di frozen kan dan dah disealed and divakum plastik tu. So korg cuma perlu pilih je seafood yg korg nk WITHOUT worrying air ikan tu tertumpah dlm flight. Susah nak bayangkan cmne? Alaa..sama je cam korg beli frozen lamb or frozen shrimp dkt mall tu haa..cmtu la ghupenye. Fresh seafood tu pulak, mmg fresh! Turun dari kapal woii. Pastikan tahan segala nafsu korg tu ms nk membeli ye. Mata tu cuba control sikit. Takut mata kau tekeluar menjajar-jajar XPERCAYA tengok sume benda yg ada dengan harga dorg bg. Anyway, one of the LECEH sikit sbb seafood korg tu akan ditindan bersama ais kering dalam Styrofoam Box(5kg/10kg/15kg). A bit berat and just to let u know..seafood-seafood ni kne hand carry tauuu. Some of them (kalau baca review), lebih suka dried seafood tu sbb RISAU kalau bungkus xkemas, air ikan tu tertumpah. Based on my experienced, they are well experienced and well know the RIGHT WAY of membungkus and membalut that Styrofoam Box dengan sangat kemas. Insyallah xakan ada peristiwa air ikan tertumpah. 


WHERE TO BUY?
1) Dried Seafood
i - Fung Seng Seafood Supplier (seberang jalan dried market/pasar ikan masin)
ii - Kiang Huat Seagull Trading Frozen Food Sdn Bhd (at airport)
iii - Borneo Frozen & Dried Seafood
vi - New Oriental Frozen Seafood

Credit to: http://blog.malaysia-asia.my/2010/11/buying-seafood-in-kota-kinabalu-sabah.html

*Extra Notes*
Seafood Buying Tip: If you buy whole frozen fishes, be prepared to have them cleaned and scaled before cooking. Also check the packaging date which they sticks them once they are packed and frozen.
  • They accept payments in Credit Cards and Cash. 
  • Most tour guides know of this place so check with them.
  • Foreigners - Please check with your country customs if you are allowed to bring back frozen seafood as they can only last about 6-8 hours frozen packed. 


2) Fresh Seafood
i - Wet Market, belakang dried market/pasar ikan masin (yg jual2 ikan kering, bilis, etc which sebelah Pilipino Market or handicraft market) .

*Extra Notes*
Seafood Buying Tip: If you buy whole fishes, be prepared to have them cleaned and scaled before cooking.
Time: Early Morning & Evening around 3pm. Please make sure you have time buffer before catching up your plane.
  • They accept payments in Cash only.
  • Most tour guides know of this place so check with them.
  • Foreigners - Please check with your country customs if you are allowed to bring back frozen seafood as they can only last about 6-8 hours frozen packed. 

This is the end result of balutan Styrofoam Box. This one is 10KG. Perfectly sealed.
*gagahnye laki tu <3*


MY CHOICE?
Disebabkan aku dgn husband aku ni mmg jenis kaki seafood, lps tu nak cari yg gila fresh berkeping isi dia and MURAH, ktorg pilih ke Wet Market. Yes. Mata ktorg memang tersembul keluar! Pesanan ikhlas, kalau korg dah siap pilih and dah siap bungkus, then korg baru perasan ada kapal baru naik..well..usahla kau menangis menonggeng tgk ikan yg dorg bawak naik tu ye. And yes. Usahla menggatai nak p mengidam nak beli seafood yg saiz kat semenanjung. XWUJUD beb!. XWUJUD! Even kerang bulu tu pn saiz 1 tapak tangan only 50 sen/1KG. REPEAT! 50sen/1KG. Histeria kejap. Ahaha. 


Tuesday, 24 November 2015

Tips: Tingkatkan Tahap Fokus Anda!

Siapa dekat sini jenis tak boleh nak duduk diam? Kalau duduk rumah tengok tv semata cepat rasa bosan. Ataupun jenis tak boleh nk buat 1 benda sama dalam masa yg lama? Faa.. lagi lagi?? Siapa geng angkat tangan.


Antara weekend punya aktiviti: Hiking


Meh Faa share sikit. Faa ni kalau memang duduk diam tak ada aktiviti apa-apa, Faa senang jadi restless. Bila restless ni, mulalah rasa nak mengamukla, rasa sedihla, rasa bosan
Orang-orang macam Faa ni memang tak boleh nak duduk diam. Mesti ada je benda yang dicari pasal utk die buat sesuatu. haha..Orang jenis ni bijak tau >__*. Tapiii..ada 1 masalah! Org cmni susah sikit nk fokus. Sebab kefokusan die sekejap je. Lama sikit die dah jemu. Nak2 pulak kalau tengah buat programming. Stuck? Hmm...Dah cuba setiap pintu pun stuck? Ok..Tido arr.. pfftt =P. So, cmne nk handle? 


Antara weekend punya aktiviti: Indoor Shooting



Ada 3 Key point je:

1- Stuck? Move On!

Biasalah. Mana ada benda dekat dunia ni yg senang je nk solve kan something. Perlukan otak utk berfikir. Barulah tu kehidupan. I am a programmer. Animator, Apps and Gamer Programmer. Nampak gempak kannnnn? Yup. Gempak jugak la cabaran yg perlu ditempuh. Kdg2 tu rs putus asa rs nk tido je lama2. Tp kan ada due date. Xboleh2. What do i do? STOP & MOVE ON!. Dah stuck? Cuba2 pun still xdpt. STOP NOW!. Bernafas kejap for 2 minutes. Then buat parts yang lain plak. Jgn buat dah benda yg stuck tu td. And don't ever think about it. Macam bab bercintun laa. Member tu dah xnk kau. Xpayah la kau nangis meratapi nasib. Keluar air mata pun xguna sbb last2 kau yg buta. Kau jugak yg susahkan. So, kalau dah xdpt tu, berhenti. Kt try pancing org lain pulak. Haa..selalunya, nanti yg lama akan kemari. Sama la jugak dlm kerja yg stuck tu. Nanti kau dah move on dgn kerja lain, ttbe je dpt idea mcm mana nk solvekan task before this. =D


Antara weekend punya aktivit: Makeup as per requested theme



2- Buat Susah Dulu

Buat susah dulu. Sebab yg susah tu kt xtau akn ambik masa berapa lama. Dan potensi kalau benda susah ni kalau xdpt nk buat, moody seharian. Jd, sementara tengah semangat dpt task baru dengan idea yg mencurah2 tu, buat yg susah dlu. Lps tu baru yg senang. Haa, kan terasa everything goes as planned =D


Antara weekend punya aktiviti: Emcee



3- Relax

Chilla beb. Dah stuck. Kepala pun dah tinggal 1 layer je sblm pecah. Better rehat kejap. P ambik air secawan. Or paling bagus, letak je 1 botol air kosong dkt atas meja. Rehat & minum air kosong. Air kosong byk kelebihan dia. Jd kenapa xreti2 lagi nak minum haa?? 


Antara weekend punya aktiviti: Berniaga

Sunday, 22 November 2015

Berapa Budget Asas Majlis Kahwin?

There's sooooo many BIG, best & excited things that happen in life! Bila tengah dlm mood ni..uhuuu..terasa terawang selalu..ahaha..lps tu..cuak..lps tu excited..lps tu rs xsabar..lps tu rasa takut..bhahaha..banyak emosi tau yg berlaku. Now now..sekarang pun dah hujung tahun. Macam biasa la..akan byk gila gila kad smp depan rumah. (ok, tipu! For Faa..kad tu smp atas meja ofis.. =P). Kawen tu seronok. Tp..berapa bajet?? Hmm.. :/





Faa punya konsep is always always always dont ever burden your family! Majlis kawen ni is your majlis. For me, kenapa nk majlis mahligai dgn guna duit mak aya. Its not nice kan. Think about it, ur parents dah support korg dr kecik smp korg berjaya. Agak2 berapa ribu dorg labur? And now, bila korg nk start family baru..rsnya lebih baik tnjukkan dkt parents korg, korg mampu pikul tgjwb ni >_*


So, macam mana korg nk tau bajet? Meh..part ni Faa gila2 minat..uhuuu!!





Basic korg WAJIB ada?  RM20K! Xkisah la buat kat dewan or even dekat rumah. (Ni harga bajet Lembah Klang, SEREMBAN, Tahun 2015/2016). RM20K ni hanya katering + dewan JEEE tau.. Katering tu plak kalau dpt 1 pakej sekali dengan butik + pelamin bajet hanya RM20K je..korg BERNASIB BAIK sangaaaattttt. Sebab kena ingat. Sekarang ni dah ada GST. Walaupun 1 kepala lets say, RM10. Kalau 500 kepala dah RM5K. GST 6%. Total RM5300. Ok. Mungkin korg rs RM300 je. Percaya lah..time tuuuu...10SEN pun korg berkiiiiirrraaaaaa! SEYES! Tu baru makanan hokei..pelamin lagi...dewan lagi..butik lagi..everthing GST is a MUST. Tp tgk jugak la. Some of the parties absorb GST tu..seronok sikit. Jgn risau. Masih ada yg berhati mulia ingin membantu :)





Total berapa yg elok perlu ada?? Senang cite RM30K. Cuba fikir. Doorgift je dah berapa? kalau bajet RM1, tuk seribu org dak 1K. Tu kalau dpt RM1 tepat. Mcm Faa punya pun RM1++. Uwaa.. Cuba kira sekali dgn duit minyak, duit kos penghantaran je dah berapa (T_T). Kad Kawen. Print sdr pn boleh jd RM1K. Haa..nah! Dulang hantaran! Hmm...Makin tinggi permintaan..makin bykla bajet korg. Tp xpe. Utk Faa..if berkaitan dulang hantaran tu..beli la apa yg kt minat dan apa yg kt suka. Yelah, sbb tu brg kenangan korg kawin tau..Its ok utk spend sikit kat part tu. Nk best, beli lah utk psgn. Tp be fair la. If psgn kt belikan brg utk kt harga RM1000. Xkan la kt nk belikan utk die bajet RM100 je..Faham faham? Tmbahan pd RM30K tu..Photographer. Haa...ada tefikir x? Plg2 pun RM1300 utk 1 event. Jadi kalau decide hari nikah berbeza dgn majlis? Hmm..renung-renung kan.. @__@


Info tambahan utk sang jejaka: Awak tu nanti kena bg duit hantaran kpd perempuan ye. Zmn sekarang ni, average RM10K. Harap maklum. Simpan lah duit dr sekarang. Usah bercinta pd hubungan yg tidak pasti.


PSSS:  If parents korg ada beberapa permintaan yg tersendiri, and if xmampu sgt nk tunaikan, atleast korg BAYAR mengikut BAJET & PERMINTAAN korg yg SEBENAR. Jgn CHEAT! Kalau parents korg nk pelamin mcm istana tuu..and korg pun sebenar benarnye pun sukeeee..BAYAR! Walaupun bapak mahai! BAYAR! P la dapatkan jugak duit tu kat celah2 kerusi ke hape. Kalau parents korg nk kad kawin yg keras tu, tp korg cuma nk kertas recycle tu, and korg xmampu walaupun parents korg sampai nk tlg byrkan, jemputan yg korang jemput, WAJIB byr! atau kalau xmampu sangat2, korg byr ikut kuantiti TOTAL kad tp byrlah ikut harga kad recycle tu. Yg kesedaran tgjwb korg terhadap mak ayah korg. Biarlah majlis kawin korg, makaya kt duduk rileks goyang kaki.



Friday, 15 May 2015

Tips: How to, Modernize the Classic Songket for this Raya!

.



Puasa dah nak dekat! Macam biasala kan..puasa belum start, tapi dah fikir untuk raya. Yelah, kalau nk tempah baju, kena tempah awal2 sebab time puasa dah pack sgt orang tunggu tuk raya. So, mcm mana? Dah ada pilihan di hati??

.
.
.
.
.

Dulu2 baju raya kita masa zaman nenek moyang kita semuanya jenis klasik2. Now, dah jd makin moden. Masing2 nak siap pakai baju yang xpayah pikir panjang2. Gosok pun kalau boleh xperlu..terus sarung je.. betul, betul?? Jubah jenis A-cut..Memang paling terlajak laku!! Sebab die buatkan kt npk kurus langsing gitu..ye dop =P

.
.
.

Ok, ok..apa kata kali ni kt ubah sikit design kt. Back to Basic. Back to zaman nenek moyang kita. Zaman2 klasik. Zaman2 bangsawan. We Don't Follow Fashion. We Create Them! So, why not, kt ketengahkan balik fashion yg dulu with a touch of modernness. And I am thinking of SONGKET!! and its become a trending fashion. uhuu!!

.
.
.
.

For those yang nak kan idea, hope this helps.


Full Songket Kebaya. This design is pretty old school. To modern it, and to make it look clean, use a Plain or Pearl Satin as the top, and use Songket for the bottom. Match up with Rantai Kerongsang yang berjuntai-juntai tu (which boleh beli je kat Mydin) to complete the look. 



This classic look songket are now expensive! Tak percaya? Cuba tengok potongan leher, tangan, badan & hujung baju tu. Anyone yang pakai design ni, korang pasti nampak selim melim gituh. Next, korang perasan tak how edgy this design is. In high ends boutique, edgy design worth a fortune! Tak kira lg material dorg guna.. Sebab tu dekat butik mahal. Ok, for tips, for the top, use songket with this design and match up with a Plain/Pearl Satin or Batik as skirt. Potangan? U can try A-cut skirt =)



This is absolutely trendy! Dan mmg tgh hot! Full songket with A-Cut Jubah design. Design ni pun famous dekat kalangan pengantin2 zaman sekarang. Remaja dan wanita 20's to 30's mmg ni la favourite design dorg. Sebab..mmg npk cantik kan?? Oh well, if korang yang tgh baca ni dalam lingkungan umur yang kt sebut tu, korang faham sendiri kan..Bercahaya mata tu tgk baju tu lawa!! uhuu



This is super simple classic. Baju kebaya Indon ni, then match up dgn kain batik. Standard biasa. Betul? Ok. Cuba korang match up kan dengan kain songket yang xberapa nak shinning. Try A-Cut, or perhaps try Straight Cut skirt. 



Last, but not least. Kurung moden satin and match up dengan kain songket. This one..its up to u, nak yang jenis songket shine atau tak. But this design sgt membebaskan pergerakan korang. Tgh rewang2 pun still boleh bekerja keras even pkai baju lawa2 cenggini. 

.
.
.
.
.


Now, Korang dah decide dah nk plih design apa for raya?? Ada yang dah berkenan. Tapi.... nak cari bajet murah? Oraite. Nanti kt share link stok kain murah. Till then, see ya :)

Wednesday, 8 April 2015

Tips: You're My Dream, Please Come True

.



For the past few days, I've learned a lot. In terms of life, hearts, and emotions. It takes a while to realize, "Hey, u know what, this is my story. I am the writer of my own story. I am the one who creates the happiness. I am important in my life. I am the Big Hero. For someone who does not understand, screw them. They don't belong in our story. They don't even qualified. =P "

.
.
.
.
.
.
.

Impian. Tak perlu kot nak cite banyak2. Kita dah terlalu biasa dengar/lihat, dreams big, dreams high. However, years by years that dreams are fading. And we still in the same track we used to be. Still far away from the one used to be your Big Dreams and getting further away. Anyhow, pernah dengar berangan? Well, this is berangan. Dreaming something but don't even try to catch it. Tapi kadang2, kita xtahu macam mana nak capai kan? Semoga tips2 dibawah ni dapat membantu. U might have heard it before, but do it as it is. Sebab apa yang kita buat, kita sedang melatih diri kita untuk mempercayai dan berfikir untuk mendapatkan nya. Kita tanam dalam2 dekat minda separuh sedar. Let's get started.

.
.
.
.
.
.



Visual
Pernah dengar dream chart? Kita tampal all things yang kita inginkan dekat board. For some years, some of it might come true.

How? I don't really know how to explain. This is where kekuasaan Allah itu pasti. U might be surprised how this works. But trust me, all successful people have their own dream chart.


Hear
We as humans, really mendambakan pujian dan sokongan. Walaupun hanya sedikit "Good Job", it is flattering and comforting. It does makes us feel passionate, inspired to be the BEST, the VERY BEST. That is Human.

Be truly comes from your heart. Dan untuk kita menjadi a better person, do hear all positive things. Yang xelok, yang gosip2 yang sangat memberi kesan marah2 pada diri tu, BUANG JAUH2! Xpayah Baca! Xpayah Buka!. Kan hati jadi makin tenang. Kita pun makin happy, awet muda.. =D


Belief
Kita selalu dengar, "I will get BMW soon". When??

"I will get BMW for the 5 years". Which year is the next 5 years??

U see, be clear and stated in detail. State the year. State the model. State the colour. The more u detailing out what u want, easier for u to catch your dream.

"I owned BMW 7Series bronze colour by 2017". Use past tense as if u ALREADY have it in real!!

Bila kita selalu cakap & percaya, "hey, that's my car right there, the BMW 7 series with the bronze colour", it does make us feel we really owned it NOW. Wouldn't that makes your life happier? Well, I do.

.
.
.
.
.
.



Simple, but u will feel the difference. Try it. Good Luck! Let all your dreams coming to your life. :)

Tuesday, 31 March 2015

Penyembuhan Badan Melalui Asma Ul Husna

.




Kita selalu dengar, ayat-ayat suci dapat menyembuhkan dengan izinnya. Tapi tak pernah pula kita tahu yang mana untuk mana. Betul betul? Malam tadi, seorang akak telah berkongsi dengan Faa tentang kebaikkan Asma Ul Husna. Jom kita baca.

.
.
.
.
.
.
.
.


Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit. Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

.
.
.
.


Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh  insyallah.



01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi 
03. Tulang Belakang - Al Jabbar 
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. Saraf - Al Mughni 




11. Arteri - Al Jabbar 
12. Perut - Al Razaqq 
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar 
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali 
18. Buah Pinggang - Al Hayy 
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq 




21. Hati - Al Nafi 
22. Pankreas - Al Bari 
23. Lemak Sacks - Al Nafi 
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid 
28. Saraf Mata - Al Zahir 
29. Kelenjar pineal - Al Hadi 
30. Tekanan Darah - Al Khafed 





31. Paru-paru - Al Razzaq 
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi 
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)


Disclaimer: Kesemua gambar diambil daripada Google

Dengan tiba-tiba, tanpa kita sedar, tapi tahukah kita?

.


Tiba-tiba rasa rindu. Tapi tak tau rindu siapa. Tiba-tiba rasa kosong. Tapi tak tau kosong apa. Tiba-tiba rasa sedih. Tapi tak tau sedih apa. Kadang2 kita tak keruan. Kita buat macam2. Tapi semuanya masih sama. Kita solat. Tapi tidak sekhusyuk dulu. Kita mengaji, tapi perasaan tu tidak seindah suatu ketika dahulu. Pernah terfikir kah kita, ada sesuatu yang kita lakukan tanpa kita sedari yang telah menjauhkan kita dengan Dia? 

.
.
.
.
.
.

Jom kita sama-sama amalkan. Insyaallah, sedikit sebanyak dapat mengubati apa yang ada didalam hati :)

1- Letak tangan kanan ke jantung. Tangan kiri di pusat

2- Ulang, Cakap, Rasa. "Ya Allah, Aku sayang padamu" (7x)

Sunday, 29 March 2015

Best Time Makan Sushi Bonanza

.


Sushi!!! Sushi!! Sushi!!! Walaupun alergi seafood..lalalala~

.
.
.
.

Sushi bonanza kali ni best. Sebab timing yang tepat. Kenapa? Kalau selalu cuma ada 2 sushi per plate, tp kali ni ada yg 3 sushi per plate. Lepas tu tambah jadi 4 sushi per plate. Price tetap sama. Untung betul. Bagi penggemar sushi, dapat macam ni memang Jackpot.


All you need to do, pergi at the RIGHT TIME. The perfect time, pergi pukul 8-830 malam. Obviously time tu ramai. Kena beratur. Make sure korang dah lapik perut sikit. Mungkin terpaksa tunggu 30 minit. To get the super saver value, kena la sacrifice sikit. Bawa kawan-kawan. Bila bergosip dengan kawan-kawan, kita tak rasa sekejap je. Bila staff sushi nampak korang bersungguh beratur, staff sushi tetap akan bagi masuk walaupun sebenarnya dan sepatutnya kedai kena tutup. Kalau macam dah tak cukup, staff sushi akan buat lgi stok baru. Now, the tactic begin to work.


Order air mcm biasa. Pick any of the plate. makan je. Jangan nampak sangat korg tengah menunggu yang super saver value tu. In the end, people semakin kurang, but the food still ada lagi atas railways tu. Nanti org sushi tu susun balik. this time staff sushi akan buat 3 sushi per plate. kalau stok banyak lagi, staff sushi tu akan letak 4 sushi per plate. Wahh! Confirm tidur bermimpikan sushi. Experience Faa, 4 sushi per plate tu dah nak dekat pukul 10pm. Memang kedai tengah nak kemas-kemas kasi licin sushi-sushi yang ada. 


Mungkin tips ni tak berhasil untuk tempat sushi king yang hot place. Contoh: bangsar/midvalley/Sunway Pyramid. Sebab org sentiasa ada. Dan selalunya kompem habis. Kemungkinan stok dekat pantry pun boleh habis sehabisnya. Try sushi king yang lay low. Sebelum datang tu doa puas-puas. Semoga hari tu jadi malam yang terindah! Aamiin. Goodluck! 


*Faa getting this experienced at Tesco Puchong. *