Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Friday, 8 June 2018

Kelas Antenatal. Perlu atau Tidak

Hello dear mommies-to-be!!. 


Setiap new mommies mesti rasa overwhelmed dengan pengalaman baru kan? Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat apa. Topik harini mengenai kelas antenatal. Perlu ke? 


Jawapan bagi Faa, PERLU sangat!. WAJIB. Penting sangat sebagai persedian nak menyambut anak yang bakal dilahirkan. Sedikit sebanyak kita akan terasa berilmu dan tak kekok nak uruskan. Bawah ni soalan-soalan yang mungkin mommies & daddies to be nak tahu tentang kelas antenatal dan dapat merungkai segala kerisauan. 


Bila waktu sesuai untuk ambil kelas antenatal? 
- Bagi Faa, waktu yang paling sesuai ketika usia kandungan 6-7 bulan. Semester pertama terlalu awal, takut mommies & daddies to be tak ingat apa yang di ajar. Usia kandungan 8 bulan pula dah terlalu lambat nak prepare badan, rumah dan barang-barang bayi. Bagi mengelakkan mommies & daddies rasa overwhelmed sangat, Faa suggestkan 6-7 bulan. 


Apa yang kita akan belajar?
- Banyakkk sangat kita akan belajar. Daripada persediaan bersalin sampai ke pantang, penjagaan new born baby, makanan dan senaman semasa mengandung dan penjelasan dengan lebih mendalam tentang kesihatan ibu dan bayi.


Kami pantang di rumah mak, rasanya tak perlu kot untuk pergi kelas antenatal.
- Tidak kira mommies berpantang dimana, tapi kelas ni memang akan mengajar mommies & daddies tentang emosi ketika berpantang. Pernah dengar meroyan? Meroyan ketika berpantang itu perkara yang memang kita sering dengar. Tak kira kita berpantang dengan siapa dan dimana, tetapi kita boleh elakkan meroyan sekiranya kita sudah bersedia apa yang bakal kita hadapi. Pada waktu ini, orang yang paling memainkan peranan bukan ibu bapa kita, tetapi suami kita sendiri. Sebab tu disarankan sangat-sangat mommies & daddies pergi ke kelas antenatal ni bersama (walaupun masa pantang nanti PJJ dengan suami).


Hospital mana je yang ada kelas antenatal?
- Hampir kesemua hospital swasta menawarkan kelas antenatal. FPP hospital  / hospital separa kerajaan seperti Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang pun ada sediakan. 


Berapa lama kelas antenatal?
- Bergantung pada hospital tersebut. Kebanyakkan kelas antenatal dilakukan dalam masa sehari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Tetapi, terdapat juga beberapa hospital mengadakan kelas antenatal selama 2 hari, bermula dari 1 petang sehingga 5 petang.


Berapa kena bayar?
- Harga kelas antenatal bergantung pada hospital yang mommies & daddies pilih untuk kelas antenatal. Harga yuran bermula daripada RM100-RM180/pasangan termasuk makanan + goodies bag. Setakat ni Faa tak jumpa lagi kelas antenatal yang melebihi RM200 (kecuali Prince Court - RM3++). Faa pergi kelas pada Mei 2018 (waktu ni still ada gst, lepas ni dah tak ada gst mungkin dapat lagi murah). Kebanyakkan hospital menawarkan harga RM150. Nak murah ambil kelas di FPP hospital. Tapi cepat penuh. Kena daftar cepat-cepat. 


Bila kelas antenatal ni dibuat?
- Kelas dibuat setiap hari sabtu atau ahad bergantung pada hospital tu kecuali FPP hospital, kelas antenatal tu dibuat hari isnin pada hari bekerja. Pilihla mana mommies & daddies selesa dengan jadual masing-masing.


Kami bersalin di kerajaan, boleh ke pergi kelas antenatal?
- Mesti lah boleh. Tak kisah awak nak bersalin dekat kampung sekalipun, mommies & daddies boleh daftar kelas antenatal yang terdekat dengan rumah mommies & daddies ye. Dalam borang ada ruangan doktor bersalin. Ruangan ni boleh biarkan kosong. 


Bila boleh daftar untuk kelas antenatal?
- Cadangan Faa, lebih baik sebulan awal melainkan mommies & daddies pilih untuk kelas antenatal di hospital yang mommies & daddies pilih untuk bersalin. Selalu kalau kelas antenatal di hospital yang akan mommies bersalin, pihak hospital boleh slot-in nama mommies & daddies seminggu sebelum kelas. Pastikan sesiapa yang mendaftar sebulan awal ni, nama memang betul-betul dah ada dalam sistem pendaftaran kelas tersebut. Biasalah kita manusia. Kadang-kadang ada je nama yang tercicir dan akhirnya kelas penuh.


Hospital mana yang terbaik untuk kelas antenatal?
- Sebenarnya semua skop yang akan diketengahkan semuanya adalah sama tidak kira hospital apa. Tapi kalau tanya Faa, lagi-lagi kita sebagai orang Islam pilihlah hospital yang lebih banyak orang Islam. Bukan rasict ye. Tapi untuk memudahkan kita bertanya soalan yang menyentuh soal agama. Contoh bacaan-bacaan doa yang sesuai, selawat ketika pernafasan semasa dalam contraction dan banyak lagi. Sekiranya tidak berpeluang, mommies & daddies boleh tambah pengetahuan dengan banyakan membaca dan mendengar ceramah ilmu agama.


Rasanya soalan di atas ni dapat membantu sedikit sebanyak soalan yang bermain di fikiran mommies & daddies. Kalau ada soalan lain, mommies & daddies tulis dekat komen ye. Faa akan sedaya upaya jawab soalan mommies & daddies, ok.


Sekarang Faa nak share sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang kelas antenatal yang Faa pergi. Patutnya Faa pergi ke DEMC, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, Faa last minit pergi ke Sunway Medical Hospital. Jom tengok gambar-gambar.


p/s: Gambar-gambar yang dikongsikan ada yang diambil dari google, ada yang daripada koleksi sendiri. Faa & hubby tekun sangat dengar sampai tak ingat pun nak ambil gambar.


Silibus yang ditawarkan semasa kelas antenatal / kelas parentcraft. Kebanyakan hopital turut menawarkan silibus yang sama. Ni silibus daripada SunMed Hospital (2hari). Untuk kelas antenatal selama sehari, jadual kelas bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. 

Sesi senaman. Daddies akan duduk dibelakang mommies berlapikkan yoga mat dan 1 bantal akan diberikan. Semasa sesi senaman ini, mommies akan diajar bersama teknik pernafasan dan posisi badan semasa contraction, urutan daddies kepada mommies untuk melegekkan sengal-sengal badan, senaman kegel dan juga senaman stretching. Yoga mat pihak hospital sediakan, tapi kalau selesa nak pakai sendiri punya pun boleh.


Staff SunMed tengah siap-siapkan patung baby untuk dibuat main oleh mommies & daddies. Setiap pasangan akan diberi 1 baby, 1 pampers, 1 bedung, 2 alcohol wipes, 1 bekas cotton ball. Perasan tak baby tu besar! Baby tu berusia dalam 8-10 bulan. Mommies jangan cuak pula bila tengok size baby macam ni ke untuk dilahirkan. huhu.

Haa..ni la baby yang akan mommies & daddies dapat. Besau kan. Baby ni usia dia dah 8-10 bulan. Baby yang digunakan masa stuff buat demo tu baru la saiz baby newborn.


Macam ni la stuff akan susun barang-barang atas meja demo. Lengkap semua barang daripada cara nak mandikan sehinggalah setelah baby selesai mandi.
p/s: Kalau mommies & daddies nak tahu, baby yang lepas mandi terus akan rasa lapar. So, get ready sekali dengan alatan menyusu lagi-lagi kalau anak laki, sebab dia akan melalak lain macam sikit. Tak menyabar. Haha.

Sesi Penjagaan Bayi. Sesi ini mommies & daddies akan diajar cara-cara selamat untuk memandikkan dan membersihkan bayi, bedung bayi, dan akan ada 1 pertandingan untuk daddies memakaikan pampers kepada bayi. Jangan terkejut tau, ramai je daddies-to-be pakaikan pampers terbalik. Rasa kelakar kan. Tapi jadi depan mata tauu.

Bilik bersalin. Di sinilah tempat mommies akan diletakkan untuk pushhhh baby keluar. Bagi hospital swasta, akan terdapat tempat untuk meletakkan kaki. Di sebelah sisi katil akan ada skrin monitor BP mommies dan semuanya yang berkaitan. Sebelah sisi katil yang kosong tu, tu tempat daddies bagi semangat kat mommies. Yeayy!! Gambar ni sumber google tau. Gambar katil bersalin yang hampir sama Faa tengok dekat SunMed Hospital tapi dinding tu tak sama. Faa percaya, kalau bilik bersalin hospital swasta akan lebih teratur dan menawan sikit daripada gambar ni. Tapi, waktu tu dah sakit kan. Sempat ke nak peduli keadaan dinding? hehe

Macam ni lah nanti bilik yang mommies akan tidur bergantung pada jenis bilik yang mommies & daddies pilih. Ni pun sumber google. Faa tak pasti bilik ni kategori apa. Bagi hospital swasta, bayi akan diletakkan sebelah mommies sekiranya bayi tidak menghadapi sebarang komplikasi. Faa doa baby mommies & daddies yang baca ni semua baik-baik dan sihat, boleh lah mommies & daddies tatap baby lama-lama. 








Thursday, 5 October 2017

Tips: Cara Pujuk Suami yang Tak Reti dan Tak Suka Masak, Masak Untuk Kita


Kebanyakkan laki mesti awal-awal kahwin dulu dah cakap "I tak reti masak. Jangan suruh I masak tau. I tak nak". Laki Faa pun sama je awak. Tapi, sekarang ni kalau Faa tak larat ke emergency tiba-tiba tetamu datang ke, dia boleh la siapkan 1 set meal. Kira dah bagus sangat la kan..? Nak tau tips? Meh Faa cerita.


Macam biasa, awal-awal dulu Faa la masak. Panggil laki sekali tolong. Biasakan dulu pegang pisau. Kalau jenis laki zaman dulu yang "Masak kerja perempuan. I laki". Kau gunakan kuasa ultraman kau. Buat ayat goda-goda manja. "I ajak u sebab i nak tengok muka u. Its ok. u just standing here. U tak payah buat apa-apa. Tapi u borak-borak la dengan i". Mau tak cair laki kau tu. Lepas dia pun dah jadi rutin borak-borak dengan kau masa masak, kau minta la dia tolong potong-potong bawang, kupas-kupas kulit bawang tu. Lepas tu kau upgrade sikit suruh potong-potong sayur, ayam, siang ayam. Bila dah sampai peringkat ni, sebenarnya laki kau dah ready nak masuk dapur. Tapi mungkin self confidence rendah. Tak apa. Proceed next step pulak.

Scramble egg sandwich with apple slice
Basic done. Now part masak pulak. Start la dengan masak nasi. Lepas tu kau guna ayat macam ni pulak. "Sayang, u dah rasa air tangan I. I teriiiiiingggiiinn rasa air tangan u. Boleh tak u masakkan untuk I telur. Tak kisah la telur mata ke dadar ke apa. Mesti sedap. Kalau u tak tau, i guide u ok?. U nak i diri sebelah ke nak I buat air?". Kenapa kena tanya nak diri sebelah atau nak buat air? Supaya dia tak rasa macam kena monitor dengan boss. Situasi yang akan laki kau rasa sama macam kau tengah exam lepas tu ada cikgu subjek exam tu diri sebelah perhati jawapan kau nak tulis tu. Gila tak selesa. Rasa nak terkencing pun ada.


Ok. Part nak pujuk masak dah setel. Now part ketika memasak pula. Part ni, kau layan kan je apa dia buat. Kalau laa laki kau tercubit garam 1 senduk, kau jangan melenting pulak. Kau kena treat dia macam budak kecil. Kena cakap dengan dia elok-elok but don't give too much advice. Dia akan jadi rimas. Kau biarkan je dia buat cara die sendiri. Mungkin cara laki kau pukul telur macam puting beliung. Biarkan je. Kalau la telur tu tepelanting kau buat buat tak nampak. Tapi sebenarnya tu learning process dia. Lepas tu mesti dia faham pukul telur kena slow sikit. Memang la diakui kadang-kadang isteri ni macam nak mengamuk tengok dia uruskan dapur. Biarkan je. Sebab dia seperti budak tengah seronok belajar benda baru. Bersepah? It's ok. Lepas masak kena kemas =).

Sup Cendawan
Its taste time!. Masa tengah hidang tu, terus kau puji "Sedapnya bauuuu. Tak sabar nak makan. Tenkiuu". Kau datang la tengok makanan. Pasang 'kipas' kuat sikit. "Pandainya sayang masak!. Nampak sedap laa". Laki kau mungkin akan jawab macam ni. "Ala, tak sedap la. Sori tau". Ayat ni sebenarnya dia nak kau puji lagi. Tak apa. Kau puji je. Sedap tak sedap belakang kira. "Yeke tak sedap. Bau dah sedap. Tengok pun dah lapar!". Fuhh kalau la kau tau perasaan laki kau time tu, hati dia tengah meloncat-loncat macam bunga api. Muka dia tu kalau kau tengok, bersinar-sinar macam bintang. Senyum dia tuu, kalaaau la boleh senyum sampai belakang kepala memang dah terbelah dah kepala tu. Haha.


Kau belek makanan, rentung la pula. Tak apa. Kau steady je. Kau telan je. Makan kasi pelahap sikit macam orang tengah lapar. Kau buat-buat tak nampak pun cacat tu. Terlebih masin pun sama.  Kau telan je walaupun susah. Dekat sini kau memang kena anggap macam kau masuk Fear Factor final round. Haha. Kau cover la sikit makan nasi tu lebih sambil puji. "Sayang, tengok ni. Banyak tau nasi I ambik. Sedap sangat!". Kalau kurang rasa, kau tambah kicap. Puji lagi. "Tambah kicap dah rasa macam chef masak". Kau sambung pula ayat penutup. "Lepas ni sayang masak lagi tau. Kurang/tambah garam (anything yang perlu diperbaiki - hanya untuk 1 perkara je) sikit".  Kau jangan condemned masakan laki kau. Cakap apa yang penting je.

Nasi Lauk Simple
Kau bayangkan la, kau selalu puji laki kau macam ni. Orang yang tak pernah masuk dapur pun boleh berubah suka masuk dapur selalu. Yelah macam kita la perempuan. Orang dok puji-puji kita cantik hari-hari pun kita akan rasa kita ni memang cantik. Laki pun sama. Poyo lah kalau laki cakap tak suka puji. Nak suruh kita puji banyak-banyak lagi la tuu.

Macam tu la tips aku. Daripada tak pandai, sekarang dah kemaruk buat set makan. Seronok tau. Buat satu rutin keluarga. 1 hari dalam seminggu laki mesti masak untuk kita satu keluarga. Contoh, kita pilih hari ahad breakfast untuk suami masakkan untuk kita satu keluarga. Hubungan dengan isteri dan anak-anak jadi makin rapat. Betul. Bukan semua dia akan pandai masak. It's ok. Suami kita bukan chef. Tapi sebab passion macam ni, anak-anak memang akan jadikan dia role model. Seronok kan? I've learned and watched this routine through my friend's family. Now, i want this picture into our family life. Mana yang baik kita follow la kan.

Ayam panggang ala Kenny Rogers


So there goes. All photos showed  here are his cooked food, alone. Impressive kan? Paling advanced is ayam panggang Kenny Rogers tu. Dia gigih scroll resepi lepas tu buat sendiri. Pictures may not instagram/blog's worth. But for me, these worth million of hearts!. Rasa? Dulu tak berapa nak sedap. Now, memang sedap!. Kalau tetamu datang mesti tak sangka laki yang masak. Sedap la tu kan? Yes, ada juga kadang-kadang tu rasa tak menjadi. Biasa la tu. Kita perempuan pun kadang-kadang rasa tak mencapai tahap. Normal.


( To my beloved husband, thank you for being supportive, very helpful and sensitive. This post is my way of gratitude for having u in my life and a way for u to see how u have developed your skills into this beauty of art. Love u. )


Dah. Korang pergi try tips ni dekat suami masing-masing. Nanti cerita la feedback. Faa suka dengar korang berceloteh juga!


Till next time, toodles~

Monday, 2 October 2017

Kenapa aku berblog?

Untuk entry ni, Faa tak address kan diri as Faa. I adress myself as 'Aku'. Sebab entry ni jenis sempoi dan mungkin hard rock sikit. So, 'Aku' seems appropriate in this context.


Jujur, aku berblog ni sebenarnya dah lama. Tapi asyik tukar email address je sebab tak ingat password. Anyway at first aku blog untuk tulis isi hati aku je. Dulu-dulu tu, aku buat blog tapi aku letakkan blog aku hidden. Malu la. Aku bukan penulis. Letak blog sebab konon nak buat diari. Dear diari, hari ni hari Sabtu. Aku buat a b c d e f. Haa..kalau la korang baca, mesti terasa betapa bebudak nya la hai aku time tu. 


Makin besar, aku dah ada email tetap. Aku decide nak buat blog balik sebab aku ada satu habit. Aku rasa aku ni power gila bab knowledge tentang kehidupan. *ehem*. So aku nak share. Apa yang aku share semuanya dari hati aku. Kalau aku cerita aku buat A, means aku memang buat A. Mungkin korang prefer lagi cara B. Ikut lah. Itu hak masing-masing. Sebab korang sendiri yang tahu diri korang lebih prefer cara macam mana kan. Dan aku pun harap korang share jugak cara/tips yang korang ada untuk aku. Mana lah tahu, cara korang tu lagiiii bernas. Membantu orang lain jugak. 


Aku ni pemalu. Tadi belagak kata ada banyak knowledge kan. Tapi malu nak pergi share kat facebook/instagram. haha. Itulah aku. Kalau korang rasa blog/post aku ni membantu  korang, korang share la post aku. Semoga segala tips-tips aku ni dapat bantu orang lain. Aamiin. 


Back to story, dah ada email tetap tapi tulis blog tak pernah nak tetap. Sekejap tulis. Sekejap senyap.  Memang ikut mood aku lah kan. Sampai lah ada satu masa, aku tak sangka ada sorang ni komen dekat blog yang post aku sangat bagi tips kat dia. Pergh! Aku mati-mati ingatkan blog aku syok sendiri. Tak tahu memang ada yang menanti. Nak tahu benda lawak tak? Aku baru sedar ada orang komen laaa after 1 year. My god! hopefully you punya majlis berjalan sangat lancar tau. Sori. I nak balas tapi rasa macam malu pulak nak balas after 1 year. Entah-entah sekarang u dah ada anak dah. 


Not just that. Aku pun tak sangka yang dari blog ni juga, wujudnya relationship aku as peniaga dan customer. Menakjubkan!. Thank you for trusted in me. Ya. Aku bekerja dan pada masa yang sama aku berniaga online. Platform yang aku selalu guna is Facebook. Blog ni cuma in my leisure time je. Korang ada facebook tak? Jom la Add aku. Fatimah Zulkifly. Aku dan laki aku handle facebook ni. Kalau aku busy buat kerja, laki aku yang tolong handle order. 


Aku suka dan terlalu suka benda-benda yang nak cantikkan rumah secara bajet. Aku suka nak organize barang, tips and tricks. Lepas tu, aku suka gila buat resepi baru. Resepi yang jenis habiskan stok barang dapur. Satu lagi benda aku suka. Travel. Tak kisah la dalam or luar negara. Dan aku pulak jenis penat-penat baca review tanya orang sana sini buat itenari, tak kan la nak buang je kan (sebab aku memang selalu buat macam tu). Oleh itu, aku akan share di sini juga. Yeay!! Good news is, banyak dah tempat aku berjalan. Bad news is, banyak juga segala gambar, alamat, info semua aku dah hilangkan. Makanya, korang terpaksa la tunggu aku punya next trip ye. Buat masa ni yang paling terdekat is akhir tahun depan (2018). Hopefully aku dapat kumpulkan all info untuk share dekat korang juga. Sabar tau. Tahun ni kena duduk dekat rumah senyap-senyap je. haha.


Itulah reason aku kenapa aku berblog. Sebab aku harap segala tips and tricks aku dalam kehidupan seharian ni dapat bantu dan memudahkan rutin korang. Itu je bebelan kali ni. Kalau korang ada idea nak tips and tricks or nak share tips/tricks, please let me know. Nak komen pun boleh. Kali ni aku akan make sure monitor through email. haha. Till next time, toodles~

Wednesday, 24 February 2016

FULL Tips Ole-Ole Seafood Sabah



Ole-ole seafood Sabah ni dah jadi benda paling wajib kalau datang Sabah. Murah beb! Serius murah. Besaq bak hang seafood die tp harga alahaii..rs nak beli 1 kapal je! Tp kena beringat sebab balik naik flight ye.. =P

So, kat mana tempat best shopping? ada banyak suggestions tuk beli seafood and kuasa memilih & membeli tu hak masing2. There's 2 types. 1) Dried Frozen Seafood or 2)Fresh Seafood. Beza antara 2 ni, dried seafood tu dah siap di frozen kan dan dah disealed and divakum plastik tu. So korg cuma perlu pilih je seafood yg korg nk WITHOUT worrying air ikan tu tertumpah dlm flight. Susah nak bayangkan cmne? Alaa..sama je cam korg beli frozen lamb or frozen shrimp dkt mall tu haa..cmtu la ghupenye. Fresh seafood tu pulak, mmg fresh! Turun dari kapal woii. Pastikan tahan segala nafsu korg tu ms nk membeli ye. Mata tu cuba control sikit. Takut mata kau tekeluar menjajar-jajar XPERCAYA tengok sume benda yg ada dengan harga dorg bg. Anyway, one of the LECEH sikit sbb seafood korg tu akan ditindan bersama ais kering dalam Styrofoam Box(5kg/10kg/15kg). A bit berat and just to let u know..seafood-seafood ni kne hand carry tauuu. Some of them (kalau baca review), lebih suka dried seafood tu sbb RISAU kalau bungkus xkemas, air ikan tu tertumpah. Based on my experienced, they are well experienced and well know the RIGHT WAY of membungkus and membalut that Styrofoam Box dengan sangat kemas. Insyallah xakan ada peristiwa air ikan tertumpah. 


WHERE TO BUY?
1) Dried Seafood
i - Fung Seng Seafood Supplier (seberang jalan dried market/pasar ikan masin)
ii - Kiang Huat Seagull Trading Frozen Food Sdn Bhd (at airport)
iii - Borneo Frozen & Dried Seafood
vi - New Oriental Frozen Seafood

Credit to: http://blog.malaysia-asia.my/2010/11/buying-seafood-in-kota-kinabalu-sabah.html

*Extra Notes*
Seafood Buying Tip: If you buy whole frozen fishes, be prepared to have them cleaned and scaled before cooking. Also check the packaging date which they sticks them once they are packed and frozen.
  • They accept payments in Credit Cards and Cash. 
  • Most tour guides know of this place so check with them.
  • Foreigners - Please check with your country customs if you are allowed to bring back frozen seafood as they can only last about 6-8 hours frozen packed. 


2) Fresh Seafood
i - Wet Market, belakang dried market/pasar ikan masin (yg jual2 ikan kering, bilis, etc which sebelah Pilipino Market or handicraft market) .

*Extra Notes*
Seafood Buying Tip: If you buy whole fishes, be prepared to have them cleaned and scaled before cooking.
Time: Early Morning & Evening around 3pm. Please make sure you have time buffer before catching up your plane.
  • They accept payments in Cash only.
  • Most tour guides know of this place so check with them.
  • Foreigners - Please check with your country customs if you are allowed to bring back frozen seafood as they can only last about 6-8 hours frozen packed. 

This is the end result of balutan Styrofoam Box. This one is 10KG. Perfectly sealed.
*gagahnye laki tu <3*


MY CHOICE?
Disebabkan aku dgn husband aku ni mmg jenis kaki seafood, lps tu nak cari yg gila fresh berkeping isi dia and MURAH, ktorg pilih ke Wet Market. Yes. Mata ktorg memang tersembul keluar! Pesanan ikhlas, kalau korg dah siap pilih and dah siap bungkus, then korg baru perasan ada kapal baru naik..well..usahla kau menangis menonggeng tgk ikan yg dorg bawak naik tu ye. And yes. Usahla menggatai nak p mengidam nak beli seafood yg saiz kat semenanjung. XWUJUD beb!. XWUJUD! Even kerang bulu tu pn saiz 1 tapak tangan only 50 sen/1KG. REPEAT! 50sen/1KG. Histeria kejap. Ahaha. 


Tuesday, 24 November 2015

Tips: Tingkatkan Tahap Fokus Anda!

Siapa dekat sini jenis tak boleh nak duduk diam? Kalau duduk rumah tengok tv semata cepat rasa bosan. Ataupun jenis tak boleh nk buat 1 benda sama dalam masa yg lama? Faa.. lagi lagi?? Siapa geng angkat tangan.


Antara weekend punya aktiviti: Hiking


Meh Faa share sikit. Faa ni kalau memang duduk diam tak ada aktiviti apa-apa, Faa senang jadi restless. Bila restless ni, mulalah rasa nak mengamukla, rasa sedihla, rasa bosan
Orang-orang macam Faa ni memang tak boleh nak duduk diam. Mesti ada je benda yang dicari pasal utk die buat sesuatu. haha..Orang jenis ni bijak tau >__*. Tapiii..ada 1 masalah! Org cmni susah sikit nk fokus. Sebab kefokusan die sekejap je. Lama sikit die dah jemu. Nak2 pulak kalau tengah buat programming. Stuck? Hmm...Dah cuba setiap pintu pun stuck? Ok..Tido arr.. pfftt =P. So, cmne nk handle? 


Antara weekend punya aktiviti: Indoor Shooting



Ada 3 Key point je:

1- Stuck? Move On!

Biasalah. Mana ada benda dekat dunia ni yg senang je nk solve kan something. Perlukan otak utk berfikir. Barulah tu kehidupan. I am a programmer. Animator, Apps and Gamer Programmer. Nampak gempak kannnnn? Yup. Gempak jugak la cabaran yg perlu ditempuh. Kdg2 tu rs putus asa rs nk tido je lama2. Tp kan ada due date. Xboleh2. What do i do? STOP & MOVE ON!. Dah stuck? Cuba2 pun still xdpt. STOP NOW!. Bernafas kejap for 2 minutes. Then buat parts yang lain plak. Jgn buat dah benda yg stuck tu td. And don't ever think about it. Macam bab bercintun laa. Member tu dah xnk kau. Xpayah la kau nangis meratapi nasib. Keluar air mata pun xguna sbb last2 kau yg buta. Kau jugak yg susahkan. So, kalau dah xdpt tu, berhenti. Kt try pancing org lain pulak. Haa..selalunya, nanti yg lama akan kemari. Sama la jugak dlm kerja yg stuck tu. Nanti kau dah move on dgn kerja lain, ttbe je dpt idea mcm mana nk solvekan task before this. =D


Antara weekend punya aktivit: Makeup as per requested theme



2- Buat Susah Dulu

Buat susah dulu. Sebab yg susah tu kt xtau akn ambik masa berapa lama. Dan potensi kalau benda susah ni kalau xdpt nk buat, moody seharian. Jd, sementara tengah semangat dpt task baru dengan idea yg mencurah2 tu, buat yg susah dlu. Lps tu baru yg senang. Haa, kan terasa everything goes as planned =D


Antara weekend punya aktiviti: Emcee



3- Relax

Chilla beb. Dah stuck. Kepala pun dah tinggal 1 layer je sblm pecah. Better rehat kejap. P ambik air secawan. Or paling bagus, letak je 1 botol air kosong dkt atas meja. Rehat & minum air kosong. Air kosong byk kelebihan dia. Jd kenapa xreti2 lagi nak minum haa?? 


Antara weekend punya aktiviti: Berniaga

Wednesday, 17 June 2015

Belanja team Private Cruise Dinner.. Wow!

.
"Kita kena kerja kuat, untuk menyara hidup sendiri. Lagi2 dah ada GST!".

.
.
.
.
.

Korang perasan x, dulu masa kita kecik2, kita happy je.. Semua apa yg kita nk buat, kita buat. Tak pernah korbankan apa yang kita nk main. Nak main masak2 walaupun xde dapur tipu2 tu..pndai je kita 'pinjam' lesung batu mak pastu kutip2 daun pastu tumbuk2.. Kita happy sebab dah terlaksana impian kita..

.
.

And now, bila dah makin besar, kita dah tak sehappy dulu. x seceria dulu. kita dah kena bayar itu ini, Dapat gaji je trus habis gaji kita. Ada kenal orang tu? Dulu2 pun kita mcm tu jugak. Rindu nya nak p spa full pakej, p menembak. Tapiiii..owh well..sekali pegi dah RM200 to RM300++. Teringin nk pegi luar negara, p New Zealand, Turki, Greece, Holand, Antartika, owh..kalau sebut semua..memang semuuuaaaanya NAK PERGI. tapi XDAPAT sebab XCUKUP DUIT!!  (T_T)

.
.

Rindu kan nk jadi budak2 balik? Xpayah pikir masalah. Alhamdulillah..kita berjaya buktikan kita dah seceria macam budak2. Jika kita bijak berusaha, dan berusaha dalam satu team yang kita percaya & sama2 matlamat, kita mampu belanja team2 kita utk private cruise dinner. Dan kali ni, kita cruise kat Tasik Putrajaya. 





Ni lah team kita.. Pelbagai peringkat umur =D



Kita groupie sat ye sebelum naik cruise.



Bukan setakat makan malam je. Ada sekali karaoke + cabutan bertuah. Time ni, mic rosak..*ehem*. Hanya mampu posing depan kamera je =P.



Sekali sekala seronok gak tengok view kat luar. Peace yaw!



Dan itu kami. Kaum Adam & Hawa yang gagah perkasa sambil berlatar belakang kan view putrajaya. wee~


Doorgift. Voucher Ikea RM100. Plus..cabutan bertuah Voucher Jusco RM200. Boleh la shoppiiinnnggg..uhuuu~


.
.
.
.
.

Alhamdulillah. Setakat ni je coretan kali ni. Lepas ni kt hupdate lagi.. Till then. See ya.

Tuesday, 31 March 2015

Penyembuhan Badan Melalui Asma Ul Husna

.




Kita selalu dengar, ayat-ayat suci dapat menyembuhkan dengan izinnya. Tapi tak pernah pula kita tahu yang mana untuk mana. Betul betul? Malam tadi, seorang akak telah berkongsi dengan Faa tentang kebaikkan Asma Ul Husna. Jom kita baca.

.
.
.
.
.
.
.
.


Ia telah ditemui oleh Doktor Ibrahim Karim (biologi) bahawa Asma ul Husna, nama yang baik kepada Allah (SWT) mempunyai kuasa penyembuhan untuk sejumlah besar penyakit. Dia menggunakan kaedah ketepatan dalam pengukuran tenaga dalam tubuh manusia dan mendapati bahawa setiap satu daripada nama-nama Allah (SWT) merangsang tenaga dalam sistem imun badan manusia untuk berfungsi dengan cekap di dalam badan manusia yg tertentu. Beliau mendapati bahawa sebutan (membaca) dengan nama-nama Allah (SWT) membawa kepada peningkatan dalam trek Bio Energy dalam tubuh manusia, dan selepas 3-tahun penyelidikan Doktor Ibrahim Karim sampai kepada yang berikut:

.
.
.
.


Kaedah rawatan: Letak tangan anda pada tempat sakit dan memuji nama Allah (SWT) di atasnya sesuai dengan penyakit anda sehingga sembuh  insyallah.



01. Telinga - As Sami
02. Tulang - Al Nafi 
03. Tulang Belakang - Al Jabbar 
04. Lutut - Al Rauf (The Clement)
05. Rambut - Al Badi (Pencipta)
06. Jantung - Al Nur (Cahaya)
07. Otot - Al Qawi (Maha Kuat)
08. Gelombang Jantung - Al Wahab
09. Jantung otot - Al Razaqq
10. Saraf - Al Mughni 




11. Arteri - Al Jabbar 
12. Perut - Al Razaqq 
13. Kanser - Al Jalil (The Mighty)
14. Tiroid - Al Jabbar 
15. Thigh- Al Rafi (The Exalter)
16. Migrain - Al Ghani (The Rich One)
17. Mata Arteri - Al Mutaali 
18. Buah Pinggang - Al Hayy 
19. Colon - Al Rauf (The Clement)
20. Usus - Al Razzaq 




21. Hati - Al Nafi 
22. Pankreas - Al Bari 
23. Lemak Sacks - Al Nafi 
24. Rahim - Al Khaliq (Pencipta)
25. Pundi Kencing - Al Hadi (Panduan)
26 Reumatik - Al Muhaymin (The Guardian)
27. Prostat - Al Rashid 
28. Saraf Mata - Al Zahir 
29. Kelenjar pineal - Al Hadi 
30. Tekanan Darah - Al Khafed 





31. Paru-paru - Al Razzaq 
32. Thymus Kelenjar - Al Qawi 
33. Kelenjar atas Buah Pinggang - Al Bari 
34. Rambut Peel - Al Jalil (The Mighty)
35. Rongga Hidung - (Al Latif, Al Ghani, Al Raheem)
36. Mata - (Al Nur, Al Basir, Al Wahab)


Disclaimer: Kesemua gambar diambil daripada Google

Sunday, 29 March 2015

Best Time Makan Sushi Bonanza

.


Sushi!!! Sushi!! Sushi!!! Walaupun alergi seafood..lalalala~

.
.
.
.

Sushi bonanza kali ni best. Sebab timing yang tepat. Kenapa? Kalau selalu cuma ada 2 sushi per plate, tp kali ni ada yg 3 sushi per plate. Lepas tu tambah jadi 4 sushi per plate. Price tetap sama. Untung betul. Bagi penggemar sushi, dapat macam ni memang Jackpot.


All you need to do, pergi at the RIGHT TIME. The perfect time, pergi pukul 8-830 malam. Obviously time tu ramai. Kena beratur. Make sure korang dah lapik perut sikit. Mungkin terpaksa tunggu 30 minit. To get the super saver value, kena la sacrifice sikit. Bawa kawan-kawan. Bila bergosip dengan kawan-kawan, kita tak rasa sekejap je. Bila staff sushi nampak korang bersungguh beratur, staff sushi tetap akan bagi masuk walaupun sebenarnya dan sepatutnya kedai kena tutup. Kalau macam dah tak cukup, staff sushi akan buat lgi stok baru. Now, the tactic begin to work.


Order air mcm biasa. Pick any of the plate. makan je. Jangan nampak sangat korg tengah menunggu yang super saver value tu. In the end, people semakin kurang, but the food still ada lagi atas railways tu. Nanti org sushi tu susun balik. this time staff sushi akan buat 3 sushi per plate. kalau stok banyak lagi, staff sushi tu akan letak 4 sushi per plate. Wahh! Confirm tidur bermimpikan sushi. Experience Faa, 4 sushi per plate tu dah nak dekat pukul 10pm. Memang kedai tengah nak kemas-kemas kasi licin sushi-sushi yang ada. 


Mungkin tips ni tak berhasil untuk tempat sushi king yang hot place. Contoh: bangsar/midvalley/Sunway Pyramid. Sebab org sentiasa ada. Dan selalunya kompem habis. Kemungkinan stok dekat pantry pun boleh habis sehabisnya. Try sushi king yang lay low. Sebelum datang tu doa puas-puas. Semoga hari tu jadi malam yang terindah! Aamiin. Goodluck! 


*Faa getting this experienced at Tesco Puchong. *