Hello dear mommies-to-be!!.
Setiap new mommies mesti rasa overwhelmed dengan pengalaman baru kan? Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat apa. Topik harini mengenai kelas antenatal. Perlu ke?
Jawapan bagi Faa, PERLU sangat!. WAJIB. Penting sangat sebagai persedian nak menyambut anak yang bakal dilahirkan. Sedikit sebanyak kita akan terasa berilmu dan tak kekok nak uruskan. Bawah ni soalan-soalan yang mungkin mommies & daddies to be nak tahu tentang kelas antenatal dan dapat merungkai segala kerisauan.
Bila waktu sesuai untuk ambil kelas antenatal?
- Bagi Faa, waktu yang paling sesuai ketika usia kandungan 6-7 bulan. Semester pertama terlalu awal, takut mommies & daddies to be tak ingat apa yang di ajar. Usia kandungan 8 bulan pula dah terlalu lambat nak prepare badan, rumah dan barang-barang bayi. Bagi mengelakkan mommies & daddies rasa overwhelmed sangat, Faa suggestkan 6-7 bulan.
Apa yang kita akan belajar?
- Banyakkk sangat kita akan belajar. Daripada persediaan bersalin sampai ke pantang, penjagaan new born baby, makanan dan senaman semasa mengandung dan penjelasan dengan lebih mendalam tentang kesihatan ibu dan bayi.
Kami pantang di rumah mak, rasanya tak perlu kot untuk pergi kelas antenatal.
- Tidak kira mommies berpantang dimana, tapi kelas ni memang akan mengajar mommies & daddies tentang emosi ketika berpantang. Pernah dengar meroyan? Meroyan ketika berpantang itu perkara yang memang kita sering dengar. Tak kira kita berpantang dengan siapa dan dimana, tetapi kita boleh elakkan meroyan sekiranya kita sudah bersedia apa yang bakal kita hadapi. Pada waktu ini, orang yang paling memainkan peranan bukan ibu bapa kita, tetapi suami kita sendiri. Sebab tu disarankan sangat-sangat mommies & daddies pergi ke kelas antenatal ni bersama (walaupun masa pantang nanti PJJ dengan suami).
Hospital mana je yang ada kelas antenatal?
- Hampir kesemua hospital swasta menawarkan kelas antenatal. FPP hospital / hospital separa kerajaan seperti Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang pun ada sediakan.
Berapa lama kelas antenatal?
- Bergantung pada hospital tersebut. Kebanyakkan kelas antenatal dilakukan dalam masa sehari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Tetapi, terdapat juga beberapa hospital mengadakan kelas antenatal selama 2 hari, bermula dari 1 petang sehingga 5 petang.
Berapa kena bayar?
- Harga kelas antenatal bergantung pada hospital yang mommies & daddies pilih untuk kelas antenatal. Harga yuran bermula daripada RM100-RM180/pasangan termasuk makanan + goodies bag. Setakat ni Faa tak jumpa lagi kelas antenatal yang melebihi RM200 (kecuali Prince Court - RM3++). Faa pergi kelas pada Mei 2018 (waktu ni still ada gst, lepas ni dah tak ada gst mungkin dapat lagi murah). Kebanyakkan hospital menawarkan harga RM150. Nak murah ambil kelas di FPP hospital. Tapi cepat penuh. Kena daftar cepat-cepat.
Bila kelas antenatal ni dibuat?
- Kelas dibuat setiap hari sabtu atau ahad bergantung pada hospital tu kecuali FPP hospital, kelas antenatal tu dibuat hari isnin pada hari bekerja. Pilihla mana mommies & daddies selesa dengan jadual masing-masing.
Kami bersalin di kerajaan, boleh ke pergi kelas antenatal?
- Mesti lah boleh. Tak kisah awak nak bersalin dekat kampung sekalipun, mommies & daddies boleh daftar kelas antenatal yang terdekat dengan rumah mommies & daddies ye. Dalam borang ada ruangan doktor bersalin. Ruangan ni boleh biarkan kosong.
Bila boleh daftar untuk kelas antenatal?
- Cadangan Faa, lebih baik sebulan awal melainkan mommies & daddies pilih untuk kelas antenatal di hospital yang mommies & daddies pilih untuk bersalin. Selalu kalau kelas antenatal di hospital yang akan mommies bersalin, pihak hospital boleh slot-in nama mommies & daddies seminggu sebelum kelas. Pastikan sesiapa yang mendaftar sebulan awal ni, nama memang betul-betul dah ada dalam sistem pendaftaran kelas tersebut. Biasalah kita manusia. Kadang-kadang ada je nama yang tercicir dan akhirnya kelas penuh.
Hospital mana yang terbaik untuk kelas antenatal?
- Sebenarnya semua skop yang akan diketengahkan semuanya adalah sama tidak kira hospital apa. Tapi kalau tanya Faa, lagi-lagi kita sebagai orang Islam pilihlah hospital yang lebih banyak orang Islam. Bukan rasict ye. Tapi untuk memudahkan kita bertanya soalan yang menyentuh soal agama. Contoh bacaan-bacaan doa yang sesuai, selawat ketika pernafasan semasa dalam contraction dan banyak lagi. Sekiranya tidak berpeluang, mommies & daddies boleh tambah pengetahuan dengan banyakan membaca dan mendengar ceramah ilmu agama.
Rasanya soalan di atas ni dapat membantu sedikit sebanyak soalan yang bermain di fikiran mommies & daddies. Kalau ada soalan lain, mommies & daddies tulis dekat komen ye. Faa akan sedaya upaya jawab soalan mommies & daddies, ok.
Sekarang Faa nak share sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang kelas antenatal yang Faa pergi. Patutnya Faa pergi ke DEMC, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, Faa last minit pergi ke Sunway Medical Hospital. Jom tengok gambar-gambar.
p/s: Gambar-gambar yang dikongsikan ada yang diambil dari google, ada yang daripada koleksi sendiri. Faa & hubby tekun sangat dengar sampai tak ingat pun nak ambil gambar.
Rasanya soalan di atas ni dapat membantu sedikit sebanyak soalan yang bermain di fikiran mommies & daddies. Kalau ada soalan lain, mommies & daddies tulis dekat komen ye. Faa akan sedaya upaya jawab soalan mommies & daddies, ok.
Sekarang Faa nak share sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang kelas antenatal yang Faa pergi. Patutnya Faa pergi ke DEMC, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, Faa last minit pergi ke Sunway Medical Hospital. Jom tengok gambar-gambar.
p/s: Gambar-gambar yang dikongsikan ada yang diambil dari google, ada yang daripada koleksi sendiri. Faa & hubby tekun sangat dengar sampai tak ingat pun nak ambil gambar.
Haa..ni la baby yang akan mommies & daddies dapat. Besau kan. Baby ni usia dia dah 8-10 bulan. Baby yang digunakan masa stuff buat demo tu baru la saiz baby newborn. |
Macam ni lah nanti bilik yang mommies akan tidur bergantung pada jenis bilik yang mommies & daddies pilih. Ni pun sumber google. Faa tak pasti bilik ni kategori apa. Bagi hospital swasta, bayi akan diletakkan sebelah mommies sekiranya bayi tidak menghadapi sebarang komplikasi. Faa doa baby mommies & daddies yang baca ni semua baik-baik dan sihat, boleh lah mommies & daddies tatap baby lama-lama. |
No comments:
Post a Comment