Saturday 9 June 2018

Custom Drawer Organization

Masa Faa duduk di rumah sewa, Faa memang pilih rumah yang dah siap ada kabinet dapur. Macam biasalah, kita akan pilih satu laci untuk dijadikan penyimpanan sudu garpu. Kalau main campak je semua sudu garpu dalam laci mesti bersepah lepas tu nak cari sudu garpu dah makin payah. Nak beli custom compartment mahal la pulak dah la rumah sewa je kan. Maka singgah laa kedai RM2 beli banyak-banyak bekas kecik untuk dijadikan compartment dalam laci tu. Nampak laa kemas sikit tapi hati masih tak puas sebab compartment tu tak ikut size laci betul-betul. Masih ada kosong sana-sini (macam gambar kat bawah ni). Lepastu rasa macam 'mahalnya barang aku beli tadi'. Siapa penah rasa? 

Lebih kurang macam ni la rupanya. Beli bekas kecil-kecil untuk jadi compartment, tapi masih nampk bersepah tak tersusun.

Akhirnya sebab rasa sakit mata dan sakit hati tengok laci macam ni, Faa pun buat keputusan untuk buat sendiri drawer organization ikut size laci dan ikut barang apa kt nak letak tapi HARUSLAH BAJET KEDEKUT. 


Jom, Faa tunjuk barang-barang dan cara-cara yang Faa guna.

Bahan-bahan yang Faa guna untuk buat projek ni.  

Bahan-bahan yang Faa guna untuk buat projek ini.
- Pembaris besi yang paling panjang dapat membantu anda ukur dan potong cardboard plastik tu dengan lebih senang dan lurus.
- Cardboard plastik digunakan kerana tekstuk cardboard ni agak keras, padat dan yang paling penting sebab plastik mudah untuk dibasuh dan dibersihkan.
- Pita ukur ikea / pita ukur pakaian digunakan untuk memudahkan mengukur laci kerana ciri-ciri pita ukur ni mudah lentur berbanding pita ukur hardware yang besi tu.
- Selotape digunakan untuk memegang sementara cardboard yang telah dilekatkan untuk menjadi dinding compartment.
- Gam kuat multipurpose yang sesuai untuk melekatkan plastik. Kalau salah pilih gam, plastik boleh menjadi cair.



1- Gunakan pita ukur Ikea / pita ukur pakaian untuk mengukur size lebar dan panjang laci dapur. Kemudian tandakan dengan cara melipat atau menggariskan pita tersebut menggunakan kuku.

2- Letakkan pita ukur yang telah ditanda ke atas pembaris besi untuk mendapatkan ukuran yang sebenar. (sebab Faa guna pita ukur ikea tu dari betul-betul hujung pita ukur, bukan dari ukuran no 1).

3- Potong cardboard plastik mengikut ukuran. 

4- Mula-mula, kita akan buatkan tapak compartment tu. Kemudian kita akan buat dinding compartment sebelum kita meneruskan untuk buat compartment yang kecil. Ayat yang senang faham, kita buatkan kotak besar sebelum kita buat kotak yang kecil-kecil.

5- Sekiranya, semasa melekatkan cardboard plastik tu nampak macam senget atau nak jatuh, lekatkan dengan selotape di setiap penjuru bagi mengukuhkan dinding compartment. Tunggu sehingga gam kering. Untuk kemasan yang lebih kemas, tanggalkan semula selotape tadi. 



3- 'Kotak besar' dah siap. Sekarang untuk buat compartment yang kecil-kecil pula. Cara untuk mengukur, ambil sudu garpu dan segala barang yang hendak disusunkan ke dalam laci tersebut. Bentangkan dan susunkan mengikut kategori di dalam 'kotak besar' tu. 

4- Selepas anda dapatkan layout yang anda suka, sekali lagi lekatkan cardboard plastik yang telah dipotong mengikut size anda dan ukur jarak dinding dengan meletakkan sudu garpu di kawasan yang telah dirancang. Cara ini dapat memastikan size untuk meletakkan sudu garpu mengikut saiz sebenar sudu garpu tersebut dan lebih mudah berbanding kalau asyik nak gunakan pita pengukur.



Faa lupa nak beritahu. Cardboard plastik ni ada 2 bahagian. Apabila dipotong, ada sebelah sisi yang berupa gambar A, dan sebelah sisi lagi berupa gambar B. Bahagian sisi cardboard plastik ni penting tau untuk buatkan dinding compartment yang kukuh. Nak tahu tahap kukuh ke tak? Cuba anda buat aksi seperti nak patah-patahkan cardboard tersebut. 

Untuk projek ini, Faa gunakan 2 lapisan cardboard plastik untuk bahagian dinding dan 1 lapisan untuk tapak laci. 

Sisi bahagian yang paling kukuh adalah gambar A. Sisi bahagian ni akan kelihatan di atas. Tetapi, andai kata anda tak cukup cardboard plastik dan yang tinggal adalah sisi A dan sisi B, tak apa. Boleh gunakan tetapi hendaklah digabungkan menjadi sisi seperti gambar C. 


Setelah selesai, masukkan custom drawer organization kita tu ke dalam laci. Susunkan barang-barang yang hendak diletakkan ke dalam laci. Siap!. 

p/s: Untuk lebih senang, tanggalkan laci daripada kabinet dan masukkan custom drawer organization kita. Disebabkan kita buat betul-betul mengikut saiz laci, jadi untuk memasukkan custom drawer organization kita tu akan terasa sedikit ketat.



Tips: Mungkin anda tak tahu nak cari gam kuat multipurpose yang boleh lekatkan hampir segala benda. Jangan risau. Faa beli gam ni dekat Daiso je. Semua Daiso pasti ada tak pernah habis. Pilih warna biru merah ni. Setiap warna botol gam ada fungsi gam tu tersendiri. Macam gam yang Faa guna, boleh lekatkan kayu, fabrik, plastik dan lain-lain. Kedai hardware pun ada jual tapi mungkin anda tak biasa nak pilih gam yang sesuai. Beli je cap Daiso ni. Dah terbukti. Lekatkan tapak kasut nak tercabut pun boleh ok. 



No comments:

Post a Comment