Setiap future parents pasti teruja untuk membeli kelengkapan barang-barang untuk anak anda. Salah satu tempat yang dinanti oleh kebanyakan future parents dan juga parents adalah TCE Baby Expo. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui mengenai TCE Baby Expo, TCE Baby Expo merupakan baby ekspo yang terbesar di Malaysia dan pelbagai jenama barangan baby turut menyertai baby ekspo ini antaranya termasuklah Tommee Tippee, Avent, dan lain-lain. TCE Baby Expo akan diadakan di Convention Center Mid Valley Megamall setiap 3 kali setahun ( March/April, Mei/Jun/Julai, September/Oktober ) selama 2 hari (Sabtu & Ahad). Pelbagai aktiviti juga turut diadakan antaranya Happy Hour (2pm-3pm & 9pm-10pm), cabutan bertuah secara online dan tebusan baucar.
Berbaloi ke pergi TCE Baby Expo ni?
- Berbaloi sangat-sangat jika tahu cara yang betul.
Tak suka kawasan padat dan kena berebut dengan orang ramai.
- Jika anda merupakan antara parents yang sebegini, jangan risau. Lepas anda mengikut tips ni, Faa yakin anda akan terasa addicted dan tertunggu-tunggu untuk event yang seterusnya.
Kenapa Faa galakkan pergi TCE Baby Expo?
- Terdapat barang-barang yang ditawarkan dengan harga promosi lebih daripada 50%. Tawaran seperti ini tidak akan kita dapat walaupun membeli barangan yang sama di negara luar. (Selalunya paling murah boleh dapat hanya 20-30% daripada harga yang ditawarkan di Malaysia).
- All-in-one baby shop center. Cakap je anda teringin apa, semuanya ada di sana.
- Kebanyakkan booth juga menawarkan pelbagai jenis Free Gift (bergantung pada availability stok)
- Kebanyakkan booth juga menawarkan pelbagai jenis Free Gift (bergantung pada availability stok)
Tips ke TCE Baby Expo
- Datang awal. Faa sarankan pukul 8 pagi dah ada di sana, lagi awal lagi baik. Ini kerana, tepat pada pukul 9 pagi pintu akan dibuka dan pihak Rela akan melakukan sekatan untuk setiap 100-200 orang per entry. Manakala bermula pada pukul 10 pagi pula, pihak Rela akan membiarkan semua masuk ke dalam baby ekspo mengikut barisan beratur. (Pengalaman Faa, pukul 8.30 pagi, barisan sudah mulai panjang hampir mencapai McDonalds. Anda sangat beruntung bila anda antara barisan di hadapan kerana tidak perlu bersesak dengan orang ramai sebab pihak Rela masih meletakkan sekatan per entry).
- Senaraikan barang yang hendak dibeli berserta dengan jenama untuk memudakan pencarian. Anda boleh melihat senarai barang yang ditawarkan di Instagram TCE Baby Expo.
- Dapatkan buku senarai booth daripada staf TCE Baby Expo dan rancanglah perjalanan anda mengikut senarai yang hendak anda beli.
- Pastikan anda pergi terlebih dahulu ke booth yang menjadi tumpuan utama (bertanda bintang) dan yang booth yang berkongsi pelbagai jenama antaranya booth Tommee Tippee.
- Jika anda seorang ibu mengandung dan mempunyai senarai barang yang panjang, pastikan anda membawa seseorang yang boleh membawa barang-barang tersebut. Tips tambahan: Bawa luggage besar untuk mengisi kesemua barang-barang yang dibeli.
- Sebaiknya anda membawa beg galas yang berisi air dan snek untuk mengelakkan hidrasi dan memberi tenaga.
- Pastikan anda sudah bersarapan untuk memberi tenaga.
- Lakukan perbandingan harga terlebih dahulu di kedai-kedai lain sebelum memilih untuk membeli di baby ekspo.
- Tinggalkanlah anak-anak kecil dirumah. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan bersama anak-anak kecil, tetapi biarlah anak kita berehat secukupnya dan tidak bersesak dengan pelbagai jenis orang. Ini dapat mengelakkan anak kita cranky (silap-silap mak pun boleh cranky sama) dan elakkan anak kita terdedah dengan virus. Lainlah kalau anda telah dipilih menjadi #momfluencer, terpaksalah kita bawa anak kita sebab kita memang datang bertujuan bersama dengan anak.
- Anda sejenis cepat panas? Bawa sekali power bank dan kipas USB. Nikmat tak terkata. Yelah, orang mengandung ni panas dia lain macam sikit kan.
Barang yang berbaloi-baloi untuk dibeli
- Set Tommee Tippee / Avent (jimat sehingga 61%)
- Mix brands carsit (jimat sehingga 76%)
- Mix brands stroller (jimat sehingga 72%)
- Mix brands baby carrier (jimat sehingga 69%)
- Safety playmat tebal (jimat sehingga 73%)
- Baby Carrier Ergo Baby (jimat sehingga 38%)
- Medela Breast Pump (jimat sehingga 41%)
- Avent Food processor (jimat sehingga 40%)
- Mustela pre and post body care (jimat sehingga 51%)
- Set berpantang Nona Roguy (jimat sehingga 26%)
- Set berpantang Tanamera (jimat sehingga 23%)
- Storage milk bag (jimat sehingga 33%)
- Mix brands maternity bra & panties (jimat sehingga 23%)
- Offspring pampers (jimat sehingga 42%)
Barang yang harga hampir sama dengan kedai
- Pampers
- Susu formula
- Wet wipes
- Baby foods
- Grooming tools
- Stroller / Carseat / Carrier (bergantung pada brands)
Antara barang-barang yang Faa beli di TCE Baby Expo. Ada beberapa barang yang dah selamat digunakan dah pun. Haha |
Sesak dan padat dengan orang. Inilah keadaan yang akan anda tempuh kalau anda terlewat. Gambar ni diambil lebih kurang pada pukul 11 pagi, Sabtu. |
Instagram TCE Baby Expo. Gambar beserta dengan harga promosi dan barang-barang yang ditawarkan. |
No comments:
Post a Comment