Tuesday 24 November 2015

Tips: Tingkatkan Tahap Fokus Anda!

Siapa dekat sini jenis tak boleh nak duduk diam? Kalau duduk rumah tengok tv semata cepat rasa bosan. Ataupun jenis tak boleh nk buat 1 benda sama dalam masa yg lama? Faa.. lagi lagi?? Siapa geng angkat tangan.


Antara weekend punya aktiviti: Hiking


Meh Faa share sikit. Faa ni kalau memang duduk diam tak ada aktiviti apa-apa, Faa senang jadi restless. Bila restless ni, mulalah rasa nak mengamukla, rasa sedihla, rasa bosan
Orang-orang macam Faa ni memang tak boleh nak duduk diam. Mesti ada je benda yang dicari pasal utk die buat sesuatu. haha..Orang jenis ni bijak tau >__*. Tapiii..ada 1 masalah! Org cmni susah sikit nk fokus. Sebab kefokusan die sekejap je. Lama sikit die dah jemu. Nak2 pulak kalau tengah buat programming. Stuck? Hmm...Dah cuba setiap pintu pun stuck? Ok..Tido arr.. pfftt =P. So, cmne nk handle? 


Antara weekend punya aktiviti: Indoor Shooting



Ada 3 Key point je:

1- Stuck? Move On!

Biasalah. Mana ada benda dekat dunia ni yg senang je nk solve kan something. Perlukan otak utk berfikir. Barulah tu kehidupan. I am a programmer. Animator, Apps and Gamer Programmer. Nampak gempak kannnnn? Yup. Gempak jugak la cabaran yg perlu ditempuh. Kdg2 tu rs putus asa rs nk tido je lama2. Tp kan ada due date. Xboleh2. What do i do? STOP & MOVE ON!. Dah stuck? Cuba2 pun still xdpt. STOP NOW!. Bernafas kejap for 2 minutes. Then buat parts yang lain plak. Jgn buat dah benda yg stuck tu td. And don't ever think about it. Macam bab bercintun laa. Member tu dah xnk kau. Xpayah la kau nangis meratapi nasib. Keluar air mata pun xguna sbb last2 kau yg buta. Kau jugak yg susahkan. So, kalau dah xdpt tu, berhenti. Kt try pancing org lain pulak. Haa..selalunya, nanti yg lama akan kemari. Sama la jugak dlm kerja yg stuck tu. Nanti kau dah move on dgn kerja lain, ttbe je dpt idea mcm mana nk solvekan task before this. =D


Antara weekend punya aktivit: Makeup as per requested theme



2- Buat Susah Dulu

Buat susah dulu. Sebab yg susah tu kt xtau akn ambik masa berapa lama. Dan potensi kalau benda susah ni kalau xdpt nk buat, moody seharian. Jd, sementara tengah semangat dpt task baru dengan idea yg mencurah2 tu, buat yg susah dlu. Lps tu baru yg senang. Haa, kan terasa everything goes as planned =D


Antara weekend punya aktiviti: Emcee



3- Relax

Chilla beb. Dah stuck. Kepala pun dah tinggal 1 layer je sblm pecah. Better rehat kejap. P ambik air secawan. Or paling bagus, letak je 1 botol air kosong dkt atas meja. Rehat & minum air kosong. Air kosong byk kelebihan dia. Jd kenapa xreti2 lagi nak minum haa?? 


Antara weekend punya aktiviti: Berniaga

1 comment:

  1. Casino Secret | Play at The Best Free Slots & Casino Bonus Offers
    Play カジノ シークレット our top online casino games such as Poker, Blackjack, Roulette and many more. Get free bonuses, spins and no deposit bonuses at 메리트카지노 Top Casino クイーンカジノ

    ReplyDelete