Showing posts with label Resepi Sedap. Show all posts
Showing posts with label Resepi Sedap. Show all posts

Wednesday, 13 December 2017

Ikan Cencaru Masak Pulau

Sejak akhir-akhir ni, Faa dan husband asyik nak makan benda simple-simple je. Rasa muak pula nak makan ala-ala makanan kedai. Terasa nak makan something simple macam nasi panas-panas + telur mata + SambalKetukNasChoices. Dulu pelahap dengan kicap. Tapi sekarang dah jumpa yang lagi padu dan pelengkap makanan. Sedap oii!. Anyway, topik kali ni masakan tentang ikan. Resepi kali ni dikongsi oleh Nurul Ain di laman Facebook beliau. Gambar-gambar di dalam entry ni pun dikongsikan oleh beliau cuma Faa ada edit-edit sikit nak bagi nampak lagi terang. Korang mesti suka sebab Faa pun suka!

Bahan-Bahan pencicah
1- Bawang merah / Bawang besar
2- Cili
3- Kicap

Bahan-Bahan
1- Ikan cencaru (hanya boleh guna ikan ni je sebab kulit dia tebal)
2- Air 250ml
3- Garam, serbuk secukup rasa, ajinamoto
(Faa guna garam, pati ikan bilis je)



Cara-cara pencicah
1- Hiris halus bahan-bahan tadi.
2- Campurkan kicap. Siap.

Cara-cara masakan
1- Siang ikan dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan.


2- Sapukan sedikit garam pada ikan. Kemudian gorengkan. (nak goreng garing pun boleh)


3- Selepas selesai menggoreng, ambil sedikit minyak (dalam 6-7 sudu) dan tambah air. Sebatikan rasa dengan garam, serbuk secukup rasa dan ajinamoto. (Faa cuma guna garam dan pati ikan bilis sahaja)


4- Apabila air sudah mendidih, masukkan ikan yang digoreng tadi. Kecikkan api dan biarkan selama 3-4 minit. Hidangkan bersama pencicah. Siap!. 




Saturday, 23 September 2017

Udang Tumis Serai Bercili dan Tips Memilih Cili Kering


Resepi ni senang nak buat. Prep pun senang. Kelainan masakan ni sebab ada aroma wangi serai tu. Ada yang suka tumis kering, ada yang suka basah sikit. Untuk masakan ni, Faa suka kering. Jom masak. 5 steps je!


Bahan-bahan blend
- 6-10 tangkai cili api (kalau suka berapi)
- 2-3 batang serai. Dihiris halus.
- 6 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 2 inci halia


Bahan-bahan tumbuk
- 10 tangkai cili kering (untuk dapatkan texture kasar)


Bahan-bahan lain
- 1 tangkai daun kari
- daun ketumbar potong halus
- 14 ekor udang besar


Cara-cara masak
1- Masukkan bahan yang di blend. Masak sehingga naik bau.
2- Masukkan cili kering yang ditumbuk beserta udang. Gaul gaulkan.
3- Balance kan rasa dengan garam gula sesedap rasa.
4- Udang dah masak, masukkan daun kari.
5- Tutup api. Hiaskan dengan daun ketumbar.


Tips
1- Ramai yang ambil serai lebih kurang panjang 1 jari telunjuk. Tapi, disebabkan kita nak blend serai, Faa akan ambil serai panjang lebih kurang sejengkal. Jimat sikit. Yang penting, aroma serai tu tetap ada. 
2- Masak udang tak boleh terlalu lama. Nanti hilang juicy udang tu. Tutupkan dengan penutup periuk yang direnjis air untuk beberapa minit untuk pastikan udang dimasak rata dan tidak terlalu lama.


EXTRA TIPS
Source: Google

Kebiasaan kedai akan ada 2 jenis cili kering (macam dalam gambar). Kadang-kadang memang letak 2 jenis stok cili kering bersebelahan. Kadang-kadang, berdasarkan stok daripada supplier.

Tak tahu nak pilih jenis cili kering? Nak tahu apa yang berbeza?

Cili kering yang tak berapa pedas:
- Cili kering yang berbentuk berkedut dan panjang. Cili ni budak-budak pun boleh makan. Siapa yang kaki makan pedas, kalau ambik segengam pun masih tak rasa pedas. (gambar di sebelah kanan)

Cili kering yang pedas:
- cili kering yang jenis licin, tak berapa berkedut dan pendek sedikit. Ni, kalau ambik sejumput je pun dah boleh mengalirkan air mata. Tapi, bagi yang peminat pedas ni, macam nilaa baru syookk. (gambar di sebelah kiri)


Anyway if korang tersalah beli cili kering (bagi yang tak tahan pedas), it's ok. Pastikan letak cili kering tu sikiiitt je. Dan kalau masih pedas juga, letakkan gula lebih sikit untuk tone-down kan pedas tu. Bagi yang tersalah beli cili kering tak pedas pulak (untuk yang gila pedas), campakkan cili api. Huish! Meletop-letop bagaikan mercun api Happy New Year di lidah. Nyuuumm!


Korang dah dapat tips tu kan? Boleh laa shopping dengan hati tenang. Lepas ni tak ada la salah cili lagi. Bye.

Homemade Ayam Kenny Rogers Guna Apa Yang Ada

   
Kenny Rogers sedap tapi kalau hari-hari makan, boleh pengsan. So, Faa buat sendiri. Lagi best dan murah! Kebanyakkan resepi akan pakai sos tiram. Tapi sebab Faa alergik, plus kita nak guna bahan yang semua orang insyaallah ada di rumah. Jadi, kita buat sos kita sendiri tanpa menggunakan sos tiram dalam Homemade Ayam Kenny Rogers ni. Nyuum!!


 Bahan-bahan kisar
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 kiub pati ayam


Bahan-bahan tumbuk
- Lada hitam. Tumbuk kasar


Bahan-bahan lain
- kicap
- sos cili
- sos tomato
- madu
- 2 sudu minyak
- ayam seekor
- butter / mentega


Cara-cara
1- Campurkan kesemua bahan yang ada (kecuali butter/mentega)
2- Lumurkan dekat ayam. Kuantiti kicap, sos cili, sos tomato ikut sedap tekak
3- Perap ayam minimum 4 jam. Nak lagi best, buat 1 malam
4- Preheat oven dalam 10 min. 
5- Masukkan ayam. Suhu 200'c selama 30-40 min.
6- Sapu butter/mentega. (Sapu lembut-lembut sebab kita nak preserve lada hitam yang bertempek dekat badan ayam tu). Bakar balik selama 8-10 min.
7- Siap!. Hidangkan.


Tips
1- Tidak perlu balut ayam di dalam alumnium foil, hanya letak di dalam bekas pemanas je. Ayam di dalam balutan aluminium akan buatkan keadaan ayam seperti masak stim. 
2- Sekiranya semasa menyapu butter/mentega terkuat atau terkasar dan menyebabkan ayam tersebut nampak togel, tuangkan sedikit lebihan aduan campuran semua bahan. 
3- Ketika hendak mengangkat ayam ke dalam pinggan hidangan, pastikan mengangkat ayam tersebut menggunakan 2 garfu. Baru lah ayam tadi cantik je macam dalam TV! 


Senang dan sekejap. Kadang-kadang kalau tak larat nak masak, husband lah orang paling excited buat resepi ni siap hidangkan untuk tetamu. Tak sempat nak peram pun dah sedap. Bayangkan laaa kalau korang dah peram siap-siap buat stok. Tinggal masak je. Kalau malas bakar, goreng. SUPERB!

Thursday, 24 August 2017

Resepi: Buttered Chili Spaghetti with Rosemary

.


Lapar. Tapi rasa malas nak masak. Tapi nak makan sedap-sedap. Nak makan something yang ringan. Nasi pulak rasa berat sangat. Korang pernah rasa macam ni tak? 

Nah. Faa share resepi untuk orang yang mood tengah tak rajin tapi nak makan something very light and Superb! Let's cooking bebeh.

Bahan-bahan: 
1- Spaghetti
2- Ayam dada potong dadu
3- Bawang merah
4- Bawang putih
5- Cili api
6- Sayur campur (Faa pilih celeri dan carrot)
7- Cili besar potong serong (macam dalam gambar)
8- Herba rosemary (Faa pakai yang kering tu je)
9- Garam gula
10- Kiub ayam
11- Butter atau minyak


Prep masak: 
1- Bawang merah + bawang putih + cili api tumbuk atau cincang halus. Faa malas nak menumbuk, so i go with cincang halus-halus.
2- Rebus spaghetti. Make sure jangan rebus lama sangat. Kita nak ala-dante gituu. (ala-dante tu spaghetti yang dekat luar macam dah masak tapi dalam macam tak berapa nak masak) Kenapa? sebab spaghetti bila kena haba (masa tumis), dia akan jadi makin lembut. Ala-dante ni akan elakkan daripada spagetthi tu telembik sangat. Banyak tips rebus letak garam dan minyak kan. Ikut la korang nak letak atau tak nak. Kadang-kadang Faa letak. Kadang-kadang tak letak. 


Cara-cara masak:
1- Hidupkan api. Masukkan 2 sudu besar butter. (boleh juga guna minyak kalau tak ada)
2- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sampai naik bau.
3- Masukkan ayam yang dah di potong. Gaulkan sehingga ayam masak. Faa masukkan sekali carrot sebab nak bagi lembut.
4- Masukkan kiub ayam separuh - 1 kiub. (Ikut kuantiti spaghetti)
5- Masukkan spaghetti. Gaul bagi rata.
6- Campurkan sayur, cili besar dan rosemary. (Disebabkan Faa gila rosemary ni dan rosemary kering ni tak berapa nak rasa daripada fresh rosemary, Faa letak segengam).
7- Perasakan garam dan gula. Siap!



Tips:
1- Pastikan rebus spaghetti tu ala-dante je. Kalau lepas tumis pun macam keras, boleh adjust letak air sikit.
2- Bawang putih tu penyedap dan penambah rasa untuk masak spaghetti. Cincang atau tumbuk bawang putih tu banyak-banyak sikit.
3- Guna kiub ayam bukan kiub ikan bilis tau. Kiub ayam ni rasa dia manis-manis lemak. Kiub ikan rasa dia masin-masin.
4- Garam dan gula Faa suka letak yang paling terakhir. Sebab kalau letak garam awal-awal, nanti rasa garam tu macam dah hilang. So, tendency untuk letak kuantiti garam tu akan lebih banyak berbanding letak garam gula di pengakhiran masakan.





Thursday, 1 January 2015

Butter Milk Chicken Yang Ranggup & Segar!! Nyuuummm...




Bahan-Bahan 
250g ayam
1 sudu kecil garam  
1 sudu kecil tepung gandum (untuk kepekatan kuah)
1 sudu besar tepung ayam Bestari


Bahan menumis 
2 sudu besar mentega 
5 biji cili padi
1-2 tangkai daun kari segar 
2 keping daun limau purut (bagi rasa segar)
1/4 cawan heavy cream (susu cair abisss) 
1/4 cawan air suam 
1/4 pati ayam/ikan bilis
garam secukup rasa



Cara membuatnya 
1. Perap ayam minima 1 jam 
2. Panaskan kuali, cairkan mentega 
3. Tumis cili merah, cili padi dan daun kari hingga naik bau 
4. Tuangkan cream + air / susu cair dan diikuti bahan-bahan lain 
5. Masak hingga kuah agak memekat dan sesuaikan rasa  Boleh campurkan sedikit tepung gandum untuk memekatkan lagi kuah.
6. Hidang dengan nasi panas dan sayur yang dicelur seperti sawi cina/buncis/asparagus dll