Thursday 24 August 2017

Resepi: Buttered Chili Spaghetti with Rosemary

.


Lapar. Tapi rasa malas nak masak. Tapi nak makan sedap-sedap. Nak makan something yang ringan. Nasi pulak rasa berat sangat. Korang pernah rasa macam ni tak? 

Nah. Faa share resepi untuk orang yang mood tengah tak rajin tapi nak makan something very light and Superb! Let's cooking bebeh.

Bahan-bahan: 
1- Spaghetti
2- Ayam dada potong dadu
3- Bawang merah
4- Bawang putih
5- Cili api
6- Sayur campur (Faa pilih celeri dan carrot)
7- Cili besar potong serong (macam dalam gambar)
8- Herba rosemary (Faa pakai yang kering tu je)
9- Garam gula
10- Kiub ayam
11- Butter atau minyak


Prep masak: 
1- Bawang merah + bawang putih + cili api tumbuk atau cincang halus. Faa malas nak menumbuk, so i go with cincang halus-halus.
2- Rebus spaghetti. Make sure jangan rebus lama sangat. Kita nak ala-dante gituu. (ala-dante tu spaghetti yang dekat luar macam dah masak tapi dalam macam tak berapa nak masak) Kenapa? sebab spaghetti bila kena haba (masa tumis), dia akan jadi makin lembut. Ala-dante ni akan elakkan daripada spagetthi tu telembik sangat. Banyak tips rebus letak garam dan minyak kan. Ikut la korang nak letak atau tak nak. Kadang-kadang Faa letak. Kadang-kadang tak letak. 


Cara-cara masak:
1- Hidupkan api. Masukkan 2 sudu besar butter. (boleh juga guna minyak kalau tak ada)
2- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili api sampai naik bau.
3- Masukkan ayam yang dah di potong. Gaulkan sehingga ayam masak. Faa masukkan sekali carrot sebab nak bagi lembut.
4- Masukkan kiub ayam separuh - 1 kiub. (Ikut kuantiti spaghetti)
5- Masukkan spaghetti. Gaul bagi rata.
6- Campurkan sayur, cili besar dan rosemary. (Disebabkan Faa gila rosemary ni dan rosemary kering ni tak berapa nak rasa daripada fresh rosemary, Faa letak segengam).
7- Perasakan garam dan gula. Siap!



Tips:
1- Pastikan rebus spaghetti tu ala-dante je. Kalau lepas tumis pun macam keras, boleh adjust letak air sikit.
2- Bawang putih tu penyedap dan penambah rasa untuk masak spaghetti. Cincang atau tumbuk bawang putih tu banyak-banyak sikit.
3- Guna kiub ayam bukan kiub ikan bilis tau. Kiub ayam ni rasa dia manis-manis lemak. Kiub ikan rasa dia masin-masin.
4- Garam dan gula Faa suka letak yang paling terakhir. Sebab kalau letak garam awal-awal, nanti rasa garam tu macam dah hilang. So, tendency untuk letak kuantiti garam tu akan lebih banyak berbanding letak garam gula di pengakhiran masakan.





No comments:

Post a Comment