Wednesday 4 March 2015

17 Persediaan Sebelum Pecat Boss. Yes Boss! [Pengalaman Sebenar]

Pengalaman yang diceritakan oleh Firdaus Yasin tentang persediaan sebenar sebelum kita benar-benar membebaskan diri kita dan memfokuskan ke dunia perniagaan telah menjadi viral di Facebook. Saya tertarik dan saya mahu jadikan panduan ini dapat diakses bersama-sama dengan saya kepada mereka yang tidak mempunyai Facebook. Jom, kita sama-sama fahamkan :)
.
.
.
.
.
.
.
Tengahari ini mendapat jemputan makan tengahari bersama bekas teman sekerja.

Beliau meminta pandangan saya tentang rancangannya mahu berhenti kerja dan fokus untuk berbisnes dalam masa 2 tahun akan datang.

Beliau telah menanam budi pada saya dengan belanja saya makan nasi ayam kampung.

Saya kongsikan 17 persediaan penting sebelum beliau nekad untuk berhenti kerja.







1. Sediakan simpanan 36 bulan perbelanjaan bulanan.
(Perbelanjaan asas seperti ansuran rumah,kereta,makan dan lain-lain)

2. Kurangkan komitmen hutang pada bank
(sebaik-baiknya terus langsaikan hutang piutang yang ada)

3. Sebaik-baiknya telah ada kelengkapan asas.
(rumah/kereta)

4. Buat bisnes yang aliran tunai pantas.(Trading)
Elakkan model bisnes consigment untuk permulaan.

5. Buat bisnes secara sambilan dahulu selama 6bulan
jika pendapatan bersih dari bisnes 3kali ganda melebihi gaji pokok, boleh buat keputusan.

6. Jauhi model bisnes yang memerlukan kita untuk membuat pinjaman dahulu.
(pinjaman untuk kembangkan bisnes atau bisnes sudah stabil boleh dipertimbangkan)

7. Kenalpasti tujuan utama mahu membuat bisnes.
Mahu banyak duit atau mahu kaya-raya?
Banyak duit= Kaya sendiri
Kaya-raya = Legasi perniagaan 

8. Persediaan mental dan emosi sangat penting.
Sebab tu perlu ada simpanan 36bulan perbelanjaan bulanan supaya apabila bisnes jatuh,
punyai ketenangan jiwa untuk berfikir.

9. Jika ada simpanan RM3,000 hanya guna RM1,000 sahaja untuk memulakan bisnes.
(Guna 1/3 simpanan sahaja supaya kita masih boleh bernafas sekiranya bisnes jatuh)

10. Pastikan kita telah dikelilingi dengan sahabat dan mentor bisnes bagi mengekalkan momentum.

11. Berkuli dengan mereka yang telah berjaya dan dapatkan pengalaman dengan mereka sebelum mula buat sendiri.

12. Dapatkan restu dari ibu bapa atau suami/isteri.
(keberkatan)

13. Bersedia untuk ikat perut sekiranya pada fasa pertama bisnes masih belum untung.
(Jika 6bulan tidak untung,tutup dan fokus bisnes lain atau tukar lokasi)

14. Pastikan telah bersedia sepenuhnya.
(kerana dunia makan gaji dan dunia bisnes adalah dua dunia yang berbeza)

15. Persiapkan diri dengan sebaiknya untuk menghadapi risiko.

16. Sediakan rancangan kecemasan sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi.
(Ready for the worst)

17. Banyakkan menambah ilmu dari masa ke semasa
(kerana ilmu boleh mengurangkan risiko yang bakal di hadapi)

Gudlak Bro!


P/s : Nota di atas adalah cadangan dari pengalaman sebenar,saya tidak bertanggungjawab terhadap pemahaman pembaca nota ini.Terima kasih.

No comments:

Post a Comment