Wednesday 25 February 2015

#Tips: Jom ajar anak2 seronok meng-organize!

Pernah jumpa anak-anak yang TIDAK berimaginasi?
Pernah jumpa anak-anak yang TIDAK akan bermain?
Pernah jumpa anak-anak yang TIDAK akan memegang sesuatu untuk dilukiskan? contoh: Lipstick, Pensel.




Tidak pernah sama sekali kan. Ini kerana, berimaginasi, bermain, melukis adalah pembelajaran bagi mereka. Sesudah bermain, adakah mereka mengemas? Bagi mereka YA. Dan bagi kita, TIDAK. Bagi mereka LAWA DAH TU... Bagi kita, MASYAALLAH...


Ok. Apa kata kita ajar mereka mengemas mengikut cara kita & cara mereka? Adil kan?







Rumah Untuk Semua


1- Sediakan rumah untuk setiap permainan anak-anak. Namakan setiap rumah dengan menggunakan label. Label yang terbaik ialah menggunakan label yang boleh dikitar semula seperti blackboard wallpaper atau whiteboard wallpaper. Label seperti ini boleh didapati (disini).




2- Part ni yang seronok untuk anak-anak kita. Involve kan anak-anak untuk melukis logo label. Haa..bab yang melukis ni, kalau dia je yang faham pun tidak mengapa. Yang penting, mereka seronok dan puas hati dengan hasil tangan mereka dan ini dapat mengajar anak-anak untuk lebih organize. Yeayy..






Jom kita didik dan gunakan kreativiti anak-anak kita. Apa yang penting adalah pengajaran disebalik itu. Anak Gembira, Ibubapa Senang Hati :)



#FatimahZulkifly

No comments:

Post a Comment