Friday 21 April 2017

Anti-Drip Flexi Food Cover Review

Pernah tak korang ada makanan tak habis, tapi bila nak simpan dalam peti ais tak ada penutup pulak. Lepas tu bila tak tutup, makanan tu jadi kecut, keras, rasa pulak dah hilang. Nak pulak durian..habis semerbak bau duyan. Tupperware pulak ntah hilang ke mana. Last-last, makanan tu buang je macam tu. Membazir. 



Faa dah jumpa dah penyelesaian korang tu. Anti-Drip Flexi Food Cover. Memang kalau tutup, insyaallah tak tumpah. Lepas tu flexible. Korang tarik je ikut besar pinggan mangkuk tu. Best kan? Nak lagi best..siap boleh masuk microwave hokaii! Tak payah pulun cari bekas tupperware microwave safe bila nak panaskan. Hambik je Anti-Drip Flexi Food Cover ni. Senang gila kerja. Kat Bawah ni video Faa rakam sendiri kat ofis. (bagitau awal-awal kang korang terkejut pulak tengok ada bekas rokok tu. haha). Faa tuang air teh sebab nak bagi nampak. Tonggeng la macam mana pun tak tumpah.



Anti-Drip Flexi Food Cover ni setakat ni cuma 1 size je. Boleh tarik up to 18cm panjang. Besar gak tu. Lepas tu boleh buat jadi pembuka penutup botol. Sebab dia lagi grip daripada guna tuala. So bagi perempuan yang ada tangan lembut sensitip ni, (kalau buat monyet tegantung dekat palang tu kompem melecet tangan macam Faa ni), senang laa lepas ni. Tak payah dah nak tunggu orang laki balik keje tolong bukak kan. 


Pe lagi korang nak? Microwave safe, Freezer safe, Flexible Food Cover, Bottle Grip Opener, senang kata semua boleh la. Selama Faa guna Anti-Drip ni, serius Faa macam tak boleh dah nak tinggal. Pergi rumah sedara mara pun rasa nak bawak jee Anti-Drip ni. Senang ya amat!!! Jom tengok gambar kat bawah ni kejap.




If korang nak order, 3 pcs of Anti-Drip Flexi Food Cover is RM15. Pos RM6 / RM9. Kalau nak order bundle, boleh whatsapp ke 013 - 207 5887.


Ok la..toodles. See you next time. :)

Thursday 20 April 2017

Tips: 5 Item WAJIB Ada untuk Dapur Lebih Kemas dan Teratur

Dapur will always be the hearts of the house. Dekat situ la bermulanya langkah-langkah nak pikat hati suami, hati mak pak mertua. Mana yang single lagi tu, dapur laaa orang akan judge perwatakan tuan rumah tu macam mana. Masak tak masak tu belakang cerita. Yang penting is KEBERSIHAN, KEKEMASAN. Haa..ngeri tak? Bakal mak mertua datang, sekali tengok dapur lintang pukang. Kena pulak bakal mak mertua cerewet Ya Rabbi.


Nah, Faa share barang yang WAJIB ada dekat dapur tak kisah la rumah sendiri or rumah sewa. And yang paling penting it suits to almost all types of kitchen size. (Maybe for certain cases, korang kena modified kan sikit ikut kesusaian lifestyle korang to be more functional, ok). Dan yang paling best, lepas ni kerja dekat dapur tu boleh la korang nk pecut macam enjin Ferrari, gitchu.. huhu.



1- Pelapik Periuk


Kebanyakkan dalam rumah mesti ada 1 kan? Tapi guna bila nak platting makanan atas meja je. So, masa tak guna, ada yang dalam bekas, ada yang gantung, korang? 

*Tips: Have u ever wonder that u have plenty of spaces on your FRIDGE? 

Haa, mesti perasan or maybe tak perasan sebab ada fridge magnet kan? (i know, i know). 



Pelapik periuk ni, mahal ke murah function dia sama je. Yang ni jenis gabus beli dekat Ikea 3 pcs for RM5.90. Letakkan pelapik ni di tepi peti ais or letak dekat pintu atas bahagian beku (anywhere yang u rasa masa ambik periuk u can just grab the pot stand). Lepas ni tak payah dah nak nonggeng-nonggeng nak ambik pelapik. Cara-cara nak hack this pot stand ada dekat DIY Hack Heat Pot Stand


2- Dish Sponge Holder


Most of us, lepas basuh pinggan, span tu either letak balik dalam bekas sabun, or mesti letak dalam bekas atas sinki, betul tak? Faa pun masa kecik buat macam tu, tapi lepas pindah rumah, kaunter sinki tu agak kecik which requires me to keep simplest way of putting things. Plus, korang perasan tak if bekas span tu atas kaunter, dekat area tu mesti basah and kadang-kadang a bit berminyak and berlendir kan? Sebab span tu kan mencuci segala minyak dan kotoran kuali periuk and mesti lepas habis tu tak properly basuh span tu. Sokai awak, Faa pun tak ada lah rajin mana. Nah solution to this is...jeng jeng jeng..


Ni lah dia. Beli holder ni dan letakkan DALAM sinki. Why dalam? so nanti air span yang menitik akan turun dalam sinki. Bersih laa kaunter korang. Simple kan? Faa suggestkan cari yang jenis jaring macam gambar kat atas ni. Kedakian yang akan melekat kurang, so korang pun senang kerja nak bersihkan. Faa tak suggestkan macam dekat bawah ni, harapkan cantik tapi nanti lama-lama mesti ada benda hitam daki lendir tu. (opss, Faa tak berapa nak rajin menyental selalu, so this is the best option =p). Faa beli holder ni dekat Daiso je. 


Nampak kiut miut kan. But u need to maintain holder jenis ni more often untuk jaga kebersihan. 


3- Tong Sampah


Percaya tak Faa beli macam-macam jenis tong sampah sebelum nak rasa "this is the one!". Haha..mesti korang pelik gila. Biasalah, memula sebab tersalah size, terbesar la terkecik la. Dah dapat the right size, sekali bila lama-lama pakai rasa tak convenient pulak dengan daily rutin. Rumah Faa ni pantang, kejap jeee mesti ada macam lalat kecik macam tu terbang pastu kejap lagi muncul la makhluk putih kecik-kecik tu. Berbulu jee..padahal sampah dah buang, plastik baru yang tak berisi pulak tu. Sebabnya, since rumah Faa rumah bertingkat, so ada 1 tempat tu macam lubang salur longkang tau. Maybe sebab kawasan tu pun lembap so benda tu triggered cepat sangat tuk makluk-makluk itu berumah tangga. Haha. 

The best solution is Faa tutupkan atas longkang tu dengan surat khabar yang dah letak essential oil, letakkan tong sampah atas surat khabar, letakkan hippo yang serap lembap tu dekat sebelah. And this cut half of the problem. Sebelum ni letak sebelah longkang tu. Haa, sekarang tinggal pemilihan tong sampah je. 


Ni antara 3 pilihan tong sampah yang biasa kita jumpa. Jadi, tong mana yang lebih bagus untuk dapur? Ciri yang pertama mestilah BERTUTUP. Sebab kita nak kurangkan tarikan lalat dan seangkatan dengan nya untuk terpikat mendirikan rumah tangga mereka. Sisa makanan, lemak-lemak dan bahagian bahan mentah yang dibuang masa siang tu semua antara penarik utama. Walaupun kita dah bungkus ikat penuh, kadang-kadang bau tu melekat. So kat sini ada 2 jenis tong sampah yang bertutup. Jom kita kecikkan lagi skop. Ciri kedua, pintu tong sampah tu mestilah MUDAH untuk kita ACCESS nak buang sampah. Bayangkan tangan kita penuh dengan comot, kotor, nak buang sampah. Mana satu yang awak prefer? Tolak pintu dengan tangan or tekan paddle untuk bukak pintu? Mestilah yang ada paddle. Penutup tong pun bersih, kuman yang dah sedia ada pun dapat dikurangkan, dan kerja pembersihan pun jadi makin mudah kan. 

**Tips Tambahan: Tampal pewangi dekat dalam penutup tong sampah tu. Bila bukak penutup, eh, makin bau wangi pulak. Tak rasa tong sampah pun. Plus this is the great tips elakkan lalat producing maggots. Sebab dorang ni pening bau wangi-wangi macam ni. Best kan feeling tu?  Haa, dah..pegi letak pewangi sana. 


4- Bakul


Bakul ni untuk simpan stok makanan kering dalam satu kelompok dalam kabinet dapur. Nanti bila nak guna, terus grab bakul instead of keluar kan satu-satu stok makanan keluar. Payah kan? Bakul tu pulak letak label. Bakul ni beli je dekat kedai plastik yang orang Siam selalu jual tu, tak pun Daiso kan ada. Nak lebih sedap mata memandang, beli bakul guna 1 ton warna je. Pastikan ukur size kabinet dulu tau, nanti dah beli baru perasan bakul tu tak boleh masuk kabinet. Kita ber huhu jela tengok bakul tu. 





5- Anti-drip Flexi Food Cover


Basically its a food cover. Tapi dia flexible. Hush Faa suka gila pakai benda alah ni. Bayangkan kerja korang jadi mudah sangat. Boleh tutup in any material plate / bowl anything seangkatan dengannya. Boleh ditarik-tarik food cover tu ikut bentuk pinggan / mangkuk korang. Maximum boleh tarik is 18cm diameter / panjang. Lepas tuuu yang syoknya, anti-drip!. Korang tonggeng macam mana pun tak kan tumpah punya. Boleh masukkan dalam microwave, and lastly, boleh buat as pembuka botol yang ketat. Selalu pakai tuala pun kadang-kadang tak boleh bukak kan. Nah, cuba try yang ni pulak. Insyaallah kudrat wanita shomel pun boleh bukak pakai benda ni.


Mangkuk ni Faa letak air teh. Sebab nak bagi nampak. Lepas tu Faa tonggeng-tonggeng kan. Tak tumpah laa. Impressive habis ni. Faa siap rakam video mangkuk ditonggeng-tonggeng. Boleh tengok dekat Anti-Drip Flexi Food Cover Review. Benda ni boleh beli dekat Faa. Boleh Whatsapp ke 013-207 5887. Faa jual kat pesbuk personal. 3 keping RM15 je. Pos dan COD Faa cover. Cod cuma area USJ dan Setia Alam ja ye. 



Oklah. Setakat ni dulu. Faa tengah cari the best idea nak simpan spices. Since kitchen counter kecil dan Faa jenis pemalas nak mengelap spices bottle yang ada kesan minyak tu..so, Faa kena buat research banyak-banyak but opkos MUST be convenient to use. If korang ada ideas, please give comment(s) tauu. Faa appreciate sangat plus it might help those yang tengah struggle to kemas-kemas mengikut citarasa peribadi. acewahh.. toodles.


Disclaimer: Semua gambar di atas sumber daripada mr.Google kecuali pelapik periuk dan Anti-Drip Flexi Food Cover.