Monday 22 August 2016

Itenary Lengkap To Bukit Tinggi

Faa nak pergi bercuti ala-ala honeymoon. Tapi requirement Faa ni banyak sangat! Hubby tak kisah. Dia tukang layan je bini punya request.
**almaklumlah..wanita berkerjaya mcm Faa ni masa limited. Sabtu Ahad je boleh melepak. Cuti weekdays kena beku. Nasiblah ada Sabtu Ahad. Kalau tak, kita berhuhu jelaa dalam office.

ok2..requirement yg sudden vacay ni mesti boleh
#LimitedTime 
#LimitedMoney
#UnlimitedJoy.


So, we finally decided our destination in Bukit Tinggi. Its nothing much. Tapi sangat suitable for those who have the same requirement yang baaannnyyaaakkk sangat limited tu. This is our itinerary. eh? (Faa edited this to make it useful for uuu taauuu. Hopefully lengkap for your guidance). Klik gambar untuk paparan lebih besar, ok?


My Review
1- Rusa kat sana jinak habis dan dia akan ikut awak sampai la awak bagi encik rusa ni makan. 

2- Rabbit. Ada yang dibiarkan lepas dan ada yang di dalam sangkar. Masa Faa pergi tengahari tu, rabbit dekat luar tu macam moody. Tak layan orang yang datang. Faa suspect rabbit rabbit tu dah penat kena gomol tambahan dengan cuaca panas. Tak pun, rabbit rabbit tu dah kekenyangan tinggal nak tidur je. So, Faa pegi main-main pulak rabbit dalam sangkar. Rabbit dalam tu lebih mesra alam. haha.

Tempat Parking Menuju ke Japanese Village & Botanical Garden
5 minutes mendaki
Yaa..baru half lps daki tangga..dia dah nk pengsan..ish3..
3- Botanical Garden is..KECIK!. so awak jangan expect Botanical Garden tu macam pesta bunga tau. Anyway, syok juga baca kesemua nama-nama pokok dan bunga tu. Layankan je lah. 

4- Faa teringin betul nak dapat pengalaman 'Japanese Tea Ceremony'. Tetapi, staf sana macam malas nak layan. Banyak betul alasan dia orang bagi. Mungkin penat kot. Hari minggu ramai nak entertain. Staf pun 2 orang je. (husnuzon husnuzon).

A video posted by ms.fafa (@fafatwink) on


5- Staf Japanese Village bagi 10 minit je duration tangkap gambar dengan Kimono tu. Tapi, awak tangkap je sampai puas. Kebanyakkan yang datang semua tangkap dalam 30 minit. Mana nak sedar. Masing-masing yang pergi bercuti kebanyakkan mesti kaki gambar. Staf sana pun mesti tak ingat pukul berapa awak ambik Kimono tu (mungkin tak larat nak kejar. haha).

6- If anak staf Japanese Village (staf tu anak beranak) yang jaga kimono tu nak tolong tangkap gambar, make sure awak bagi phone yang boleh shoot cepat. Sebab anak staf tu memang beraksi macam photographer handal. Cepat betul dia main angle position kamera tu, mengalahkan superhero Flash. Kalau kamera awak jenis lambat save, gambar awak jadi kabur. Rugi.

7- Taman kuda. Hmm..entah la. Faa rasa tak berbaloi nak spend duit dekat situ unless parents yang ada anak kecil yang teringin nak naik pony / keldai / kuda. Depends on apa yang available.



8- Colmar Tropicale pun ada sediakan makan malam. Buffet. Kalau ada duit lebih, best juga try buffet tu. Siap ada satay, ok. Atas-atas bukit makan satay panas-panas. Syok ooo!. Harga per person RM88. *cough*

9- Lapar. So, Faa dan hubby decide makan dekat La Poulet. Makanan ala-ala Kenny Rogers. Ala-ala je tau. Tak sama. Ada 2 side dishes. (Side dishes dah ditetapkan untuk setiap menu).

Muka excited check in bilik. Xtahu la knp..tp even hotel plg bajet, budak rabbit ni ttp akan excited mcm hape =P
Not bad. Nampak lampu dan meja tu x? well tu meja solek. Its ini bilik dlm bilik. So smbil kau mandi blh la berangan nk mekap. eh! makcik ni suka!!
This room ada 2 jenis katil. Tp telupa pulaakkk laaaa nak pesan nk katil queen/king. ish! sayang
View dr bilik oii!! Superb!
10- Bermalam di Colmar Tropicale. Serius best!. Bilik ala-ala Classic English. Its worth every penny. 

11- Wifi disediakan. Tapi awak kena minta username dan password dekat kaunter check-in. Nasihat Faa, login terus depan-depan kaunter sebab Faa dan hubby terpaksa called reception untuk dapatkan wifi. 

Ps: Wifi ni di limitkan 1 bilik untuk 1 orang. Untuk tambahan, dikenakan cas RM20.



12- Nak pergi Adventure Park, kena naik Shuttle Bus. Means, awak memang kena bermalam di Colmar dan buat registration di kaunter pendaftaran. Faa dan hubby nak pergi Flying Fox, tapi tak sempat sebab terlebih spend masa breakfast dan Faa pun ada masalah perempuan time tu. LOL.

Location Map Bukit Tinggi
Map Colmar Tropicale.
Block Camelia is the place korg nk breakfast or nk rs buffet dinner. Byk choice gak!!
Block Azalea is kaunter korg nk check in/check out. Mengagau jgk la ms first nk cri.

What Should u do:

1- Sila sediakan kereta anda untuk jalan yang berliku dan berbukit. (Kereta cc rendah paling terasa).
2- Kasut. Pastikan anda memakai kasut untuk pergi mendaki ke Japanese Village.
3- Sewa Kimono (sebenarnya tak complete Kimono pun, macam Yukata je) kalau tak pernah rasa.
4- Beli cenderahati dekat Japanese Village. Lagi cantik. Kedai cenderahati dekat Bukit Tinggi tu macam tak ada apa-apa sangat.
5- Naik shuttle bas ke Japanese Village. (Dapat pengalaman, dan dapat la jaga enjin kereta daripada mengerang).
6- Wajib bermalam di Colmar Tropicale. Recommended. Relaxing. Breakfast SEDAPP!
7- Book hotel melalui Agoda. Jimat banyak.
8- Bawa sunglasses. Siang-siang tu silau juga.
9- Bawa makanan sampingan untuk waktu-waktu yang tiba-tiba rasa nak mengunyah. Jimat duit. (Makanan malam agak mahal dengan rasa). Bawa sekali botol mineral secukupnya.

Shuttle bus's Schedule.. or should i say Shuttle Lorry's Schedule? haha

What Should u not do:

1- Mengharapkan Bukit Tinggi ala-ala Paris. Tidak sama sekali.
2- Bawa sweater bulu tebal-tebal. Honey, dekat sana tak snow ye.
3- Bagi yang ada masalah lutut, tidak digalakkan pergi mendaki tangga dan bukit di Japanese Village. Faa dan hubby yang kurus (waktu tuu jela) pun dah nak start pancit. haha.


Ok. Itu je yang Faa nak share. Kalau ada cerita baru tentang Bukit Tinggi, sila share, ok? Boleh la Faa update lagi. Happyy holiday!

No comments:

Post a Comment