Yeayy!! Akhirnya aku bergelar ibu. Cewah. Cliche nye ayat.
Due aku sepatutnya 5 Sept 2018 tapi ditakdirkan aku bersalin awal 21 Ogos 2018. Malam raya korban tau. Waktu orang semua tengah busy nak takbir raya, aku dok meneran. Haha. Nama anak aku Maryam Azzahra binti Rostam. (Which makcik aku cakap kena namakan anak aku Maryam Adha sbb lahir malam raya. Haha..comelkan makcik aku).
Aku bersalin ni pun tanpa diduga tau. Kejutan gak. Yelah. Aku dah semangat ni nak anak merdeka. Siap dah riki-riki kalau anak merdeka dapat benefit apa. Haha over kan. Tapi bukan rezeki. Tak apa lah. Yang penting anak selamat. Ye dop? Ni cerita pengalaman aku detik-detik nak bersalinkan azzahra and antara kesilapan yang aku belajar dan tak akan buat dah lepas ni.
Macam yang aku bagitahu tadi:
- Due aku 5 Sept.
- Hajat ktorg nak bersalin 31 Ogos (39 weeks).
- Tarikh Azzahra keluar 21 Ogos (37 weeks).
Aku bersalin dekat Hospital Putrajaya FPP (berbayar). Hospital akan bagitahu tarikh checkup appointment masa kau dijangkakan 7 bulan mengandung. Since then, kau akan sentiasa refer ke hospital directly dengan doktor yang kau pilih. (Aku tak pasti proses bersalin dekat hospital kerajaan sebab aku pun ambik yang berbayar which treatment sama macam hospital swasta cuma doktor-doktor tu doktor kerajaan).
18 Ogos checkup dekat hospital. Haa, just nak remind peristiwa Malaysia sikit. Tahun 2018 ni tahun Parti Pembangkang akhirnye dipilih oleh rakyat untuk meneraju negara. So gst dimansuhkan dan sst diperkenalkan. Sst akan berkuatkuasa 1 Sept 2018. Haaaaaaa, nampak tak jarak masa tarikh checkup dengan tarikh 1 Sept tu? Nak dekat kan? Dan aku pun tengah busy setelkan keje-keje yang pending dannnn berkaitan sst ni. Ok ok. Apa kaitan? Kaitannya...masa checkup tu BP aku naik. YES! Berita baik betul. Dalam hati aku, habis laaa kena ceaser ke? Masuk je bilik doktor, terus aku tanya BP naik kena ceaser ke? Haha. Aku rasa doktor dah boleh agak kot soalan-soalan macam tu. Jawapannya, BP naik bukan penentu untuk ceaser. Just doktor akan advice bersalin awal secara induce. Ok laah. Alhamdulillah sebab peluang bersalin normal tinggi. Syukur. Doktor scan perut. Tengah dok interact tiba-tiba doktor diam. Lepas tu keep on repeat scan. Ok. Time ni, aku dah rasa lain macam ni. Aku pun diam je. Tunggu je apa doktor nak cakap. Aku debar. Tapi aku cuba control kang BP aku naik lagi parah. So aku try chill buat lekkk je. Haha.
Scan setel. Doktor ajak duduk kat meja dia. Doktor pun cakap cenggini.
"Baby awak sihat. Berat 2.9 kg. Awak pun dah 37 weeks. Tapi BP awak tinggi ye. Air ketuban awak pun sikit. Balik ni, awak cari air kelapa minum banyak-banyak. Hari isnin kt checkup balik. Kalau result sama, awak kena admit prepare untuk bersalin ye".
Tu diaa. Ktorg tercenggang jap. Laki aku muka tekejut. Aku pulak dok sengeh angguk tapi mata tu nampak laa macam cuba nak digest. Haha. Time tu semua benda laa aku pikir. Barang anak cukup ke? Betul ke nak bersalin dah ni? Keja aku tak setel lagi ni. User aku pun tengah dok buzz aku. Projek pun lagi sikiiiitttt nak setel ni. Tapi still pending on user site. Tapi tak sabarnyaa nak jumpa Maryam. (Masa 2nd trimester, dah siap pilih nama anak dah. Cuma bila orang tanya ktorg cakap tak decide lagi). At least tau Maryam sihat. Tapi..tapi..tapi...tula dalam kepala aku. Doktor perasan kot muka ktorg tu. Dia repeat balik ayat dia tu. Kali ni muka ktorg nampak la clarity sikit. Muka penuh tawakal. Baiklah doktor. Anything what's best for our child.
Habis checkup aku cari tandas. Dalam tandas tu aku temenung kejap. Then aku perasan tangan aku menggigil. Hahaha. Aku rasa sebab tak expect kot nak bersalin seawal ini. Aku bajet at least lepas raya bukan sebelum raya. Even both of our parents masing-masing ada plan masa raya tu. Waktu aku checkup tu pun dorg dah pergi holiday dah. Tapi tak apa pun sebab ktorg memang decide nak pantang sendiri. So with or without parents, ktorg boleh survived sebab part tu ktorg dah prepared.
Naik kereta, aku diam je. Laki aku yang muka tekejut beruk tu tadi dok ajak aku pergi all food places faveret aku. Aku melantak semua benda yang aku nampak walhal at first place aku cakap malas nak pergi mana-mana. Nak balik je. (Haha. Ayat perempuan kadang-kadang tak boleh percaya).
Tibalah masa final checkup yang menentukan admit atau tak. And macam korang expect, final answer is kena admit. Ok lah. Time ni dah tak pikir keja. Pikir nak cuti and pikiran pun dah ready nak bersalin. Tak sabar nak jumpa kaki comel yang aku rasa dalam perut tu. Kuat tau Maryam tendang.
20 Ogos final checkup.
21 Ogos scheduled for induced.
- 7am: induced. Doktor masukkan like a pil dalam vagina.
- 8am: dah start rasa perut memulas (contraction)
- 2pm: Bukaan baru 2cm
- 3pm: Rasanya bukaan dah 4cm sebab still boleh jalan-jalan lepastu lega
- 4pm: Tak pasti bukaan berapa tapi cari hot shower nak bagi lega. Aku nangis ok dalam bilik air.
- 6pm: Contraction makin kuat but still bearable. Time ni dah rasa penat sangat and mengantok. So aku decide aku tidur je nak gain tenaga and bila ada contraction just ambik nafas dalam-dalam. Lepas tu lega.
- 8pm: Nurse nak scan jantung baby. Aku dah start restless. Siap pikir boleh tahan lagi ke tak ni? Ke nak epidural? And aku surrender. Minta epidural. Nurse cakap tunggu kejap.
- 830pm: Nurse suruh buat scan jantung baby lagi sebab chart tu macam tak betul sebab aku banyak bergerak. Aku try tahan kejap tapi tak dapat. Aku panggil nurse aku cakap aku dah start rasa nak teberak dah ni. Doktor cek. Haa hambik. Dah 8cm. Dengan jari doktor tu still ada nk ukur, terus bukaan 9cm.
- 840pm: Nurse wad kelam kabut belari tolak katil aku pergi labour room. Baju pun tak tukar. Aku siap menjerit "saya nak teran, saya tak tahan!". Lepas tu aku dok cakap dekat nurse sebelah aku minta maaf sebab aku terkencing. Haha (Sebenarnya bukan kencing. Tu la air ketuban. Time tu kepala macam tak center tau. Yang aku jerit tu pun tak tahu la kuat ke pelan. Yang pasti aku tak peduli. And everytime rasa contraction tu..aku memang buat suara meneran taik sembelit keras ya amat macam setahun tak berak. Tak pasti tu nurse atau doktor tapi keep on interact bagi tenang. Panggil nama, suruh tarik nafas dalam-dalam, suruh aku ikut baca doa & selawat).
- 855pm: Aku asyik tanya je soalan. Dah boleh beranak ke? Entah berapa kali soalan tu pun aku tak tahu. And akhirnya, puteri cinta hati aku pun selamat dilahirkan. Baju labour? Tukar dekat labour room tu jugak masa aku tengah dok tanya dah boleh beranak ke belum?. Lagi best. Sebelah tangan aku baju labour sebelah tangan lagi baju wad. Hahahaha.
Itu pengalaman aku. Ni pulak antara kesilapan aku. Insyaallah next labour aku akan cuba avoid benda-benda macam ni.
- bila doktor/nurse tak kasi teran, jangan teran. Yes. Sakit dia tu memang buat kau hilang akal dan kau memang akan teran. Tapi sakit bila terkoyak tu lagi perit nak hadap masa kau pantanh especially bila dalam tandas kau nak melabur.
- dalam sakit nak teran tu, capai la tangan dekat kaki. This will prevent dari terangkat bontot tanpa sedar and akan elakkan dari terkoyak. Mine was, sempat pegang sebelah kaki je. Another sebelah dah nak capai tapi suddenly contraction happen and aku terus capai besi katil and genggam kuat tak nak lepas sampai laa bersalin.
- make sure kau ada makanan yang boost energy contoh coklat and anything yang boleh buat kau rasa kenyang bertenaga dan air. Aku terlalu lapar sampai pelahap roti, coklat and still lapar dan tidur dalam keadaan lapar ya amat. Hmmm
- Sepanjang waktu contraction sebelum 8cm tu, makan laaa sebanyak mana yang kau mampu. Kalau boleh kau paksa paksa dan paksa diri untuk makan. Sebab by 8cm contraction, kau hanya mampu paksa semaksimum pun untuk berapa suap je. Itu pun sekali habis ngunyah, contraction. Then repeat. Nak telan makanan pun rasa sesak.
No comments:
Post a Comment