Kenny Rogers sedap tapi kalau hari-hari makan, boleh pengsan. So, Faa buat sendiri. Lagi best dan murah! Kebanyakkan resepi akan pakai sos tiram. Tapi sebab Faa alergik, plus kita nak guna bahan yang semua orang insyaallah ada di rumah. Jadi, kita buat sos kita sendiri tanpa menggunakan sos tiram dalam Homemade Ayam Kenny Rogers ni. Nyuum!!
Bahan-bahan kisar
- 2 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- 1 kiub pati ayam
Bahan-bahan tumbuk
- Lada hitam. Tumbuk kasar
Bahan-bahan lain
- kicap
- sos cili
- sos tomato
- madu
- 2 sudu minyak
- ayam seekor
- butter / mentega
Cara-cara
1- Campurkan kesemua bahan yang ada (kecuali butter/mentega)
2- Lumurkan dekat ayam. Kuantiti kicap, sos cili, sos tomato ikut sedap tekak
3- Perap ayam minimum 4 jam. Nak lagi best, buat 1 malam
4- Preheat oven dalam 10 min.
5- Masukkan ayam. Suhu 200'c selama 30-40 min.
6- Sapu butter/mentega. (Sapu lembut-lembut sebab kita nak preserve lada hitam yang bertempek dekat badan ayam tu). Bakar balik selama 8-10 min.
7- Siap!. Hidangkan.
Tips
1- Tidak perlu balut ayam di dalam alumnium foil, hanya letak di dalam bekas pemanas je. Ayam di dalam balutan aluminium akan buatkan keadaan ayam seperti masak stim.
2- Sekiranya semasa menyapu butter/mentega terkuat atau terkasar dan menyebabkan ayam tersebut nampak togel, tuangkan sedikit lebihan aduan campuran semua bahan.
3- Ketika hendak mengangkat ayam ke dalam pinggan hidangan, pastikan mengangkat ayam tersebut menggunakan 2 garfu. Baru lah ayam tadi cantik je macam dalam TV!
Senang dan sekejap. Kadang-kadang kalau tak larat nak masak, husband lah orang paling excited buat resepi ni siap hidangkan untuk tetamu. Tak sempat nak peram pun dah sedap. Bayangkan laaa kalau korang dah peram siap-siap buat stok. Tinggal masak je. Kalau malas bakar, goreng. SUPERB!
No comments:
Post a Comment