Wednesday, 12 September 2018

Pengalaman bersalin wish i knew

Yeayy!! Akhirnya aku bergelar ibu. Cewah. Cliche nye ayat.

Due aku sepatutnya 5 Sept 2018 tapi ditakdirkan aku bersalin awal 21 Ogos 2018. Malam raya korban tau. Waktu orang semua tengah busy nak takbir raya, aku dok meneran. Haha. Nama anak aku Maryam Azzahra binti Rostam. (Which makcik aku cakap kena namakan anak aku Maryam Adha sbb lahir malam raya. Haha..comelkan makcik aku).

Aku bersalin ni pun tanpa diduga tau. Kejutan gak. Yelah. Aku dah semangat ni nak anak merdeka. Siap dah riki-riki kalau anak merdeka dapat benefit apa. Haha over kan. Tapi bukan rezeki. Tak apa lah. Yang penting anak selamat. Ye dop? Ni cerita pengalaman aku detik-detik nak bersalinkan azzahra and antara kesilapan yang aku belajar dan tak akan buat dah lepas ni.

Macam yang aku bagitahu tadi:
- Due aku 5 Sept.
- Hajat ktorg nak bersalin 31 Ogos (39 weeks).
- Tarikh Azzahra keluar 21 Ogos (37 weeks).

Aku bersalin dekat Hospital Putrajaya FPP (berbayar). Hospital akan bagitahu tarikh checkup appointment masa kau dijangkakan 7 bulan mengandung. Since then, kau akan sentiasa refer ke hospital directly dengan doktor yang kau pilih. (Aku tak pasti proses bersalin dekat hospital kerajaan sebab aku pun ambik yang berbayar which treatment sama macam hospital swasta cuma doktor-doktor tu doktor kerajaan).

18 Ogos checkup dekat hospital. Haa, just nak remind peristiwa Malaysia sikit. Tahun 2018 ni tahun Parti Pembangkang akhirnye dipilih oleh rakyat untuk meneraju negara. So gst dimansuhkan dan sst diperkenalkan. Sst akan berkuatkuasa 1 Sept 2018. Haaaaaaa, nampak tak jarak masa tarikh checkup dengan tarikh 1 Sept tu? Nak dekat kan? Dan aku pun tengah busy setelkan keje-keje yang pending dannnn berkaitan sst ni. Ok ok. Apa kaitan? Kaitannya...masa checkup tu BP aku naik. YES! Berita baik betul. Dalam hati aku, habis laaa kena ceaser ke? Masuk je bilik doktor, terus aku tanya BP naik kena ceaser ke? Haha. Aku rasa doktor dah boleh agak kot soalan-soalan macam tu. Jawapannya, BP naik bukan penentu untuk ceaser. Just doktor akan advice bersalin awal secara induce. Ok laah. Alhamdulillah sebab peluang bersalin normal tinggi. Syukur. Doktor scan perut. Tengah dok interact tiba-tiba doktor diam. Lepas tu keep on repeat scan. Ok. Time ni, aku dah rasa lain macam ni. Aku pun diam je. Tunggu je apa doktor nak cakap. Aku debar. Tapi aku cuba control kang BP aku naik lagi parah. So aku try chill buat lekkk je. Haha.

Scan setel. Doktor ajak duduk kat meja dia. Doktor pun cakap cenggini.

"Baby awak sihat. Berat 2.9 kg. Awak pun dah 37 weeks. Tapi BP awak tinggi ye. Air ketuban awak pun sikit. Balik ni, awak cari air kelapa minum banyak-banyak. Hari isnin kt checkup balik. Kalau result sama, awak kena admit prepare untuk bersalin ye".

Tu diaa. Ktorg tercenggang jap. Laki aku muka tekejut. Aku pulak dok sengeh angguk tapi mata tu nampak laa macam cuba nak digest. Haha. Time tu semua benda laa aku pikir. Barang anak cukup ke? Betul ke nak bersalin dah ni? Keja aku tak setel lagi ni. User aku pun tengah dok buzz aku. Projek pun lagi sikiiiitttt nak setel ni. Tapi still pending on user site. Tapi tak sabarnyaa nak jumpa Maryam. (Masa 2nd trimester, dah siap pilih nama anak dah. Cuma bila orang tanya ktorg cakap tak decide lagi). At least tau Maryam sihat. Tapi..tapi..tapi...tula dalam kepala aku. Doktor perasan kot muka ktorg tu. Dia repeat balik ayat dia tu. Kali ni muka ktorg nampak la clarity sikit. Muka penuh tawakal. Baiklah doktor. Anything what's best for our child.

Habis checkup aku cari tandas. Dalam tandas tu aku temenung kejap. Then aku perasan tangan aku menggigil. Hahaha. Aku rasa sebab tak expect kot nak bersalin seawal ini. Aku bajet at least lepas raya bukan sebelum raya. Even both of our parents masing-masing ada plan masa raya tu. Waktu aku checkup tu pun dorg dah pergi holiday dah. Tapi tak apa pun sebab ktorg memang decide nak pantang sendiri. So with or without parents, ktorg boleh survived sebab part tu ktorg dah prepared.

Naik kereta, aku diam je. Laki aku yang muka tekejut beruk tu tadi dok ajak aku pergi all food places faveret aku. Aku melantak semua benda yang aku nampak walhal at first place aku cakap malas nak pergi mana-mana. Nak balik je. (Haha. Ayat perempuan kadang-kadang tak boleh percaya).

Tibalah masa final checkup yang menentukan admit atau tak. And macam korang expect, final answer is kena admit. Ok lah. Time ni dah tak pikir keja. Pikir nak cuti and pikiran pun dah ready nak bersalin. Tak sabar nak jumpa kaki comel yang aku rasa dalam perut tu. Kuat tau Maryam tendang.

20 Ogos final checkup.
21 Ogos scheduled for induced.
- 7am: induced. Doktor masukkan like a pil dalam vagina.
- 8am: dah start rasa perut memulas (contraction)
- 2pm: Bukaan baru 2cm
- 3pm: Rasanya bukaan dah 4cm sebab still boleh jalan-jalan lepastu lega
- 4pm: Tak pasti bukaan berapa tapi cari hot shower nak bagi lega. Aku nangis ok dalam bilik air.
- 6pm: Contraction makin kuat but still bearable. Time ni dah rasa penat sangat and mengantok. So aku decide aku tidur je nak gain tenaga and bila ada contraction just ambik nafas dalam-dalam. Lepas tu lega.
- 8pm: Nurse nak scan jantung baby. Aku dah start restless. Siap pikir boleh tahan lagi ke tak ni? Ke nak epidural? And aku surrender. Minta epidural. Nurse cakap tunggu kejap.
- 830pm: Nurse suruh buat scan jantung baby lagi sebab chart tu macam tak betul sebab aku banyak bergerak. Aku try tahan kejap tapi tak dapat. Aku panggil nurse aku cakap aku dah start rasa nak teberak dah ni. Doktor cek. Haa hambik. Dah 8cm. Dengan jari doktor tu still ada nk ukur, terus bukaan 9cm.
- 840pm: Nurse wad kelam kabut belari tolak katil aku pergi labour room. Baju pun tak tukar. Aku siap menjerit "saya nak teran, saya tak tahan!". Lepas tu aku dok cakap dekat nurse sebelah aku minta maaf sebab aku terkencing. Haha (Sebenarnya bukan kencing. Tu la air ketuban. Time tu kepala macam tak center tau. Yang aku jerit tu pun tak tahu la kuat ke pelan. Yang pasti aku tak peduli. And everytime rasa contraction tu..aku memang buat suara meneran taik sembelit keras ya amat macam setahun tak berak. Tak pasti tu nurse atau doktor tapi keep on interact bagi tenang. Panggil nama, suruh tarik nafas dalam-dalam, suruh aku ikut baca doa & selawat).
- 855pm: Aku asyik tanya je soalan. Dah boleh beranak ke? Entah berapa kali soalan tu pun aku tak tahu. And akhirnya, puteri cinta hati aku pun selamat dilahirkan. Baju labour? Tukar dekat labour room tu jugak masa aku tengah dok tanya dah boleh beranak ke belum?. Lagi best. Sebelah tangan aku baju labour sebelah tangan lagi baju wad. Hahahaha.

Itu pengalaman aku. Ni pulak antara kesilapan aku. Insyaallah next labour aku akan cuba avoid benda-benda macam ni.
- bila doktor/nurse tak kasi teran, jangan teran. Yes. Sakit dia tu memang buat kau hilang akal dan kau memang akan teran. Tapi sakit bila terkoyak tu lagi perit nak hadap masa kau pantanh especially bila dalam tandas kau nak melabur.
- dalam sakit nak teran tu, capai la tangan dekat kaki. This will prevent dari terangkat bontot tanpa sedar and akan elakkan dari terkoyak. Mine was, sempat pegang sebelah kaki je. Another sebelah dah nak capai tapi suddenly contraction happen and aku terus capai besi katil and genggam kuat tak nak lepas sampai laa bersalin.
- make sure kau ada makanan yang boost energy contoh coklat and anything yang boleh buat kau rasa kenyang bertenaga dan air. Aku terlalu lapar sampai pelahap roti, coklat and still lapar dan tidur dalam keadaan lapar ya amat. Hmmm
- Sepanjang waktu contraction sebelum 8cm tu, makan laaa sebanyak mana yang kau mampu. Kalau boleh kau paksa paksa dan paksa diri untuk makan. Sebab by 8cm contraction, kau hanya mampu paksa semaksimum pun untuk berapa suap je. Itu pun sekali habis ngunyah, contraction. Then repeat. Nak telan makanan pun rasa sesak.

Monday, 9 July 2018

Ultimate Tips ke TCE Baby Expo, MidValley Megamall (part 1)

Setiap future parents pasti teruja untuk membeli kelengkapan barang-barang untuk anak anda. Salah satu tempat yang dinanti oleh kebanyakan future parents dan juga parents adalah TCE Baby Expo. Bagi sesiapa yang tidak mengetahui mengenai TCE Baby Expo, TCE Baby Expo merupakan baby ekspo yang terbesar di Malaysia dan pelbagai jenama barangan baby turut menyertai baby ekspo ini antaranya termasuklah Tommee Tippee, Avent, dan lain-lain. TCE Baby Expo akan diadakan di Convention Center Mid Valley Megamall setiap 3 kali setahun ( March/April, Mei/Jun/Julai, September/Oktober ) selama 2 hari (Sabtu & Ahad). Pelbagai aktiviti juga turut diadakan antaranya Happy Hour (2pm-3pm & 9pm-10pm), cabutan bertuah secara online dan tebusan baucar. 


Berbaloi ke pergi TCE Baby Expo ni? 
- Berbaloi sangat-sangat jika tahu cara yang betul. 


Tak suka kawasan padat dan kena berebut dengan orang ramai.
- Jika anda merupakan antara parents yang sebegini, jangan risau. Lepas anda mengikut tips ni, Faa yakin anda akan terasa addicted dan tertunggu-tunggu untuk event yang seterusnya. 


Kenapa Faa galakkan pergi TCE Baby Expo?
- Terdapat barang-barang yang ditawarkan dengan harga promosi lebih daripada 50%. Tawaran seperti ini tidak akan kita dapat walaupun membeli barangan yang sama di negara luar. (Selalunya paling murah boleh dapat hanya 20-30% daripada harga yang ditawarkan di Malaysia). 
- All-in-one baby shop center. Cakap je anda teringin apa, semuanya ada di sana.
- Kebanyakkan booth juga menawarkan pelbagai jenis Free Gift (bergantung pada availability stok)


Tips ke TCE Baby Expo
  1. Datang awal. Faa sarankan pukul 8 pagi dah ada di sana, lagi awal lagi baik. Ini kerana, tepat pada pukul 9 pagi pintu akan dibuka dan pihak Rela akan melakukan sekatan untuk setiap 100-200 orang per entry. Manakala bermula pada pukul 10 pagi pula, pihak Rela akan membiarkan semua masuk ke dalam baby ekspo mengikut barisan beratur. (Pengalaman Faa, pukul 8.30 pagi, barisan sudah mulai panjang hampir mencapai McDonalds. Anda sangat beruntung bila anda antara barisan di hadapan kerana tidak perlu bersesak dengan orang ramai sebab pihak Rela masih meletakkan sekatan per entry).
  2. Senaraikan barang yang hendak dibeli berserta dengan jenama untuk memudakan pencarian. Anda boleh melihat senarai barang yang ditawarkan di Instagram TCE Baby Expo.
  3. Dapatkan buku senarai booth daripada staf TCE Baby Expo dan rancanglah perjalanan anda mengikut senarai yang hendak anda beli.
  4. Pastikan anda pergi terlebih dahulu ke booth yang menjadi tumpuan utama (bertanda bintang) dan yang booth yang berkongsi pelbagai jenama antaranya booth Tommee Tippee. 
  5. Jika anda seorang ibu mengandung dan mempunyai senarai barang yang panjang, pastikan anda membawa seseorang yang boleh membawa barang-barang tersebut. Tips tambahan: Bawa luggage besar untuk mengisi kesemua barang-barang yang dibeli. 
  6. Sebaiknya anda membawa beg galas yang berisi air dan snek untuk mengelakkan hidrasi dan memberi tenaga.
  7. Pastikan anda sudah bersarapan untuk memberi tenaga.
  8. Lakukan perbandingan harga terlebih dahulu di kedai-kedai lain sebelum memilih untuk membeli di baby ekspo.
  9. Tinggalkanlah anak-anak kecil dirumah. Walaupun terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan bersama anak-anak kecil, tetapi biarlah anak kita berehat secukupnya dan tidak bersesak dengan pelbagai jenis orang. Ini dapat mengelakkan anak kita cranky (silap-silap mak pun boleh cranky sama) dan elakkan anak kita terdedah dengan virus. Lainlah kalau anda telah dipilih menjadi #momfluencer, terpaksalah kita bawa anak kita sebab kita memang datang bertujuan bersama dengan anak. 
  10. Anda sejenis cepat panas? Bawa sekali power bank dan kipas USB. Nikmat tak terkata. Yelah, orang mengandung ni panas dia lain macam sikit kan. 


Barang yang berbaloi-baloi untuk dibeli
  1. Set Tommee Tippee / Avent (jimat sehingga 61%)
  2. Mix brands carsit (jimat sehingga 76%)
  3. Mix brands stroller (jimat sehingga 72%)
  4. Mix brands baby carrier (jimat sehingga 69%)
  5. Safety playmat tebal (jimat sehingga 73%)
  6. Baby Carrier Ergo Baby (jimat sehingga 38%) 
  7. Medela Breast Pump (jimat sehingga 41%)
  8. Avent Food processor (jimat sehingga 40%)
  9. Mustela pre and post body care (jimat sehingga 51%)
  10. Set berpantang Nona Roguy (jimat sehingga 26%)
  11. Set berpantang Tanamera (jimat sehingga 23%)
  12. Storage milk bag (jimat sehingga 33%)
  13. Mix brands maternity bra & panties (jimat sehingga 23%)
  14. Offspring pampers (jimat sehingga 42%)

Barang yang harga hampir sama dengan kedai
  1. Pampers
  2. Susu formula
  3. Wet wipes
  4. Baby foods
  5. Grooming tools
  6. Stroller / Carseat / Carrier (bergantung pada brands)

Antara barang-barang yang Faa beli di TCE Baby Expo. Ada beberapa barang yang dah selamat digunakan dah pun. Haha
Sesak dan padat dengan orang. Inilah keadaan yang akan anda tempuh kalau anda terlewat. Gambar ni diambil lebih kurang pada pukul 11 pagi, Sabtu.

Instagram TCE Baby Expo. Gambar beserta dengan harga promosi dan barang-barang yang ditawarkan.


Saturday, 9 June 2018

Custom Drawer Organization

Masa Faa duduk di rumah sewa, Faa memang pilih rumah yang dah siap ada kabinet dapur. Macam biasalah, kita akan pilih satu laci untuk dijadikan penyimpanan sudu garpu. Kalau main campak je semua sudu garpu dalam laci mesti bersepah lepas tu nak cari sudu garpu dah makin payah. Nak beli custom compartment mahal la pulak dah la rumah sewa je kan. Maka singgah laa kedai RM2 beli banyak-banyak bekas kecik untuk dijadikan compartment dalam laci tu. Nampak laa kemas sikit tapi hati masih tak puas sebab compartment tu tak ikut size laci betul-betul. Masih ada kosong sana-sini (macam gambar kat bawah ni). Lepastu rasa macam 'mahalnya barang aku beli tadi'. Siapa penah rasa? 

Lebih kurang macam ni la rupanya. Beli bekas kecil-kecil untuk jadi compartment, tapi masih nampk bersepah tak tersusun.

Akhirnya sebab rasa sakit mata dan sakit hati tengok laci macam ni, Faa pun buat keputusan untuk buat sendiri drawer organization ikut size laci dan ikut barang apa kt nak letak tapi HARUSLAH BAJET KEDEKUT. 


Jom, Faa tunjuk barang-barang dan cara-cara yang Faa guna.

Bahan-bahan yang Faa guna untuk buat projek ni.  

Bahan-bahan yang Faa guna untuk buat projek ini.
- Pembaris besi yang paling panjang dapat membantu anda ukur dan potong cardboard plastik tu dengan lebih senang dan lurus.
- Cardboard plastik digunakan kerana tekstuk cardboard ni agak keras, padat dan yang paling penting sebab plastik mudah untuk dibasuh dan dibersihkan.
- Pita ukur ikea / pita ukur pakaian digunakan untuk memudahkan mengukur laci kerana ciri-ciri pita ukur ni mudah lentur berbanding pita ukur hardware yang besi tu.
- Selotape digunakan untuk memegang sementara cardboard yang telah dilekatkan untuk menjadi dinding compartment.
- Gam kuat multipurpose yang sesuai untuk melekatkan plastik. Kalau salah pilih gam, plastik boleh menjadi cair.



1- Gunakan pita ukur Ikea / pita ukur pakaian untuk mengukur size lebar dan panjang laci dapur. Kemudian tandakan dengan cara melipat atau menggariskan pita tersebut menggunakan kuku.

2- Letakkan pita ukur yang telah ditanda ke atas pembaris besi untuk mendapatkan ukuran yang sebenar. (sebab Faa guna pita ukur ikea tu dari betul-betul hujung pita ukur, bukan dari ukuran no 1).

3- Potong cardboard plastik mengikut ukuran. 

4- Mula-mula, kita akan buatkan tapak compartment tu. Kemudian kita akan buat dinding compartment sebelum kita meneruskan untuk buat compartment yang kecil. Ayat yang senang faham, kita buatkan kotak besar sebelum kita buat kotak yang kecil-kecil.

5- Sekiranya, semasa melekatkan cardboard plastik tu nampak macam senget atau nak jatuh, lekatkan dengan selotape di setiap penjuru bagi mengukuhkan dinding compartment. Tunggu sehingga gam kering. Untuk kemasan yang lebih kemas, tanggalkan semula selotape tadi. 



3- 'Kotak besar' dah siap. Sekarang untuk buat compartment yang kecil-kecil pula. Cara untuk mengukur, ambil sudu garpu dan segala barang yang hendak disusunkan ke dalam laci tersebut. Bentangkan dan susunkan mengikut kategori di dalam 'kotak besar' tu. 

4- Selepas anda dapatkan layout yang anda suka, sekali lagi lekatkan cardboard plastik yang telah dipotong mengikut size anda dan ukur jarak dinding dengan meletakkan sudu garpu di kawasan yang telah dirancang. Cara ini dapat memastikan size untuk meletakkan sudu garpu mengikut saiz sebenar sudu garpu tersebut dan lebih mudah berbanding kalau asyik nak gunakan pita pengukur.



Faa lupa nak beritahu. Cardboard plastik ni ada 2 bahagian. Apabila dipotong, ada sebelah sisi yang berupa gambar A, dan sebelah sisi lagi berupa gambar B. Bahagian sisi cardboard plastik ni penting tau untuk buatkan dinding compartment yang kukuh. Nak tahu tahap kukuh ke tak? Cuba anda buat aksi seperti nak patah-patahkan cardboard tersebut. 

Untuk projek ini, Faa gunakan 2 lapisan cardboard plastik untuk bahagian dinding dan 1 lapisan untuk tapak laci. 

Sisi bahagian yang paling kukuh adalah gambar A. Sisi bahagian ni akan kelihatan di atas. Tetapi, andai kata anda tak cukup cardboard plastik dan yang tinggal adalah sisi A dan sisi B, tak apa. Boleh gunakan tetapi hendaklah digabungkan menjadi sisi seperti gambar C. 


Setelah selesai, masukkan custom drawer organization kita tu ke dalam laci. Susunkan barang-barang yang hendak diletakkan ke dalam laci. Siap!. 

p/s: Untuk lebih senang, tanggalkan laci daripada kabinet dan masukkan custom drawer organization kita. Disebabkan kita buat betul-betul mengikut saiz laci, jadi untuk memasukkan custom drawer organization kita tu akan terasa sedikit ketat.



Tips: Mungkin anda tak tahu nak cari gam kuat multipurpose yang boleh lekatkan hampir segala benda. Jangan risau. Faa beli gam ni dekat Daiso je. Semua Daiso pasti ada tak pernah habis. Pilih warna biru merah ni. Setiap warna botol gam ada fungsi gam tu tersendiri. Macam gam yang Faa guna, boleh lekatkan kayu, fabrik, plastik dan lain-lain. Kedai hardware pun ada jual tapi mungkin anda tak biasa nak pilih gam yang sesuai. Beli je cap Daiso ni. Dah terbukti. Lekatkan tapak kasut nak tercabut pun boleh ok. 



Friday, 8 June 2018

Kelas Antenatal. Perlu atau Tidak

Hello dear mommies-to-be!!. 


Setiap new mommies mesti rasa overwhelmed dengan pengalaman baru kan? Kadang-kadang sampai tak tahu nak buat apa. Topik harini mengenai kelas antenatal. Perlu ke? 


Jawapan bagi Faa, PERLU sangat!. WAJIB. Penting sangat sebagai persedian nak menyambut anak yang bakal dilahirkan. Sedikit sebanyak kita akan terasa berilmu dan tak kekok nak uruskan. Bawah ni soalan-soalan yang mungkin mommies & daddies to be nak tahu tentang kelas antenatal dan dapat merungkai segala kerisauan. 


Bila waktu sesuai untuk ambil kelas antenatal? 
- Bagi Faa, waktu yang paling sesuai ketika usia kandungan 6-7 bulan. Semester pertama terlalu awal, takut mommies & daddies to be tak ingat apa yang di ajar. Usia kandungan 8 bulan pula dah terlalu lambat nak prepare badan, rumah dan barang-barang bayi. Bagi mengelakkan mommies & daddies rasa overwhelmed sangat, Faa suggestkan 6-7 bulan. 


Apa yang kita akan belajar?
- Banyakkk sangat kita akan belajar. Daripada persediaan bersalin sampai ke pantang, penjagaan new born baby, makanan dan senaman semasa mengandung dan penjelasan dengan lebih mendalam tentang kesihatan ibu dan bayi.


Kami pantang di rumah mak, rasanya tak perlu kot untuk pergi kelas antenatal.
- Tidak kira mommies berpantang dimana, tapi kelas ni memang akan mengajar mommies & daddies tentang emosi ketika berpantang. Pernah dengar meroyan? Meroyan ketika berpantang itu perkara yang memang kita sering dengar. Tak kira kita berpantang dengan siapa dan dimana, tetapi kita boleh elakkan meroyan sekiranya kita sudah bersedia apa yang bakal kita hadapi. Pada waktu ini, orang yang paling memainkan peranan bukan ibu bapa kita, tetapi suami kita sendiri. Sebab tu disarankan sangat-sangat mommies & daddies pergi ke kelas antenatal ni bersama (walaupun masa pantang nanti PJJ dengan suami).


Hospital mana je yang ada kelas antenatal?
- Hampir kesemua hospital swasta menawarkan kelas antenatal. FPP hospital  / hospital separa kerajaan seperti Hospital Putrajaya dan Hospital Selayang pun ada sediakan. 


Berapa lama kelas antenatal?
- Bergantung pada hospital tersebut. Kebanyakkan kelas antenatal dilakukan dalam masa sehari dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. Tetapi, terdapat juga beberapa hospital mengadakan kelas antenatal selama 2 hari, bermula dari 1 petang sehingga 5 petang.


Berapa kena bayar?
- Harga kelas antenatal bergantung pada hospital yang mommies & daddies pilih untuk kelas antenatal. Harga yuran bermula daripada RM100-RM180/pasangan termasuk makanan + goodies bag. Setakat ni Faa tak jumpa lagi kelas antenatal yang melebihi RM200 (kecuali Prince Court - RM3++). Faa pergi kelas pada Mei 2018 (waktu ni still ada gst, lepas ni dah tak ada gst mungkin dapat lagi murah). Kebanyakkan hospital menawarkan harga RM150. Nak murah ambil kelas di FPP hospital. Tapi cepat penuh. Kena daftar cepat-cepat. 


Bila kelas antenatal ni dibuat?
- Kelas dibuat setiap hari sabtu atau ahad bergantung pada hospital tu kecuali FPP hospital, kelas antenatal tu dibuat hari isnin pada hari bekerja. Pilihla mana mommies & daddies selesa dengan jadual masing-masing.


Kami bersalin di kerajaan, boleh ke pergi kelas antenatal?
- Mesti lah boleh. Tak kisah awak nak bersalin dekat kampung sekalipun, mommies & daddies boleh daftar kelas antenatal yang terdekat dengan rumah mommies & daddies ye. Dalam borang ada ruangan doktor bersalin. Ruangan ni boleh biarkan kosong. 


Bila boleh daftar untuk kelas antenatal?
- Cadangan Faa, lebih baik sebulan awal melainkan mommies & daddies pilih untuk kelas antenatal di hospital yang mommies & daddies pilih untuk bersalin. Selalu kalau kelas antenatal di hospital yang akan mommies bersalin, pihak hospital boleh slot-in nama mommies & daddies seminggu sebelum kelas. Pastikan sesiapa yang mendaftar sebulan awal ni, nama memang betul-betul dah ada dalam sistem pendaftaran kelas tersebut. Biasalah kita manusia. Kadang-kadang ada je nama yang tercicir dan akhirnya kelas penuh.


Hospital mana yang terbaik untuk kelas antenatal?
- Sebenarnya semua skop yang akan diketengahkan semuanya adalah sama tidak kira hospital apa. Tapi kalau tanya Faa, lagi-lagi kita sebagai orang Islam pilihlah hospital yang lebih banyak orang Islam. Bukan rasict ye. Tapi untuk memudahkan kita bertanya soalan yang menyentuh soal agama. Contoh bacaan-bacaan doa yang sesuai, selawat ketika pernafasan semasa dalam contraction dan banyak lagi. Sekiranya tidak berpeluang, mommies & daddies boleh tambah pengetahuan dengan banyakan membaca dan mendengar ceramah ilmu agama.


Rasanya soalan di atas ni dapat membantu sedikit sebanyak soalan yang bermain di fikiran mommies & daddies. Kalau ada soalan lain, mommies & daddies tulis dekat komen ye. Faa akan sedaya upaya jawab soalan mommies & daddies, ok.


Sekarang Faa nak share sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang kelas antenatal yang Faa pergi. Patutnya Faa pergi ke DEMC, tapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, Faa last minit pergi ke Sunway Medical Hospital. Jom tengok gambar-gambar.


p/s: Gambar-gambar yang dikongsikan ada yang diambil dari google, ada yang daripada koleksi sendiri. Faa & hubby tekun sangat dengar sampai tak ingat pun nak ambil gambar.


Silibus yang ditawarkan semasa kelas antenatal / kelas parentcraft. Kebanyakan hopital turut menawarkan silibus yang sama. Ni silibus daripada SunMed Hospital (2hari). Untuk kelas antenatal selama sehari, jadual kelas bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang. 

Sesi senaman. Daddies akan duduk dibelakang mommies berlapikkan yoga mat dan 1 bantal akan diberikan. Semasa sesi senaman ini, mommies akan diajar bersama teknik pernafasan dan posisi badan semasa contraction, urutan daddies kepada mommies untuk melegekkan sengal-sengal badan, senaman kegel dan juga senaman stretching. Yoga mat pihak hospital sediakan, tapi kalau selesa nak pakai sendiri punya pun boleh.


Staff SunMed tengah siap-siapkan patung baby untuk dibuat main oleh mommies & daddies. Setiap pasangan akan diberi 1 baby, 1 pampers, 1 bedung, 2 alcohol wipes, 1 bekas cotton ball. Perasan tak baby tu besar! Baby tu berusia dalam 8-10 bulan. Mommies jangan cuak pula bila tengok size baby macam ni ke untuk dilahirkan. huhu.

Haa..ni la baby yang akan mommies & daddies dapat. Besau kan. Baby ni usia dia dah 8-10 bulan. Baby yang digunakan masa stuff buat demo tu baru la saiz baby newborn.


Macam ni la stuff akan susun barang-barang atas meja demo. Lengkap semua barang daripada cara nak mandikan sehinggalah setelah baby selesai mandi.
p/s: Kalau mommies & daddies nak tahu, baby yang lepas mandi terus akan rasa lapar. So, get ready sekali dengan alatan menyusu lagi-lagi kalau anak laki, sebab dia akan melalak lain macam sikit. Tak menyabar. Haha.

Sesi Penjagaan Bayi. Sesi ini mommies & daddies akan diajar cara-cara selamat untuk memandikkan dan membersihkan bayi, bedung bayi, dan akan ada 1 pertandingan untuk daddies memakaikan pampers kepada bayi. Jangan terkejut tau, ramai je daddies-to-be pakaikan pampers terbalik. Rasa kelakar kan. Tapi jadi depan mata tauu.

Bilik bersalin. Di sinilah tempat mommies akan diletakkan untuk pushhhh baby keluar. Bagi hospital swasta, akan terdapat tempat untuk meletakkan kaki. Di sebelah sisi katil akan ada skrin monitor BP mommies dan semuanya yang berkaitan. Sebelah sisi katil yang kosong tu, tu tempat daddies bagi semangat kat mommies. Yeayy!! Gambar ni sumber google tau. Gambar katil bersalin yang hampir sama Faa tengok dekat SunMed Hospital tapi dinding tu tak sama. Faa percaya, kalau bilik bersalin hospital swasta akan lebih teratur dan menawan sikit daripada gambar ni. Tapi, waktu tu dah sakit kan. Sempat ke nak peduli keadaan dinding? hehe

Macam ni lah nanti bilik yang mommies akan tidur bergantung pada jenis bilik yang mommies & daddies pilih. Ni pun sumber google. Faa tak pasti bilik ni kategori apa. Bagi hospital swasta, bayi akan diletakkan sebelah mommies sekiranya bayi tidak menghadapi sebarang komplikasi. Faa doa baby mommies & daddies yang baca ni semua baik-baik dan sihat, boleh lah mommies & daddies tatap baby lama-lama. 








Thursday, 14 December 2017

Review: Night of Terror Sunway Lagoon (5), Do's and Don't

Happy Halloween Guys! 
(**this is just a greeting not celebrating**)
Bagi yang tak tahu, pada setiap Oktober Sunway Lagoon akan mengadakan 'Night Of Terror' sempena Halloween. 'Night Of Terror' hanya akan dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja  dari pukul 7.30 malam sehingga 11.30 malam dan dibuka untuk 12 tahun dan ke atas. 


Untuk Night of Terror 5, Faa pergi sampai 2 kali. Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan. Sekarang dah tahu terus nak rasa pengalaman tu dan kongsi cerita dekat blog. First trip, Faa pergi dengan adik-adik dan seorang sepupu. Untuk 2nd trip, Faa pergi dengan husband pula. Setiap pembelian tiket dengan harga normal akan dapat 1 Blood Juice atau 1 Devil's Horn. Devil's Horn ni kena ambik sebelum pintu masuk belah kiri. Depan souvenir shop kalau tak silap. (shop tu tutup malam, so tak berapa perasan). Devil's Horn tu ada macam-macam jenis. Tanduk 2, tanduk 4, tanduk pendek tanduk panjang, Crown, Mata berbulu. Macam-macam!. Warna lampu pun korang boleh pilih. Hijau, kuning, merah, biru. Just name it!. Blood juice tu pulak korang kena ambik dekat dalam. Korang cari Jack Sparrow jual air. Sebarang Blood Juice dekat tepi-tepi jalan hanya untuk urusan jual beli je. Make sure simpan resit sebab dia akan minta dan simpan resit tu. Blood Juice is actually Punch Juice. Korang pun boleh beli Blood Juice tu atau Devil's Horn. 1 standard item RM15. Barang-barang lain yang pelik-pelik tu pun ada dijual. Kalau nak rasa feel pelik-pelik tu, sediakan duit lebih-lebih sikit.


Rumah hantu je ke yang ada? Eh, tak lah. Ada macam-macam. Rumah hantu ada 8 buah rumah. Roller Coster ada dalam 10 jenis termasuk yang kering dan basah. Untuk 1st trip, Faa sempat cover 1 roller coster dan 4 rumah hantu. Untuk 2nd trip pula, Faa sempat cover 6 buah rumah hantu. Untuk masuk ke rumah hantu, tidak dibenarkan sebarang rakaman dan lampu Devil's Horn tu kena tutup. Oh ye, kita juga tidak dibenarkan menyentuh hantu, dan hantu tidak akan menyentuh awak. So, jangan risau. Hantu-hantu tu cuma mampu sergah je.

Ada satu nama rumah hantu tu Faa tak berapa nak ingat. Macam rumah 3D. Ada nama panjang dia. Tapi ingat 3D je. Maaf ye. Sekarang Faa cerita sikit review rumah-rumah hantu tu.

1) Horrorwood dan Zombieland. Ni adalah rumah hantu yang paling panjang sebab menggabungkan 2 rumah hantu pada laluan yang sama. Zombieland mengisahkan zombie-zombie yang terbiar. Sebelum masuk, korang akan disambut dengan askar bersenapang dan memberi arahan yang tegas sebelum masuk. Zombieland ni di inspired oleh cerita-cerita World War 3.

2) Ghostbuster. Rumah hantu yang diinspirasikan oleh cerita Ghostbusters perempuan. Lebih kurang sama cuma nasib baik tak ada slimy hijau yang dimuntahkan oleh hantu. Mula-mula kita akan masuk ke dalam restoran cina. Dan selepas itu, kita akan dipertontonkan klip video ghostbusters. Kemudian, kita akan masuk ke dalam 'time travel' dan menuju ke Alfred Mansion. Dimana ada seorang perempuan yang telah melakukan pembunuhan kejam. Seterusnya, kita akan jumpa la beberapa ahli ghostbusters. Semestinya setiap lokasi akan ada elemen kejutan. Tapi tak boleh nak cerita. Spoiler tau.

3) Pocong vs Pontianak juga diinspirasikan oleh cerita Pocong vs Pontianak. Kita juga akan dipertontonkan sedikit video klip dimana seorang perempuan telah dikacau oleh seorang pocong. Akhirnya pocong itu telah dibunuh oleh seorang pontianak cantik. Kita semua tengah khusyuk tengok movie kan? Hati-hati, mungkin ada 'si putih' juga yang sedang tengok bersama dengan awak.......

4) Dystopia. Kisah rumah hantu menempatkan sebuah hospital gila yang kejam. Dystopia ni juga diinspirasikan oleh cerita. Asylum something tapi Faa dah lupa nama cerita Hospital Gila berhantu tu. Kita akan berjumpa beberapa pesakit mental yang dikurung di dalam bilik, doktor-doktor dan nurse-nurse gila yang kejam. Kemudian kita akan memasuki bilik bedah yang mempunyai pesakit yang sedang digergajikan kakinya. Di rumah hantu ini, hantu-hantu ini tak sergah sangat pun. Tapi props dan sound music tu sendiri dah scary. Pesakit kaki yang dipotong tu nampak real!. Faa sampai toleh belakang banyak kali sebab nak cek kaki hantu tu. 

5) House of Dolls. Faa rasa House of Dolls pun diinspirasikan oleh cerita 'House of Dolls'. Kalau tak silap tajuk la. Mengisahkan tentang perempuan-perempuan cantik yang selalu hilang dan tiba-tiba berada di sebuah pulau pelik yang ada banyak patung and creepy things happen on that island. Untuk rumah hantu ni, pekerja akan kumpulkan kita semua dalam 8-10 orang dan akan diberi 1 tali panjang. Semua dikehendaki pegang tali tu dan jangan lepas. Perjalanan House of Dolls dimulakan dengan jalan lapang dan akan di akhiri dengan perjalanan di dalam gua yang kabur. Pada pertengahan perjalanan akan di sambut dengan seorang pekerja yang membawa mesin gergaji sambil mengejar mangsa-mangsanya (kita semua la tuu).

6) 3D. Nama panjang rumah hantu tu ni Faa tak ingat. Cuma ingat ada 3D je. Rumah hantu ni unik. Sebelum masuk, kita akan diberikan cermin mata 3D. Segala cat-cat yang digunakan jenis glow in the dark dan menampakkan hantu-hantu dan cat dinding timbul seperti 3D movie.

7) Ouija. Seperti yang kita tahu, Ouija merupakan sebuah permainan alat komunikasi antara manusia dan roh. Rumah hantu ini akan membawa kita di sebuah rumah kabin. Keadaan rumah tersebut menggambarkan sebuah rumah kabin kayu yang berada di tengah-tengah hutan dan sudah lama tidak dihuni oleh sesiapa. Walaubagaimanapun ketika anda memasuki rumah tersebut, ada sesuatu yang menanti dan semestinya bukan manusia yang anda kenal!


Do's
1- Do wear comfort shoes. 
Because you will be standing a lot and sometimes you may be in running position.

2- Do bring your own mineral bottle.
You will feel much heat inside the crowd. Bring your own mineral bottle save your cash.

3- Do bring chargeable / portable fan.
It may seems funny at first, but you will thank me later.

4- Do bring some friends along.
If you want to spend your ghost phobia experience with someone you know, make a group of 5-8 peoples.


Don't
1- Don't choose to buy normal ticket instead of Express Lane.
Most of the time, you will spend your time waiting for your turn. The only way you could cover all ghost houses is by using the Express Lane Ticket. (and get some extra time to cover roller coaster)

2- Don't go on the first and last week.
People tends to celebrate the opening and closing ceremony which lead to big crowds. The chances of you enjoying your time in the ghost house will be lesser and number of person per entry (into the ghost house) would be larger.


Wednesday, 13 December 2017

Ikan Cencaru Masak Pulau

Sejak akhir-akhir ni, Faa dan husband asyik nak makan benda simple-simple je. Rasa muak pula nak makan ala-ala makanan kedai. Terasa nak makan something simple macam nasi panas-panas + telur mata + SambalKetukNasChoices. Dulu pelahap dengan kicap. Tapi sekarang dah jumpa yang lagi padu dan pelengkap makanan. Sedap oii!. Anyway, topik kali ni masakan tentang ikan. Resepi kali ni dikongsi oleh Nurul Ain di laman Facebook beliau. Gambar-gambar di dalam entry ni pun dikongsikan oleh beliau cuma Faa ada edit-edit sikit nak bagi nampak lagi terang. Korang mesti suka sebab Faa pun suka!

Bahan-Bahan pencicah
1- Bawang merah / Bawang besar
2- Cili
3- Kicap

Bahan-Bahan
1- Ikan cencaru (hanya boleh guna ikan ni je sebab kulit dia tebal)
2- Air 250ml
3- Garam, serbuk secukup rasa, ajinamoto
(Faa guna garam, pati ikan bilis je)



Cara-cara pencicah
1- Hiris halus bahan-bahan tadi.
2- Campurkan kicap. Siap.

Cara-cara masakan
1- Siang ikan dan sediakan bahan-bahan yang diperlukan.


2- Sapukan sedikit garam pada ikan. Kemudian gorengkan. (nak goreng garing pun boleh)


3- Selepas selesai menggoreng, ambil sedikit minyak (dalam 6-7 sudu) dan tambah air. Sebatikan rasa dengan garam, serbuk secukup rasa dan ajinamoto. (Faa cuma guna garam dan pati ikan bilis sahaja)


4- Apabila air sudah mendidih, masukkan ikan yang digoreng tadi. Kecikkan api dan biarkan selama 3-4 minit. Hidangkan bersama pencicah. Siap!. 




Thursday, 5 October 2017

Tips: Cara Pujuk Suami yang Tak Reti dan Tak Suka Masak, Masak Untuk Kita


Kebanyakkan laki mesti awal-awal kahwin dulu dah cakap "I tak reti masak. Jangan suruh I masak tau. I tak nak". Laki Faa pun sama je awak. Tapi, sekarang ni kalau Faa tak larat ke emergency tiba-tiba tetamu datang ke, dia boleh la siapkan 1 set meal. Kira dah bagus sangat la kan..? Nak tau tips? Meh Faa cerita.


Macam biasa, awal-awal dulu Faa la masak. Panggil laki sekali tolong. Biasakan dulu pegang pisau. Kalau jenis laki zaman dulu yang "Masak kerja perempuan. I laki". Kau gunakan kuasa ultraman kau. Buat ayat goda-goda manja. "I ajak u sebab i nak tengok muka u. Its ok. u just standing here. U tak payah buat apa-apa. Tapi u borak-borak la dengan i". Mau tak cair laki kau tu. Lepas dia pun dah jadi rutin borak-borak dengan kau masa masak, kau minta la dia tolong potong-potong bawang, kupas-kupas kulit bawang tu. Lepas tu kau upgrade sikit suruh potong-potong sayur, ayam, siang ayam. Bila dah sampai peringkat ni, sebenarnya laki kau dah ready nak masuk dapur. Tapi mungkin self confidence rendah. Tak apa. Proceed next step pulak.

Scramble egg sandwich with apple slice
Basic done. Now part masak pulak. Start la dengan masak nasi. Lepas tu kau guna ayat macam ni pulak. "Sayang, u dah rasa air tangan I. I teriiiiiingggiiinn rasa air tangan u. Boleh tak u masakkan untuk I telur. Tak kisah la telur mata ke dadar ke apa. Mesti sedap. Kalau u tak tau, i guide u ok?. U nak i diri sebelah ke nak I buat air?". Kenapa kena tanya nak diri sebelah atau nak buat air? Supaya dia tak rasa macam kena monitor dengan boss. Situasi yang akan laki kau rasa sama macam kau tengah exam lepas tu ada cikgu subjek exam tu diri sebelah perhati jawapan kau nak tulis tu. Gila tak selesa. Rasa nak terkencing pun ada.


Ok. Part nak pujuk masak dah setel. Now part ketika memasak pula. Part ni, kau layan kan je apa dia buat. Kalau laa laki kau tercubit garam 1 senduk, kau jangan melenting pulak. Kau kena treat dia macam budak kecil. Kena cakap dengan dia elok-elok but don't give too much advice. Dia akan jadi rimas. Kau biarkan je dia buat cara die sendiri. Mungkin cara laki kau pukul telur macam puting beliung. Biarkan je. Kalau la telur tu tepelanting kau buat buat tak nampak. Tapi sebenarnya tu learning process dia. Lepas tu mesti dia faham pukul telur kena slow sikit. Memang la diakui kadang-kadang isteri ni macam nak mengamuk tengok dia uruskan dapur. Biarkan je. Sebab dia seperti budak tengah seronok belajar benda baru. Bersepah? It's ok. Lepas masak kena kemas =).

Sup Cendawan
Its taste time!. Masa tengah hidang tu, terus kau puji "Sedapnya bauuuu. Tak sabar nak makan. Tenkiuu". Kau datang la tengok makanan. Pasang 'kipas' kuat sikit. "Pandainya sayang masak!. Nampak sedap laa". Laki kau mungkin akan jawab macam ni. "Ala, tak sedap la. Sori tau". Ayat ni sebenarnya dia nak kau puji lagi. Tak apa. Kau puji je. Sedap tak sedap belakang kira. "Yeke tak sedap. Bau dah sedap. Tengok pun dah lapar!". Fuhh kalau la kau tau perasaan laki kau time tu, hati dia tengah meloncat-loncat macam bunga api. Muka dia tu kalau kau tengok, bersinar-sinar macam bintang. Senyum dia tuu, kalaaau la boleh senyum sampai belakang kepala memang dah terbelah dah kepala tu. Haha.


Kau belek makanan, rentung la pula. Tak apa. Kau steady je. Kau telan je. Makan kasi pelahap sikit macam orang tengah lapar. Kau buat-buat tak nampak pun cacat tu. Terlebih masin pun sama.  Kau telan je walaupun susah. Dekat sini kau memang kena anggap macam kau masuk Fear Factor final round. Haha. Kau cover la sikit makan nasi tu lebih sambil puji. "Sayang, tengok ni. Banyak tau nasi I ambik. Sedap sangat!". Kalau kurang rasa, kau tambah kicap. Puji lagi. "Tambah kicap dah rasa macam chef masak". Kau sambung pula ayat penutup. "Lepas ni sayang masak lagi tau. Kurang/tambah garam (anything yang perlu diperbaiki - hanya untuk 1 perkara je) sikit".  Kau jangan condemned masakan laki kau. Cakap apa yang penting je.

Nasi Lauk Simple
Kau bayangkan la, kau selalu puji laki kau macam ni. Orang yang tak pernah masuk dapur pun boleh berubah suka masuk dapur selalu. Yelah macam kita la perempuan. Orang dok puji-puji kita cantik hari-hari pun kita akan rasa kita ni memang cantik. Laki pun sama. Poyo lah kalau laki cakap tak suka puji. Nak suruh kita puji banyak-banyak lagi la tuu.

Macam tu la tips aku. Daripada tak pandai, sekarang dah kemaruk buat set makan. Seronok tau. Buat satu rutin keluarga. 1 hari dalam seminggu laki mesti masak untuk kita satu keluarga. Contoh, kita pilih hari ahad breakfast untuk suami masakkan untuk kita satu keluarga. Hubungan dengan isteri dan anak-anak jadi makin rapat. Betul. Bukan semua dia akan pandai masak. It's ok. Suami kita bukan chef. Tapi sebab passion macam ni, anak-anak memang akan jadikan dia role model. Seronok kan? I've learned and watched this routine through my friend's family. Now, i want this picture into our family life. Mana yang baik kita follow la kan.

Ayam panggang ala Kenny Rogers


So there goes. All photos showed  here are his cooked food, alone. Impressive kan? Paling advanced is ayam panggang Kenny Rogers tu. Dia gigih scroll resepi lepas tu buat sendiri. Pictures may not instagram/blog's worth. But for me, these worth million of hearts!. Rasa? Dulu tak berapa nak sedap. Now, memang sedap!. Kalau tetamu datang mesti tak sangka laki yang masak. Sedap la tu kan? Yes, ada juga kadang-kadang tu rasa tak menjadi. Biasa la tu. Kita perempuan pun kadang-kadang rasa tak mencapai tahap. Normal.


( To my beloved husband, thank you for being supportive, very helpful and sensitive. This post is my way of gratitude for having u in my life and a way for u to see how u have developed your skills into this beauty of art. Love u. )


Dah. Korang pergi try tips ni dekat suami masing-masing. Nanti cerita la feedback. Faa suka dengar korang berceloteh juga!


Till next time, toodles~