Monday 22 August 2016

Itenary Lengkap To Bukit Tinggi

Faa nak pergi bercuti ala-ala honeymoon. Tapi requirement Faa ni banyak sangat! Hubby tak kisah. Dia tukang layan je bini punya request.
**almaklumlah..wanita berkerjaya mcm Faa ni masa limited. Sabtu Ahad je boleh melepak. Cuti weekdays kena beku. Nasiblah ada Sabtu Ahad. Kalau tak, kita berhuhu jelaa dalam office.

ok2..requirement yg sudden vacay ni mesti boleh
#LimitedTime 
#LimitedMoney
#UnlimitedJoy.


So, we finally decided our destination in Bukit Tinggi. Its nothing much. Tapi sangat suitable for those who have the same requirement yang baaannnyyaaakkk sangat limited tu. This is our itinerary. eh? (Faa edited this to make it useful for uuu taauuu. Hopefully lengkap for your guidance). Klik gambar untuk paparan lebih besar, ok?


My Review
1- Rusa kat sana jinak habis dan dia akan ikut awak sampai la awak bagi encik rusa ni makan. 

2- Rabbit. Ada yang dibiarkan lepas dan ada yang di dalam sangkar. Masa Faa pergi tengahari tu, rabbit dekat luar tu macam moody. Tak layan orang yang datang. Faa suspect rabbit rabbit tu dah penat kena gomol tambahan dengan cuaca panas. Tak pun, rabbit rabbit tu dah kekenyangan tinggal nak tidur je. So, Faa pegi main-main pulak rabbit dalam sangkar. Rabbit dalam tu lebih mesra alam. haha.

Tempat Parking Menuju ke Japanese Village & Botanical Garden
5 minutes mendaki
Yaa..baru half lps daki tangga..dia dah nk pengsan..ish3..
3- Botanical Garden is..KECIK!. so awak jangan expect Botanical Garden tu macam pesta bunga tau. Anyway, syok juga baca kesemua nama-nama pokok dan bunga tu. Layankan je lah. 

4- Faa teringin betul nak dapat pengalaman 'Japanese Tea Ceremony'. Tetapi, staf sana macam malas nak layan. Banyak betul alasan dia orang bagi. Mungkin penat kot. Hari minggu ramai nak entertain. Staf pun 2 orang je. (husnuzon husnuzon).

A video posted by ms.fafa (@fafatwink) on


5- Staf Japanese Village bagi 10 minit je duration tangkap gambar dengan Kimono tu. Tapi, awak tangkap je sampai puas. Kebanyakkan yang datang semua tangkap dalam 30 minit. Mana nak sedar. Masing-masing yang pergi bercuti kebanyakkan mesti kaki gambar. Staf sana pun mesti tak ingat pukul berapa awak ambik Kimono tu (mungkin tak larat nak kejar. haha).

6- If anak staf Japanese Village (staf tu anak beranak) yang jaga kimono tu nak tolong tangkap gambar, make sure awak bagi phone yang boleh shoot cepat. Sebab anak staf tu memang beraksi macam photographer handal. Cepat betul dia main angle position kamera tu, mengalahkan superhero Flash. Kalau kamera awak jenis lambat save, gambar awak jadi kabur. Rugi.

7- Taman kuda. Hmm..entah la. Faa rasa tak berbaloi nak spend duit dekat situ unless parents yang ada anak kecil yang teringin nak naik pony / keldai / kuda. Depends on apa yang available.



8- Colmar Tropicale pun ada sediakan makan malam. Buffet. Kalau ada duit lebih, best juga try buffet tu. Siap ada satay, ok. Atas-atas bukit makan satay panas-panas. Syok ooo!. Harga per person RM88. *cough*

9- Lapar. So, Faa dan hubby decide makan dekat La Poulet. Makanan ala-ala Kenny Rogers. Ala-ala je tau. Tak sama. Ada 2 side dishes. (Side dishes dah ditetapkan untuk setiap menu).

Muka excited check in bilik. Xtahu la knp..tp even hotel plg bajet, budak rabbit ni ttp akan excited mcm hape =P
Not bad. Nampak lampu dan meja tu x? well tu meja solek. Its ini bilik dlm bilik. So smbil kau mandi blh la berangan nk mekap. eh! makcik ni suka!!
This room ada 2 jenis katil. Tp telupa pulaakkk laaaa nak pesan nk katil queen/king. ish! sayang
View dr bilik oii!! Superb!
10- Bermalam di Colmar Tropicale. Serius best!. Bilik ala-ala Classic English. Its worth every penny. 

11- Wifi disediakan. Tapi awak kena minta username dan password dekat kaunter check-in. Nasihat Faa, login terus depan-depan kaunter sebab Faa dan hubby terpaksa called reception untuk dapatkan wifi. 

Ps: Wifi ni di limitkan 1 bilik untuk 1 orang. Untuk tambahan, dikenakan cas RM20.



12- Nak pergi Adventure Park, kena naik Shuttle Bus. Means, awak memang kena bermalam di Colmar dan buat registration di kaunter pendaftaran. Faa dan hubby nak pergi Flying Fox, tapi tak sempat sebab terlebih spend masa breakfast dan Faa pun ada masalah perempuan time tu. LOL.

Location Map Bukit Tinggi
Map Colmar Tropicale.
Block Camelia is the place korg nk breakfast or nk rs buffet dinner. Byk choice gak!!
Block Azalea is kaunter korg nk check in/check out. Mengagau jgk la ms first nk cri.

What Should u do:

1- Sila sediakan kereta anda untuk jalan yang berliku dan berbukit. (Kereta cc rendah paling terasa).
2- Kasut. Pastikan anda memakai kasut untuk pergi mendaki ke Japanese Village.
3- Sewa Kimono (sebenarnya tak complete Kimono pun, macam Yukata je) kalau tak pernah rasa.
4- Beli cenderahati dekat Japanese Village. Lagi cantik. Kedai cenderahati dekat Bukit Tinggi tu macam tak ada apa-apa sangat.
5- Naik shuttle bas ke Japanese Village. (Dapat pengalaman, dan dapat la jaga enjin kereta daripada mengerang).
6- Wajib bermalam di Colmar Tropicale. Recommended. Relaxing. Breakfast SEDAPP!
7- Book hotel melalui Agoda. Jimat banyak.
8- Bawa sunglasses. Siang-siang tu silau juga.
9- Bawa makanan sampingan untuk waktu-waktu yang tiba-tiba rasa nak mengunyah. Jimat duit. (Makanan malam agak mahal dengan rasa). Bawa sekali botol mineral secukupnya.

Shuttle bus's Schedule.. or should i say Shuttle Lorry's Schedule? haha

What Should u not do:

1- Mengharapkan Bukit Tinggi ala-ala Paris. Tidak sama sekali.
2- Bawa sweater bulu tebal-tebal. Honey, dekat sana tak snow ye.
3- Bagi yang ada masalah lutut, tidak digalakkan pergi mendaki tangga dan bukit di Japanese Village. Faa dan hubby yang kurus (waktu tuu jela) pun dah nak start pancit. haha.


Ok. Itu je yang Faa nak share. Kalau ada cerita baru tentang Bukit Tinggi, sila share, ok? Boleh la Faa update lagi. Happyy holiday!

Tuesday 15 March 2016

Cara Terbaik Untuk Menyimpan Pelapik Periuk Secara Budget

Duduk rumah kondo / apartment / pangsapuri, senang nak urus tapi akan ada satu masalah especially bagi yang menyewa. Ruang penyimpanan!. Ruang rumah yang terhad akan memaksa untuk tenant perlu berfikir dengan lebih kreatif. Dan kerana ini adalah rumah yang disewa, maka idea yang mantap merupakan idea yang mempunyai bajet yang sangat terhad.


Topik untuk post kali ni adalah organizing diy di ruangan dapur. Dapur dan wanita, mana boleh dipisahkan. Dapur tu umpama barang mainan perempuan lagi-lagi yang dah kahwin. Pikat hati suami mestilah daripada perut, betul kan? Reka bentuk rumah Faa terdapat ruangan dapur basah dan dapur kering. Dapur basah Faa berkongsi tempat dengan ruangan dobi. Manakala ruangan dapur kering berkongsi ruangan dengan ruang makan dan ruang tamu (open dry kitchen). Dan dapur kering bersebelahan dengan pintu masuk. Jadi bila ada tetamu, segala 'kekecohan' yang berlaku di dapur kering dapat dilihat oleh setiap tetamu yang datang.


Rumah siapa yang ada design sama macam Faa? Pening juga bila nak organize barang dapur kan? Sebab kita kena sentiasaaa pastikan dapur kita bersih dan kemas dan pada masa yang sama, must be efficiently working in the kitchen dan cara susunan yang sangat mudah nak follow bagi yang bekerja. 


Entry kali ni, Faa cuma fokus pada pelapik periuk. Periuk / bekas panas perlu di alas dengan pelapik periuk untuk menjaga permukaan meja / alas meja itu sendiri. Kebanyakkan antara kita mesti pilih pelapik yang fancy dan akhirnya tak tahu nak letak mana atau sampai satu tahap korang rasa malas nak ambil kisah sebab cara penyimpanan tu buatkan korang perlu tertunduk-tunduk untuk mencapai pelapik periuk. Dah la mahal. Tak efficient pulak. 


Jom, Faa kongsikan pelapik periuk DIY yang obviously murah dan superly efficient dan mestilah kena superly easy untuk maintain dapur teratur even for kids. Kos? Serendah RM3 korang dah boleh dapatkan all that and simplify your life! Hint: Korang pernah terfikir tak nak gunakan kuasa peti ais? 



Bahan-bahan DIY (bajet ciput)
Pisau dapur: FREE
Hot Glue Gun: RM10
1 Glue stick: RM0.50
Magnet Daiso (size besar - 25 pcs): RM5.30 (inc. gst)
Lapik Periuk Ikea (jenis gabus saiz besar - 3 pcs): RM5.50


Modal keseluruhan (3 pcs): RM21.30
Modal bagi 1pcs: RM12.70 (termasuk membeli hot glue gun untuk pertama kali)
Modal bagi 1pcs: RM2.70 (jika dah ada hot glue gun di rumah)


1- Pelapik gabus ni ringan. Gunakan hanya 1 magnet bersaiz besar bagi setiap pelapik dan posisikan magnet dibahagian tengah pelapik.


2- Potong dan keluarkan separuh isi pelapik gabus mengikut size magnet. Sambil tu, test letak magnet didalam. Pastikan magnet dan pelapik pada satu aras yang sama. Jika magnet tersebut terkeluar sedikit daripada pelapik, menyebabkan periuk tidak seimbang apabila diletakkan di atas pelapik tersebut. Jika magnet tersebut terletak jauh di dalam pelapik, berkemungkinan menyebabkan pelapik tersebut sukar dilekatkan di permukaan besi.


3- Finally, gam magnet tersebut dengan hot glue gun. Its done!.



4- Owh, last. Letakkan pelapik atas permukaan peti ais.


Peti ais ni diletakkan di antara ruangan dapur kering dan dapur basah. Jadi bila Faa buat macam ni, rutin harian di dapur tu teratur sangat. Sambil bawa lauk yang panas terus berjalan ke ruangan makan dan grab/snatch je pelapik periuk terus letak di atas meja. Senang. Tak perlu tercari-cari. Tak perlu membongkok. Tak perlu lagi buang masa nak keluarkan pelapik daripada cangkuk. Sebab DIY ni, cuma snatch and used! Senang kan? Untuk menyimpan, hanya letak pelapik di peti ais. Tak perlu nak tekan. Tak perlu nak sangkut. Tak perlu. Walapun tengah mood malas ya amat, dapur tetap teratur. Tu yang best. Untuk tambahan, pelapik gabus ni pun korang boleh pin any notes. 2 in 1. 


Jika korang ada sebarang cadangan atau pandangan dalam meng-organize apa saja, tinggalkan di ruangan komen ye. Boleh la Faa buat topik lain juga untuk organize. Till next time. Bye.

Wednesday 9 March 2016

TIPS: Apa yang Perlu [[ PERSIAPAN MERISIK ]]

Merisik / Menengok merupakan peringkat pertama fasa sebelum berkahwin dalam adat Melayu. Ibubapa lelaki akan 'Menengok' anak dara yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak lelaki mereka. Bagaimana pun, zaman sekarang merisik adalah sebagai tanda ikatan bahawa kt officially 'cop' [secara gentleman acknowledge both parents] before kt proceed to Bertunang. 


If this is your first time handling The Merisik and not know where and how should it began, then read below. I've share u everything i know and my experienced of doing on my own Merisik event. I am the eldest, which this is our family first time nak handle bab kawen2 ni. Masa my parents merisik pun, everything was arranged by their parents, which that means i have no one to ask macam mana nk buat. Tengok internet pulak, mcm xada pun apa yg perlu ms merisik, mostly sumenye pasal kahwin! and..pihak lelaki pulak, well, i think their culture is different. Kt merisik ada cincin kan? They dont!. Just datang, bgtau nk merisik, and that was it! Macam xde bukti kan? Ahahaha.. (And ya, surprisingly, my husband and i xbecinta. He just a friend of my ms zmn Uuu dulu kala, and then tejumpa and both of us decide nk kawen 1 week later. Sooo, yaa..this is MY first time jumpa parents and family die..haha DEBAR!!)


Tips:

1- PRA-BINCANG
Before merisik, bincang berdua. *Remember, ni majlis korg b2. Bincang apa yg korg nk, apa yg xnk*

Perkara yg perlu bincang:

a) Adakah Merisik + Tunang kemudian Nikah       OR    
    Adakah Merisik, kemudian Tunang + Nikah      OR
    Adakah Merisik kemudian Tunang kemudian Nikah?

b) Nak dulang hantaran ms merisik atau tidak? 
    ** Dulang hantaran masa merisik berbentuk manisan **

c) Berapa orang datang belah pihak lelaki. 
   * utk pihak perempuan prepare makanan yg perlu dihidangkan selepas majlis merisik *

d) Pilih design cincin merisik

e) Tarikh & Tempat Merisik

f) Homestay *jika perlu*

g) 'Tukang Cakap' utk 2 belah pihak
    * Sebagai wakil keluarga utk >> "kami datang ada hajat, utk merisik sekian sekian"

h) Doorgift
   * Just a small gift (from pihak perepmpuan to pihak lelaki) to show appreciation to them and bring even just a little smile after a long way ride. Hey, semua org suka kan, datang2 dapat hadiah. Betul? * 

Dah bincang yg atas, bincang pulak yg bawah ni. Bincang siap2. Walaupun terasa mcm masih lambat lg..percaya lah..SETAHUN ITU SINGKAT!!



Majlis Bertunang

a) Tarikh & Tempat Bertunang

b) Tema

c) Dulang hantaran

d) Berapa bilangan tetamu

e) Homestay *jika perlu*

f) Doorgift


Majlis Nikah
    
a) Tarikh & Tempat Nikah

b) Tema

c) Wang Hantaran & Cara Deliver Wang Hantaran
    * Cash / Transfer / Cek

d) Dulang hantaran

e) Homestay *jika perlu*


Majlis Resepsi

a) Tarikh & Tempat Resepsi

b) Tema

c) 1 Majlis / 2 Majlis


** Ada benda yg kt sendiri xtau nk decide. Contoh: Tarikh Nikah. Xtau specific tarikh, tapi cuma tahu nak ikat dlm masa setahun je or 6 bulan je. Tulis je, bulan 6, 2016. Nanti dah confirm, update baru.


2- PRINT

Dah berbincang b2 and dah decide, tulis details. Buat proper. Sebab kt xtau family die belah sana jenis macam mana. Or maybe parents ok tapi sedara mara pulak cerewet. Kt xtahu. So, buat se-proper yg boleh. Tulis, print dan tampal paper dlm buku besar yg murah2 (at least size yg bila org tua baca pun senang), sediakan pen/pensel.  OR  buat lah macam mana pun, tp bila dorg dtang, and tgk kt pny senarai yg kt 2 dah bincangkan tu, dorg jd sejuk hati terasa mcm kt 2 mmg betul2 nak kawen! Rs mcm dialu-alukan sgt kedatangan dorg. Biarlah dorg ckp terasa mcm org tgh bermeting ala-ala presiden siap bg plan majlis, yg penting kesungguhan itu nampak!  **antara tips pikat bakal mertua tauuu **

[[ nanti kt share gmbr kt buat dulu mcm mne tau ]]

3- BAJET

Make sure bincang dengan bajet. Lelaki kena tanggung perjalanan 1 family ke belah perempuan plus the ring. Meanwhile, perempuan kena tanggung makanan utk tetamu yg datang also that simple doorgift. If nak bajet, boleh kurangkan atau buang dulang hantaran dalam list. 


4- KEMAS

Hello, hello. Tetamu nk datang berbincang. Maka, kemas2 kan lah rumah kasik lapang. Letak wangi2 sikit, Bila datang, rasa sedap je. Aman, tenang. Seronok kan kt datang beraya rumah bersih, wangi? dan tnjuk2 la rjin sikit,,buat air, tuang air.. *Again, tips pikat mertua! *


There u have it. Hope it does help u to prepare everything u need. Anyway, advance congratulations to u dan semoga dipermudahkan segala urusan. If there is anything u would like to add on this post or perhaps want to ask anything, do comment in down below. Thank you!


Wednesday 24 February 2016

FULL Tips Ole-Ole Seafood Sabah



Ole-ole seafood Sabah ni dah jadi benda paling wajib kalau datang Sabah. Murah beb! Serius murah. Besaq bak hang seafood die tp harga alahaii..rs nak beli 1 kapal je! Tp kena beringat sebab balik naik flight ye.. =P

So, kat mana tempat best shopping? ada banyak suggestions tuk beli seafood and kuasa memilih & membeli tu hak masing2. There's 2 types. 1) Dried Frozen Seafood or 2)Fresh Seafood. Beza antara 2 ni, dried seafood tu dah siap di frozen kan dan dah disealed and divakum plastik tu. So korg cuma perlu pilih je seafood yg korg nk WITHOUT worrying air ikan tu tertumpah dlm flight. Susah nak bayangkan cmne? Alaa..sama je cam korg beli frozen lamb or frozen shrimp dkt mall tu haa..cmtu la ghupenye. Fresh seafood tu pulak, mmg fresh! Turun dari kapal woii. Pastikan tahan segala nafsu korg tu ms nk membeli ye. Mata tu cuba control sikit. Takut mata kau tekeluar menjajar-jajar XPERCAYA tengok sume benda yg ada dengan harga dorg bg. Anyway, one of the LECEH sikit sbb seafood korg tu akan ditindan bersama ais kering dalam Styrofoam Box(5kg/10kg/15kg). A bit berat and just to let u know..seafood-seafood ni kne hand carry tauuu. Some of them (kalau baca review), lebih suka dried seafood tu sbb RISAU kalau bungkus xkemas, air ikan tu tertumpah. Based on my experienced, they are well experienced and well know the RIGHT WAY of membungkus and membalut that Styrofoam Box dengan sangat kemas. Insyallah xakan ada peristiwa air ikan tertumpah. 


WHERE TO BUY?
1) Dried Seafood
i - Fung Seng Seafood Supplier (seberang jalan dried market/pasar ikan masin)
ii - Kiang Huat Seagull Trading Frozen Food Sdn Bhd (at airport)
iii - Borneo Frozen & Dried Seafood
vi - New Oriental Frozen Seafood

Credit to: http://blog.malaysia-asia.my/2010/11/buying-seafood-in-kota-kinabalu-sabah.html

*Extra Notes*
Seafood Buying Tip: If you buy whole frozen fishes, be prepared to have them cleaned and scaled before cooking. Also check the packaging date which they sticks them once they are packed and frozen.
  • They accept payments in Credit Cards and Cash. 
  • Most tour guides know of this place so check with them.
  • Foreigners - Please check with your country customs if you are allowed to bring back frozen seafood as they can only last about 6-8 hours frozen packed. 


2) Fresh Seafood
i - Wet Market, belakang dried market/pasar ikan masin (yg jual2 ikan kering, bilis, etc which sebelah Pilipino Market or handicraft market) .

*Extra Notes*
Seafood Buying Tip: If you buy whole fishes, be prepared to have them cleaned and scaled before cooking.
Time: Early Morning & Evening around 3pm. Please make sure you have time buffer before catching up your plane.
  • They accept payments in Cash only.
  • Most tour guides know of this place so check with them.
  • Foreigners - Please check with your country customs if you are allowed to bring back frozen seafood as they can only last about 6-8 hours frozen packed. 

This is the end result of balutan Styrofoam Box. This one is 10KG. Perfectly sealed.
*gagahnye laki tu <3*


MY CHOICE?
Disebabkan aku dgn husband aku ni mmg jenis kaki seafood, lps tu nak cari yg gila fresh berkeping isi dia and MURAH, ktorg pilih ke Wet Market. Yes. Mata ktorg memang tersembul keluar! Pesanan ikhlas, kalau korg dah siap pilih and dah siap bungkus, then korg baru perasan ada kapal baru naik..well..usahla kau menangis menonggeng tgk ikan yg dorg bawak naik tu ye. And yes. Usahla menggatai nak p mengidam nak beli seafood yg saiz kat semenanjung. XWUJUD beb!. XWUJUD! Even kerang bulu tu pn saiz 1 tapak tangan only 50 sen/1KG. REPEAT! 50sen/1KG. Histeria kejap. Ahaha.